Friday 27 November 2015

semuanya tentang internship I !

semuanya bermula di sini!

Tanggal 8 Jun 2015, untuk kali keduanya aku praktikal untuk course penilaian cuma bezanya sebelum ni aku praktikal di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan ia di bawah kerajaan. So untuk diploma ni, aku cabar diri aku ke swasta. Kat JPPH dah rasa, so macam mana pulak bila kerja di bawah swasta ni. Aku akan cuba yang terbaik. Bismillahirahmanirahhim :)

Untuk hari pertama di Rahim & Co Sungai Petani, Kedah. Aku di perkenalkan dengan staff staff dan paling gerun bila bos panggil masuk bilik bagi sesi memperkenalkan diri. Nasiblah bukan aku sorang praktikal kat situ. Intan ada sekali, so hilangla rasa kekok tu. Alhamdulillah, bos okey.. Dan staff pun okey :) Lepastu dapat admin pun sama baya. Memang ngam habis lah. Okey di Sungai Petani, aku di letakkan di bawah miss syafinaz, aku paggil kak pinat ja. |huuu| Pada mulanya, kak pinat ni agak pendiam tapi dah lama lama kenal, cik valuer ni okey je. Tak lokek langsung dengan pengalaman yang beliau ada. So dari situ aku banyak tanya tentang valuation report, actually tak ada la banyak mana pun aku tanya |hahaha| Minggu pertama tu, aku banyak baca report sahaja. Dengan mengkaji report. Ceh, mengkaji! tak boleh blah ayat. aku tahu lah yang company valuation swasta ni banyak buat purposes untuk financing dan auction. Kalau JPPH banyak buat kes duty stamp, pengambilan balik tanah, real property gain tax ;)

Contoh, untuk financing.. Katakan bakal pembeli ni nak beli rumah, pihak bank akan lantik valuer dari swasta untuk buat penilaian ke atas rumah yang bakal dibeli. Valuer yang dilantik ni akan melawat periksa rumah tersebut dan akan membuat penilaian berdasarkan nilai pasaran. Apabila nilaian sudah ditetapkan, barulah bank boleh bagi pinjaman. Penilaian juga dilakukan untuk confirm kan betul atau tidak jumlah loan yang diminta oleh bakal pembeli, sama ada ia sama jumlah atau tidak dengan property yang bakal dibeli. Bab pinjaman ni, kadang bank bukan bagi pinjam full pun dari harga rumah. 70%, 80% dari harga rumah je kot kalau nak dapat pinjam pun, yang selebihnya usaha sendiri dan lainlah kalau orang tu kerja kerajaan, loan ni mudah sikit :) Tapi bab nak membeli ni mesti atas geran tu bersihla tanpa apa apa bebanan, kalau tidak, transaction memang tak smooth lah. |fulamakk weh, kalau salah penerangan aku ~ malu. hahaha| :D

Untuk kes auction, takut sikit. Mana taknya.. Kita buat lawat periksa rumah yang bakal dilelong. Siapa tak marah. Nak ukur bagai. Silap hari bulan tuan rumah sedia parang. Miss valuer ajar, untuk rumah lelong, kita panggil tuan rumah tiga kali sahaja. Kalau dia tak nak bukak pintu, itu dia punya pasal. Lepastu inspect property dari luar je. Then amik gambar, Untuk kes auction ni pun, bank akan lantik valuer swasta untuk buat penilaian. Valuer akan kira forced sale value aka nilaian paksa la. Yela sebab rumah dah kena lelong. So harga rumah akan jadi rendah dari harga asal. Btw rumah lelong ni untung tau kalau beli. Aku pun ada tanam angan angan nak beli rumah lelong. Janji ada cash dalam tangan. Tak semestinya rumah lelong tu berhantu. Adoiii @.@

Seronok kerja penilaian ni tapi hati kena sado sikitla sebab kadang kena marah atau maki dengan tuan rumah, biasala orang tak puas hati. Dan tu belum kena lawat periksa ladang lagi tu. Haa.. Lagi mencabar. Perempuan inspect ladang. Bahayaa dong! Kalau kena tang qerja.. Kena p jugak cheq oii. Ingat apa! Btw hari tu, aku ikut miss valuer inspect tanah pertanian kat padang golf. Tanah bercantum, nak cari lot dia macam payah sikit. Tanah kat tengah tengah pulak tu. So dia ada kiraan untuk tahu kedudukan tanah tu. Bulan puasa beb. Pukul 10 dah haus. Dugaan betul. Inspection yang tu paling aku ingat. Alhamdulillah ada dayah, student internship dari UTM. Dia teror lagi dari aku |hohoho| Cekap! :)

Selain pergi inspection, aku tolong dila aka admin rahim & co sungai petani register case ke, key in data masuk system dan banyak lagi la. Dari duduk macam batu bersurat tu kan, better tolong dia. Rasa cepat je masa berjalan kalau duk buat kerja tu. Aku ada jugak buat property management.. Tolong property manager cari condominium kat Penang. Biasalah condo dekat Penang, hebat hebat belaka. Mungkin beliau nak manage kot condo tu. Yang paling best, tolong valuer buat title search la kat land office |hahaha| Satu title search RM30 ye. Tak pun pergi Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk amik resit cukai pintu. Cukai pintu ni berguna untuk confirm kan alamat property. Nanti pergi inspection, tak ada lah tersalah property. Kadang kerja sebagai internship student ni, tolong valuer buat kiraan sekaki persegi tanah tu berapa RM? Just estimate je kiraan tu. Estimate pun kena pastikan masuk akal deh! Harga mahal tapi lokasi kat pedalaman, tak masuk akal. Tak boleh jugak tu -.-"

Empat minggu jugak aku kat sungai petani sebelum kena transfer ke alor setar. Sedih beb bila kena transfer tu. Hati tak nak pun pergi tapi bila fikir yang kita nak belajar, so berkorban la sikit. Time internship kat alor setar, memang aku berkorban habis. Dari segi tenaga, air liur, air muka, malu, yang paling penting.. Aku korbankan kulit aku |hahaha| Sebab tu time kenduri masturah, sekeping gambar pun aku tak ada. Tapi aku tak kesah pun sebab aku puas buat rating ni, aku belajar banyak benda. Dan ni last la aku buat kes rating. Pro harta manjung nak cari orang untuk buat kes rating, aku surrender dulu la |hahahaha| So sesiapa yang berminat tu, boleh la try -.o

6 July 2015, aku mula praktikal di Rahim & Co Alor Setar. Sekelip mata semua berubah. Aku rasa macam baru masuk praktikal balik |huhuhu| btw hari pertama, bukan kat office tapi dekat site. Dah mula inspect rumah orang, kes rating kan aka cukai pintu. Macam tu la kerjanya. Bulan puasa weh! Memang penat. Nak mengadu kat siapa, KA lah selalu jadi mangsa. Kesian. Btw terima kasih :) Panjang lagi nak cerita tentang kes rating ni, nanti aku sambung dalam entry seterusnya ~ semuanya tentang internship II ! 0.0

Kita jumpa lagi. InsyaAllah. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Mudah mudahan tenang hidup tu. Moga moga Allah redha kehidupan tu. Assalammualaikum :D


File yang akan di bawa ketika inspection. Lagi satu laser sebab nak tembak ukuran property untuk dapatkan keluasan.




1 comment:

  1. Assalamualaikum ..camna ye nak apply kat rahim n co. ?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)