Wednesday 24 October 2012

Semakin Menghampiri Satu Tahun.




Assalammualaikum :)
Alhamdulillah. Cuaca dekat sini cerah secerahnya. Tapi tak tahula kan malam nanti hujan ke. Yang penting siang memang cuaca cukup-cukup baik. Bukan apa, banyak kot pakaian duk jemur kat luar. Kalau hujan, maknanya berlapuk-lapuk la pakaian tak kering. Lusa dah nak raya. Yeayyy!! \Y/

Sorry lah, gambar dekat atas ni dah berlapuk dan berhabuk dah. Sekarang baru nak cerita. |huhuhu| Tapi aku bukan fully nak cerita tentang hari raya hari tu just terasa pantasnya waktu berputar bila belek-belek gambar lama. Itu je (^____^)

Okey, raya tahun ni, tahun 2012 tak ada warna tema bagi keluarga aku. So tahun ni baju kitaorang warna pelangi. Just baju melayu abah dan baju kurung ibu warna yang seakan-akan sama. Itu pun kain ditaja tau. Alhamdulillah. Tahun ni family aku pakai kain pasang kesemuanya yang dihadiahkan oleh jiran-jiran dan kawan-kawan abah ibu time nak pindah hari tu ehh silap, tahun lepas. Ini Kluang punya cerita lah! (-.^) Abah tak adanya nak pakai baju melayu complete. Beliau lebih selesa pakai kain pelekat :) Hilang dah keJohorannya.

Rupanya sekarang kenangan Kluang itu dah semakin hampir setahun aku dan family meninggalkannya. Yelah, aku balik Kedah time Nov2011 dan family balik time Dis2011. Lupa ke? Aku balik awal sebab aku nak L.I kat JPPH Sungai Petani. Hurmm masa ohh masa kau tak boleh undur balik! Kalau boleh masa itu diundur.. Ahh abaikannya.

Yang penting, sekarang ni aku dah makin mengenali dan mendekati negeri ini. Semoga aku jatuh cinta pada negeri ini sebagaimana aku cintakan negeri johor, mudah-mudahan Allah permudahkan urusanku di sini. InsyaAllah. Bila tinggal di sini, aku banyak jumpa dengan orang tua-tua. Yelah, rumah aku pun dekat dengan kawasan kampung. Sekarang family still tinggal dekat taman perumahan. InsyaAllah, tahun depan rumah dekat kampung lah. Serius, makcik pakcik di sini memang baik. Rajin bertegur makcik pakcik ni. Terharu plak aku.

So aku kena bersyukur. Apa yang Allah dah catatkan. Allah dah tulis. Aku kena terima. Bukan mengeluh, itu tak kena. Ini tak kena. Tapi aku still rasa bersalah kerana meninggalkan bumi johor itu terlalu awal. Apa-apa pun tu semua bukan kehendak aku :')

.Ya Allah fahami dan mengertilah. Semoga orang yang kau kasihi dan cintai turut fahami dan mengertinya.

Assalammualaikum negeri kedah, aku harap kita boleh jadi kawan baik untuk selamanya dan selamat tinggal negeri johor, aku harap kita tak akan jadi musuh tapi biar jadi sahabat sampai bila-bila ^.^
Heii selamat tinggal negeri johor tak bermaksud selamat tinggal bakal zauj lah.

Dah lah,cukup sampai di sini. InsyaAllah, pasni entry akan di update lagi. Okey, selamat petang semua. Assalammualaikum. Jaga diri baik-baik. Jaga akhlak. Jaga solat.


Salam AidilAdha (^______^)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)