Saturday, 17 March 2012

It's ok :)

Assalammualaikumm :)
Ye, saya dah kembali. Alhamdulillah. Malam ni Raja Lawak akhir so pemenangnya, orang kluang. Huhu. Alhamdulillah la kan. Sebenarnya, aku tak tahu pun salah satu finalis tue dari kluang, KA la cerita semua ni. Huhu. Oleh itu, tadi aku tengok la Raja Lawak akhir tue. Uhmmmm, lawak dieorang bagi aku, boleh la. Memang berbakat.Orang cakap, muka tue boleh la buat duit. InsyaAllah :)

Tengah-tengah syok tengok Raja Lawak tiba-tiba aku teringat kisah silam. Haha. Dulu, time-time macam ni, tahun lepas la kan. Tengah panas dengan Maharaja Lawak. Benda ni lagi seronok. Tengok dengan kawan-kawan kan. Memang riuh rendah la. Sebagai pelajar yang masih menuntut, aku mana boleh tengok secara siaran langsung... so, download je la.. :) 'bak pendrive...'

Aku selalu tengok Maharaja Lawak dengan KA la... Malam-malam tue kan, ada la kerja kami. Tengok-tengok lesap dari bilik. Haha. Kadang-kadang bosan jugak kan, mengadap buku je. Kadang-kadang nak release tension jugak lepas test. Itu aku la, tak tahu pulak orang lain.

So, aku pun tengok la Maharaja Lawak tue dengan KA, dengan selambernya aku gelak-gelak. Tak de maknanya aku nak cover-cover :P itu la aku sebenar. Layan Maharaja Lawak sampai larut malam, Pastu nak masuk bilik penakut. Dan itu jugak perangai sebenar aku.. Hoho. Seronok Oooo.. Sekarang ni tak de partner nak melayan Maharaja Lawak dah. So, duduk diam-diam je la..



Sudah la, nak tidur. Bagi sesiapa yang dah tidur mesti dah jauh bermimpi. Kan3. Awak, Khairil Azmi Bin Hussin,, still ingatkah lagi gambar di atas? Saya tahu kenangan yang dilalui bersama bukan mudah untuk dilupakan. Okeyyy la, masa untuk tidur. Sekian. Assalammualaikum. Selamat malam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)