Selamat Pengantin Baru. Welcome to our cute family ~ khairul azwan |
Jodoh pertemuan, ajal maut.. Kau tahu? Aku pun tak tahu. Ha.. Ni adik aku langkah bendul aku dulu. |hohoho| Btw aku dah lama redha. Okey okey, Assalammualaikum semua. Harap sihat la hendaknya. Aku ni alhamdulillah. Bertambah tambah sihat okey. KA duk kata pipi makin tembam, okey fine.. Memang pun. Nanti pandai pandai la cover pipi pakai tudung. Mana tak tembamnya, duduk rumah, happy kot. Dulu duduk alor setar susah hati. Makan pun kena catu |tipu sangat, makan drive thru je weh| Tak tahu nak cakap macam mana, biarla pipi ni naik dengan jayanya ;)
Alhamdulillah, Masturah & Azwan dah sah sebagai suami isteri kira kira tiga bulan lepas. Syukur. This couple is halal. Baby? InsyaAllah.. Coming soon deh. Tunggu |hehehe| So dengan ini aku dah ada adik ipar. Syukur lagi sekali sebab adik ipar aku ni senang ngam. okey fine ` kak anis ye. First memang kekok.. Lama lama biasa dah. Allah dah kata, Dia akan permudahkan segalanya. Mula mula tu aku duk bebel jugak tentang aurat, sebab duduk serumah ngan adik ipar. Aku susah. Biasala, siapa tak kenal aku.. Membebel je. Dan syukurla si wan ni jenis mudah. Dia akan suruh masturah aka isteri kesayangan dia jadi spy dulu, tengok aku dan zulaikha dah tutup aurat ke belum.. Baru dia keluar dari bilik. See. Allah permudahkan? Aku dah kataaa..
Okey, berbalik kepada majlis mas dan azwan.. Mereka nikah 21 Ogos 2015. Save the date beb. Dan majlis 29 Ogos 2015. Dalam bulan ogos ni, aku memang busy giler. Kalah bride to be wehh. Serius. Dengan kenduri nabilah pun bulan ogos. Birthday KA dan syuaqi pun bulan ogos. Kes rating dekat office ditambah dengan ot. Hantaran mas dan wan, aku kena settle. Time majlis, photobooth pun aku kena settle. Adoiii. memang rasa nak marah sebab tension. Sebab itu ini aku. Tapi jangan risau, Allah ada.. Aku dapat selesaikannya satu persatu. Dengan tenang setenanganya. Majlis akad nikah serta resepsi mas dan azwan berjalan dengan selancarnya. Aku pun dapat cuti hari sabtu tu, supervisor yang baik hati tu bagi cuti. So yang tinggal kat office tu bertungkus lumus siapkan bahagian aku. Thanks kawan kawan ;) Dengan korang, aku dapat belajar apa itu erti persahabatan dan apa itu erti keikhlasan. Makin kecik team kita, makin aku mengenali korang, sorang sorang tau. Rindu wehh kita yang dulu dulu :) apa apa pun, semoga korang berjaya dalam apa apa bidang yang korang ceburi [md nor-safwan-fatin-intan] dan tak lupa jugak untuk shira. Terima kasih untuk semuanya :')
Time resepsi adik aku, alhamdulillah.. Ramai giler orang datang. Yang excited nya.. Hadiah dia pun berlambak |hahaha| tu yang paling paling aku suka. Orang kata, rezeki dia. Makanan pun banyak tau. Rugi KA dan family tak datang |huhuhu| ~ penat kite tunggu tau, sampai petang pulak tu. Kenduri haritu, fatin, intan dan shira.. sempat lagi datang tau. Lepastu balik office, sambung ot. |huhu| Ema pun datang. Dan siapa ek lagi datang.. Maafla kalau tak tersebut nama. Terima kasih sebab datang. Biasala, busy. Sampai sepupu kesayangan aku sampai pun still aku tak tukar lagi baju. Aku tersengih. Dia pun tersengih |hahaha| Dahla penipu kata tak dapat balik. Macam rasa nak bagi sejibik je @.@
Dan time majlis mempelai dua merpati sejoli ni la, hubungan aku dengan sepupu yang ni bertaut kembali menjadi rapat. Dulu zaman sekolah memang rapat sebab selalu mesej, lepastu habis sekolah.. Ntah. kitaorang terpisah. Salah siapa? Aku pun tak tahu. Rapat bukan sebab satu sekolah, aku sekolah kat selatan.. Dia kat utara. Jauh. Aku pun tak tanya kenapa terputus. Padahal dia kata no telefon aku memang dah dalam kepala dia, Aku pun tak berani nak korek sangat sebab dia ni, rahsia dia macam rahsia negara 0.0"
Pengantin lelaki sampai dalam pukul 2.40 petang macam tu la. Aku teman pengantin perempuam bertemu pengantin lelaki di persimpangan cinta. ~ cewahhh. Lepastu aku lari. Nasib ada mak ngah, seikhlas hati nak jadi pengapit masturah. Syukur. Aku terlepas. Sampai je pasangan pengantin depan rumah, bunyi mercun. Memang meriah. Kelihatan wajah adik kesayangan aku ni tersenyum bahagia disamping hero hatinya :) Lepas pasangan pengantin selesai makan, dorang sibuk nak pergi bergambar. Okey, fine. Pergilah. Aku ambik kesempatan merayap kat belakang rumah, berborak dengan sepupu. Diorang duk basuh pinggan, aku tolong tengok je :)
Thanks Qilah dan Zulaikha sebab banyak membantu dalam menyiapkan photobooth aku tuh. Idea jatuh dari langit kot. Malam tu, otak aku memang kosong, tak tahu nak design macam mana. Pagi tu, korek korek langsir lama puan ibu, nasib jumpa. Langsir tu dijadikan latar. Memang simple but nice. Okey, angkat bakul sendirik :p
Dengan ini, aku.. anis khalilah wakil bagi pihak keluarga dan kedua dua pengantin nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan hari bahagia anis masturah & khairul azwan serta terima kasih daun keladi juga kerana sudi datang untuk meraikan bahtera kasih mereka berdua. Ribuan terima kasih diucapkan.
Cukupla tu bebelan untuk majlis masturah & azwan. Yang penting aku dah tunai janji nak cerita tentang perkahwinan dia. Kan? Okey.. Dah la tu. Jangan ungkit ungkit lagi deh. Jaga hubungan dengan Allah okey. Jaga hubungan dengan ibu abah dan orang sekeliling. Assalammualaikum :*
Bestnya.. kesal juga tak dapat datang tapi takde rezeki sbb dah janji dgn kawan2 :/
ReplyDeleteBtw akak tahu tak, fiqa dah tukar link blog tau :) http://fieyqadelova.blogspot.my/
Xpela :) kenduri akk nnt.. Kena dtg ;) haha. Ohh. Yeke? Okey. Tq. Nnt akk buat lwtn :D
Delete