Saturday, 10 March 2012

Cameron or Genting?!

Hai awak-awak :)
Cameron or Genting? |huhu| Cameron je la k? sempat amik gambar time jalan kat Cameron jek. Lagipun just lalu je genting dan cameron highland tue, bukan pergi bercuti pun :) Lain kali la kalau nak pergi bercuti. Tunggu poket abah dan ibu penuh :P |bukan poket aku| aku tak kerja lagi.




Time ni pun aku ikut family aku pergi majlis perkahwinan. Adik kawan abah aku yang kahwin. Ia terletak di negeri pahang darul makmur. Dekat felda sertik. Aku ingat-ingat lupa la, lagipun dah lama dah pergi,, tiga minggu lepas. Maybe. Tidur rumah dieorang satu malam. Rumah kenduri kan, tidur pun dah tak nyenyak, tak macam kita tidur dekat rumah kita sendiri. Sangat-sangat lain. Dieorang busy memasak. Busy berborak. Hurmmm,, tak pe aku boleh terima keadaan macam tue :)




Tapi ada benda yang aku tak boleh terima. Akibat jalan memang bengkang bengkok umpama ular kena palu, biasa la jalan pantai timur ni. Aku redha. Adik aku pening, so bermula la aktiviti muntah ni. Dia memang pantang kalau jalan macam tue. Asal jalan macam ular kena palu je, mula la dia pening. Aku fobia bila berkeadaan macam tue. Aku pun pening jugak tapi aku mampu bertahan. Tak pelah, adik aku kecik lagi. So, budak kecik mana la kuat dengan benda ni semua. Oleh itu, asal beli barang je time tue pastikan plastik tersimpan rapi didalam kereta :) Yelah, banyak kot kegunaannya. Itu baru pergi pahang belum lagi pergi kelantan. Adik ohh adik. Kamu memang menguji kakak-kakakmu ini. Tapi kakakmu yang sulung ni dah surrender dulu :p

Tapi seronok la dapat jalan-jalan kat pahang. Dulu time duduk kluang, abah balik lalu mersing. Tak pun lalu segamat. Ni bila dah duduk sungai petani, nak ke pahang tue makan masa la jugak, abah lalu tapah tak pun terus ke simpang pulai je. Sebab tue dalam perjalanan jumpa cameron highland la genting highland la. Apa-apa pun terima kasih abah. Terima kasih ibu. Tak sabar nak balik Inspen ~ tetibe |hahaha|


Budak comot. Budak comot. Budak comot. :p Awak tahu tak saya tak sabar nak balik Inspen. Nanti boleh jalan-jalan kat kluang. |hahhaaa| Budak comot tunggu k.. Mudah-mudahan jejak lagi la kaki saya di bumi johor tue ye. Amin. Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)