Assalammualaikum kamu-kamu (:
Semakin hari, aku tak tahu dah nak tulis apa? Malas nak fikir. |huhu| Dah lama kot otak ni tak guna untuk study. Tak tahu la naik semester lima nanti macam mana. Dengan subjek account lagi, perancang bandar lagi. Eiii, serabot kepala otak aku ni. Senior-senior ni cakap semester lima ni payah dia macam semester dua. Aiiyooo,, semester dua tue zaman kejatuhan aku tahu tak. Dekan aku tak dapat pun. |malu| Orang lain punya agak aku dapat dekan lagi, padahal aku tak dapat pun. Aku tak dapat dekan time semester dua. Fullstop. Jangan nak tanya lagi.. Buat-buat muka tak percaya pulak tue. Dah la, malas nak cerita tentang ni. |tutup|
Apa-apa pun, alhamdulillah. Assignment aku atau report aku sepanjang semester empat ni selesai disiapkan dengan bantuan-bantuan mereka. Bukan aku buat sesorang k. Kalau aku buat sesorang, tak siap la jawabnya. |hoho| Semiggu selepas naik semester lima, report ni akan dihantar kepada penyelia masing-masing. Ada satu benda lagi aku tak buat, aku tak email lagi draf terakhir aku kat penyelia aku. |huhu| Agak-agak dia ingat lagi tak?
Ya, ini la hasilnya sepanjang tiga bulan setengah. Settle kedua-duanya. |Assignment dan Buku Log| Tiada apa yang perlu diluahkan dan digambarkan ketika ini hanya bersyukur tidak terhingga kepadaNya. Sekarang ini tiba la masa untuk aku berehat-rehat. |hoho| Tentang perubahan pada Pendahuluan dan Kesimpulan tue, nanti-nanti la fikir ye Encik KA :) Yang penting, semuanya dah siap.
Semalam jugak aku pergi derma darah. Nasib nurse tue teror. Cari urat sekejap dah jumpa tapi "halusnya urat dia" |hahaha| membuatkan wanita itu sedikit berhati-hati ketika inject di lenganku. Takpe, Anis kuat kan? Pujuk hatiku. Yelah. Sakit. Tipu la kalau aku cakap tak sakit. Dah la jarum tue dia pegang. So, nampak tak dia tekan jarum tue supaya senang jarum tue nak hisap darah aku.. |senyum je la Anis|
Okeyla, malas nak merapu banyak-banyak. Nanti tah apa-apa yang keluar. Nanti orang yang baca yang naik tension. |huhu| Kepada peminat setia tue, jangan selalu main hujan, tahu la kat sana asyik hujan je :P jaga diri elok-elok. Dan semoga berada dalam NUR pencipta. Amin. Assalammualaikum :)
No comments:
Post a Comment