Thursday, 1 March 2012

never say never :]

Assalammualaikum :) senyum seindah suria yang membawa cahaya. So, senyum la.. Tak rugi pun kawan-kawan sekalian. :)



Bangga aku seketika apabila diri ini pernah berpraktikal dibawah jabatan di atas. |syukur| JPPH = Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. JPPH ni banyak cawangannya, aku berpraktikal di cawangan Sungai Petani. Ishhh berapa kali aku nak bagitahu. Berkali-kali dah kan aku bagitahu? ^^ Sepanjang tiga bulan setengah belajar kat sini, aku tak tipu... Aku tak bodek... Seriously seronok gler. Staff-staff kat sini tak pernah nak berkira langsung. Kadang-kadang aku yang naik segan. Bila dah segan, kena marah pulak! |haha| Pastu macam mana? Cer bagi aku idea sikit.

Allhamdulillah. banyak benda yang aku belajar di sini bukan setakat pembelajaran tentang penilaian tetapi budi bahasa yang dilontarkan oleh staff-staff di sini. Bak kata PD a.k.a Pegawai Penilai,, ' yang baik itu ambil la dan bawak balik, yang tak baik tue tinggal la kat sini. ' Thank you very much to all's staff JPPH Sungai Petani. Jasamu tetap akan dikenang. Ilmu memang bawa ke mati la kan.. =,=

Sebelum bermulanya praktikal di tempat asing tue, memang la hati aku ni cuak. Macam-macam bermain difikiran. 'Ishhh makcik-makcik ni macam mana ek?' Pakcik-pakcik ni ok tak?' Rasa tak otak aku time tue dah macam rojak? |hoho| Tapi alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Semuanya bantu aku untuk aku gapai pointer yang terbaik untuk semester ini. Mudah-mudahan kan.

Dua minggu sebelum berakhirnya latihan industri ini, satu acara sudah giat dilakukan oleh staff-staff kat sini. Korang nak tahu apa dia? Dieorang dah mula belanja aku dan Intan makan. Mungkin tanda terima kasih. Dimana destinasi ditujui? |Chicken Rice Shop| |PizzaHut| |McD| |Radix| macam-mcam lagi la. Satu tempat lagi aku pergi makan dengan pegawai-pegawai a.k.a penyelia aku sendiri, Apatah nama tempat makan tue tapi memang best :) 'Order je ape u all nak. Jangan malu-malu' hahaha.

Isnin bertarikh 27 Februari 2012 berakhirla segalanya. :) Itu yang aku tunggu-tunggu kan selama ini. |haha| Hari terakhir untuk penyelia check balik report aku, check balik buku log aku dan tandatangan. Itu paling penting. Patutnya 23 Februari 2012, aku akhirkan segalanya. Akibat report pun tak selesai lagi, aku  kena datang la hari isnin tue. Bagi settle semua. (^___^) Tarikh keramat ni jugak aku kena buat ucapan. staff-staff ada buat sedikit majlis ringkas untuk aku dan Intan. Ada makan-makan. Cuak gler. Nak cakap depan PD dan semua. Mula la satu badan menggeletar |kantoi suda| Dengan khidmat yang diberikan selama tiga bulan setengah itu membuahkan hasil, aku dapat sijil, hadiah daripada PD, hadiah daripada JPPH dan hadiah daripada staff. Terima kasih untuk semuanya. Dengan ilmu yang dicurahkan oleh kalian pun dah cukup memadai warga JPPH Sungai Petani :)
 
**** kak izan dan cik fa.. markah lebih sikit nah**** hahaha
**** lagi satu terima kasih selalu belanja makan dan ilmu yang diberikan****
**** kak yanie,, terima kasih bawak p jalan-jalan kat penang dan belanja macam-macam :)****
**** wan a.k.a. en hanif terima kasih,, selalu belikan nasi lemak time pagi dan petang pulak bawak cucuq cempedak, cucuq kucai dan cekodok****
**** cik nab and kak syikin terima kasih sebab menceriakan hari-hari kami selama berada  di situ |PizzaHut| ****
Sekian :) 
Asssalamualaikum peminat setia yang suke curi-curi masuk. Senyum la. Kan sedekah tue. :) Dengar cakap Allah. Dengar cakap ibu dan dengar cakap ayah. Maka berbahagialah kamu. |insyaAllah|

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)