Wednesday, 29 February 2012

keunikkan seorang wanita :')


Ciptaan ALLAH yang bernama.. WANITA..!!
Malaikat menghadap Allah dan bertanya : "Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..?"

Allah menjawab :
...
"Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar bisa menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit. Dia harus bisa melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya."

Malaikat terkejut dan berkata : "Hanya dengan 2 tangan… 2 tangan! ini adalah hal yang mustahil..."

Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. lalu kepada malaikat, Allah berfirman :

"Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. tunggulah sebentar! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia bisa menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia bisa bekerja sepanjang hari dan malam.."

Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"

Allah menjawab :

"Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak bisa menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar."

Malaikat bertanya: "Apakah dia bisa berpikir?"

Allah menjawab :

"Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia bisa berdialog dan juga bisa berdebat."

Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :"Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?"

Allah menjawab :

"Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpan air mata dan di situ terletak banyak beban berat."

Malaikat bertanya : "Kenapa mengalirkan air mata?

Allah menjawab :

"Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya..

Subhanallah. Indahnya ciptaanNYA :')
|Terharu|
Bersyukurla kerana dilahirkan sebagai seorang wanita. Terima kasih ibu kerana ibu merupakan seorang wanita yang kuat, cekal dan tabah. Saya pun nak jadi sekuat ibu :)
 

p/s : copy paste from facebook.
Sekian :)

Tuesday, 28 February 2012

B.E.R.U.B.A.H


Simple sahaja entry kali ni. Just saya nak cakap awak dah banyak berubah. Hati saya yang cakap. |hehe| Bukan saya yang cakap. Tak pe kita tengok langkah seterusnya. Berjaya saya mencari awak yang dulu? Berjaya kah? Saya rasa peluang saya itu sangat-sangat nipis dan tipis. Right? Berdoa dan bertawakal sahaja kerana itu sahaja yang kita mampu. |sabar|

Assalammualaikum peminat setia yang comel itu. Thank you very much ya di atas kasih yang diberi. Semoga anda sihat-sihat saja. Smile always.

Friday, 24 February 2012

:mari berjimba-jimba:



Assalammualaikum kawan-kawan :) Hari ini aku cuti. Yeay! Sesedap rase aku je kan tulis title kat atas tue? |haha| bila mase pulak aku pergi berseronok-seronok? kak yanie bertungkus-lumus buat research, aku boleh berseronok-seronok |maaf kak yanie| tak pe biar kak yanie pening sorang-sorang |haha| |jahat betul aku ni| Yelah, kerja aku just amik gambar je. Memang la aku pergi penang tue just nak berseronok-seronok. Kak yanie sampai pecah-pecah peluh buat research. Yelah untuk thesis master dia. Fuyyo master. Mesti la kajian dia kena yang gempak-gempak kan. All's the best la kak yanie :)


Kat atas tue 1st bangunan yang kami masuk. Banyak maklumat yang kak yanie dapat kat situ. Bangunan tue pun kak yanie nak buat sebagai bahan kajian dia. Hurmmm building defect? aku dah pernah belajar time semester dua. So tak la aku |jakun| sangat bila tengok contoh report kak yanie dan tak la aku pelik atau tertanya-tanya bila kak yanie amik gambar bahagian kerosakkan bangunan tersebut. Oleh itu, terima kasih Inspen sebab buat saya tak jakun. |hoho| Kami berempat pergi penang ni, sorang Jessen gerangan namanya. 1st batch Inspen. Bangga tak? Bangga tak? |jakun| bangga la jugak kan dapat jumpa senior. Sekarang dia dah bekerja kat JPPH Seberang Perai. Pastu aku, then Intan dan last sekali mestilah tuan punya thesis. Ape la korang ni tanya-tanya pulak. :) cukup kan empat?




Bangunan kat atas ni pun bangunan yang bakal dikaji oleh kak yanie and the geng. |haha| tapi bangunan ni masih dalam perancangan nak buat kajian atau tidak,,mesti la kena tanya tuan yang mengajar dulu. Boleh or tak guna bangunan ni.. Korang reti bace tak? Apa nama bangunan kat atas tue? |hehe| memang. Memang buruk bangunan kat atas tue, nama pun muzium kan. Nampak la keburukkan bangunan tue. Tapi ia banyak tersimpannya sebuah sejarah. Kan3? >.< Last pic, jom kite tengok....




 Der, mesti korang tengah dok perhatikan kereta putih tue kan? |stop| aku bukan nak suruh korang tengok kereta putih tue just aku nak bagitahu yang kak yanie amik jugak dua buah kedai tue sebagai bahan kajian dia. Nampak tak? kalau nampak sila angkat kaki. |haha| tapikan, cantik jugak kereta putih tue kan? tokeh kedai punya kereta laa...(: Ape-ape pun dah settle sebuah rumah kedai dari enam buah rumah kedai. |tahniah la kepada kami-kami| |haha| perasan je lebih. Bukan buat research teruk-teruk pun macam kak yanie and Jessen. Jumpa tuan punya kedai semua untuk mintak kebenaran nak buat kajian ke atas rumah kedai mereka. Aku just makan je lebih :P |terima kasih kepada apek-apek yang bekerjasama dengan kak yanie, Jasa-jasa kalian akan terus dikenang| Cehwah.


Okey la, assalammualaikum peminat setia yang suka curi-curi masuk. |hehe| Semoga anda sihat-sihat sahaja. Dipayungi dengan Rahmat Allah. 1st sabar dengan dugaan yang diberikanNya. Dia saja nak try test. |haha| Terima kasih di atas perkataan 'berjimba-jimba' :) seronok guna. Take care ya!!

Thursday, 23 February 2012

~ istikharah cinta ~



Sebut nama mu terukir merdu tertulis dalam sajadah cinta tetapkan pilihan sebagai teman kekal abadi hingga akhir zaman. Istikharah cinta memanggilku memohon petunjukMu. Satu nama teman setia naluriku berkata dipenantian luahan rasa. Teguh satu pilihan pemenuh separuh nafasku dalam mahabbah rindu.
 <3 <3 <3

Assalammualaikum peminat setia yang suke curi-curi masuk blog saye, semoga awak sentiasa diredhai Allah. Take care.. =.= 

Monday, 20 February 2012

he is you :')

Assalammualaikum. Selamat malam semua ('',)

Tak ada apa yang perlu dikatakan atau diceritakan just aku semakin hari semakin busy. Hee :) busy pun busy la janji dapat pengalaman dan dapat result bagus semester ni. |AMIN| Aku tahu makin larut malam ni mesti makin ramai yang dah tidur kan. Kebetulan malam ni di negeri jelapang padi hujan selebat-lebatnya. Syukur. Rezeki tue. Syok je tidur kan. Haha.



Bila aku tengok gambar ni gerenti aku tergelak sorang-sorang. Korang nak tahu pasaipa? Tue ha, tisu dekat  tangan tak pernah lepas kot. 'Bak sini aku nak buang tisu tue? Tak habis-habis dengan tisu dia' satu lagi dialog yang membawa impak besar dalam hidup aku. Sesedap rasa je kan nak buang tisu aku' :p Lawak kot bila ingat balik. Apa la KA ni orang pegang tisu pun nak jeles. Haha. Kan kalau berpeluh senang nak lap. Kalau makan comot ke. Banyak kot kegunaan tisu ni. So, gambar ini untuk tatapan peminat setia itu. Yang selalu curi-curi masuk tengok blog ni.. :) Kite tahu, awak rindu kite kan? hahaha. Ayat tak boleh blah.=.=


Okey la peminat setia yang selalu curi-curi masuk blog kite,,masa untuk tidur. Esok takut tak terbangun pulak nak pergi Wisma Ria. Hoho. Jaga diri elok-elok dan sentiasa ceria setiap saat okeyyy. Jangan marah-marah. Kite tahu sekarang awak tengah darah muda tapi marah-marah tue akan sikap syaiton. So,buang tabiat buruk itu. Lastly, semoga awak sentiasa di bawah lindungan Rahmat Allah. |ILoveYou laaahh|


Friday, 17 February 2012

***Alangkah Manisnya Ia***

Assalammualaikum kawan-kawan ^.^
Mood = Tengah busy buat assignment ni. Sempat lagi buat entry baru. |haha| :) Nak bagitahu ni, praktikal aku tinggal lagi seminggu je sama dengan lima hari.. Tak sabar rasanya..Heee Aku nak post something ni,maybe ia baik untuk aku dan korang. InsyaAllah sama-sama la kita kongsi ye  =.=


………(¯`v´¯)
………..`•.¸.•´ ~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ”COUPLE” ♥ ~
………(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
……… /█\ ♥/█\
…❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*° •✫❤
(`’•.¸ “Habis nnt macam mana nak cari isteri?”
bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~
...
(`’•.¸ “Bukan kita kena USAHA ke?”
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`’•.¸ “Nanti kena REJECT macam mana?”
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`’•.¸ “Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?”
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`’•.¸ “Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk.”
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.
Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal~
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang~ I have DONE my job~
nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`’•.¸ “Mak & ayah restu lah.”
Memanglah mak & ayah restu~
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri~
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`’•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengukut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`’•.¸ fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
fikir-fikirkan lah~

✿♫•*¨*•.¸¸❤ ✿♫•*¨*•.¸¸❤❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*° •✫❤

Credit kepada yang mengarangya. Memang aku sokong 100%. Ini semua aku amik daripada laman muka buka. |haha| Harap korang boleh fikir apa yang baik dan apa yang tidak baik. Sama-sama la kita ingat-mengingati. Tak salah kan? -.- Sekarang dah akhir zaman, macam-macam perkara dah berlaku. Dan berlakunya benda-benda ini la buat kita semua lebih matang. :) Aku pun couple,,just aku akan jaga batasan aku dengan KA. Dia tidak halal bagi aku lagi. So, maruah aku dan dia perlu dijaga. Saham dosa semakin meningkat ketika bercouple ni tau.. AWAS!!
Jika pandai menjaga batasannya sebelum menjadi yang sah, InsyaAllah. Semuanya akan manis apabila menjadi miliknya yang sah kelak dan insyaAllah juga akan diredhai dan dirahmatiNya. Percayala :)
sekian.. :)


Thursday, 9 February 2012

thank you very much


Please! Please! and please! Tolong jaga dia macam mana aku jaga dia dulu
Tolong sayangkan dia macam mana aku sayangkan dia dulu
Tolong jangan persiakan dia walaupun dia pernah menyakiti hati kau (Mungkin tak pernah)
Tolong jangan abaikan dia macam mana aku tak abaikan dia dulu
Jangan biarkan dia kesunyian
Aku di sini akan sentiasa doakan kebahagiaan korang
Aku akan pergi bersama si dia dan sentiasa disampingnya InsyaAllah.
Tak kan sesekali berpaling lagi
Selamat Tinggal
22 Julai 2006 -----> 11 Mei 2011
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)