Monday, 24 April 2017

Journey 12 : April Story

Ini je sempat dicandid untuk kenangan ^^
Assalammualaikum dan hyee semua ^^ Lama betul tak menaip. Sebab tak tahu nak update apa? Kalau update pun, takut merapu je. So tak nak nampak suram blog, join je la giveaway dan segmen. Yang mana sempat nampak je la giveaway yang hamba join tu |hahaha| So buat apa cuti ni? Aku macam biasa la, bukak laptop.. Hasrat di hati nak sambung buat fyp dan assignment tapi itu la, sekadar tengok je. Satu apa tak buat pun. orang kata feel tu tak sampai lagi ^^

Alhamdulillah, semester ni Sabtu bersamaan 22 April 2017, kali kedua aku keluar dari uitm. Trip kali ni ke klcc sebab ada iproperty.com Home & Property Investment Fair. So memang ada kena mengena la dengan course dan subject aku ambik pada semester ni. Ia berkaitan dengan development! ^^ Dekat sini banyak booth tentang development yang dibukak, dorang ni jugak dalam kalangan developer, banker, interior designer dan lain lain lagi. Selain dapat ilmu, ofcouse la kita orang pergi kutip cenderahati. Yang syoknya duk kutip beg tu la.. Dalam beg tu biasala, ada pen.. Notebook.. Best dapat benda free (^_____^)

Dekat fair ni jugak ada game, so kita orang pun join la sambil sambil interview individual dekat booth tu yang berkaitan assignment, best jugakla la game dia.. Penganjur minta untuk full kan bahagian kertas yang perlu dicop dari booth yang tertentu. Kiranya siapa dapat 3cop dah boleh dapat reward la. Banyak jugak hadiah yang ditawarkan seperti chicky, ibu chicky |hahaha| tshirt, notebook, baucer dan lain lagi. Tapi rezeki aku dapat chicky. Dua kali main cop cop tu.. Dua kali dapat anak ayam T.T

Tapi aku tak sedih pun sebab aku dapat jumpa Amal. Yes, my ex classmate. Alhamdulillah.. Kalau dah jodoh, tak kan ke mana kan? Kami pun round klcc dan pergi makan. Sampai tak masuk seminar yang lecturer suruh masuk |huhuhu| Tak apa, janji lepastu kami masuk balik dewan tersebut dan  ajak Amal sekali join. Satu hari yang amat menggembirakan walaupun sebenarnya sangat penat. Siapa kata jumpa kawan lama tak seronok? seronok wooo.. Rasa macam " sanggupnya dia datang klcc sebab nak jumpa? pantas dan efficient pulak." Ingatkan memang tak ada jodoh dah nak jumpa sebab lepas ni dia nak sambung belajar dah. Good luck Amal (^_____-)

Beli apa kat klcc? |hahaha| Apa punya soalan? Actually tak rasa pun nak beli apa apa sebab niat di hati nak shopping kat kelantan nanti :p Mid semester semakin hampir dah ni, tak sabar nak balik kelantan.. Lepastu terus balik kedah. Alhamdulillah, semoga Allah lindung perjalanan ni. InsyaAllah, kalau tak ada apa apa aral.. Boleh kite ke sempadan kelantan tu.. ke hanya tengok dari jauh. Masih dalam perancangan. Allah izin, kite p okay 0.-

InsyaAllah, isnin bersamaan 1 mei 2017.. Bersempena ulangtahun perkahwinan ibu dan abah yang ke 26 tahun serta majlis perkahwinan encik sepupu.. Diri ini akan berusaha untuk ada di negeri jelapang padi. Aiii, sampai ke kelantan bawak diri? |hahaha| Okay lagi kelantan, kalau kashmir, hang nak kata apa? Tak ada la, saja nak p kelantan sebab nak tengok barang barang sikit. Depa kata kat sana murah :)

So semoga apa yang dirancang pada minggu ini berjalan dengan lancarnya. InsyaAllah. Esok kami ada dua lagi presentation. Moga dipermudahkan.. Doakan kejayaan kami semua. Okay la, cukupla sampai di sini dulu. Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu serta jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum! ^^

4 comments:

  1. Hi Terima Kasih dan Tahniah kepada Anda Kerana Tersenarai dalam Video Animasi Ucing Nak Try Irama Melayu.(^_^)

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak gi KLCC.. lepak dalam bookstore.. Wargh!! Jeles..

    ReplyDelete
  3. Semoga apa yang dirancang, berjalan dengan jayanya 😄

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)