Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Sunday, 23 September 2012

When I with My Family.





Assalammualaikum.

 
Okey, kita sambung balik cerita yang tak jadi cerita semalam. |huhuhu| Bukan apa, apa yang aku nak ceritakan ni bukan selalu di lalui hanya sebulan sekali sahaja. Aktiviti ni la yang aku selalu tunggu-tunggu tau. Bukan aku sorang je tapi termasuklah adik-adik aku. Nak tahu tak apa aktiviti yang paling teruja tue? (^.-)


SHOPPING


|hahahhaa| Seronok giler. Suka-suka hati la nak ambil apa pun. Abah bawak pergi belanja barang-barang dapur malam jumaat hari tue. Macam biasa, Tesco je la tempat membeli belah itu.Selain barang-barang keperluan harian yang melambak dalam troli, makanan la 50% majoriti dalam troli tue. |hohoho|


Time kat kaunter pembayaran, barang-barang di scan.. Dan abah masih setia menunggu staff yang tengah scan barang-barang memaklumkan jumlah kesemua bayaran, of course la abah yang bayar semua tue. Abah kan tauke besar.|Heee| Time staff tue scan barang-barang, abah tengok je barang-barang yang kita orang pakai capai je." Amboi, nuget ayam ambik, bebola ketam ambik, kentang ambik, roti canai segera ambik." abah mula membebel. Eh, membebel ke? aku rasa tak. |huhuhu| Aku jawabla " tak apa abah, semua tue murah je." Abah balas, " Murah bukan duit?" |hehehe| Aku tersengih. Nanti abah dah pencen, tak ada la nak mewah macam ni. Okey, dah settle scan semua barang, staff tue bagitahu la berapa semua yang patut dibayar. Semuanya RM437.65. Mak aiii!! |huhuhu| Lebih kurang macam ni la berbelanja setiap bulan.




Lepas berbelanja, abah ajak pergi makan. Best. Abah bawak pergi makan dekat Tanjung Dawai. Pehhh. Dapat makan ikan siakap bakar, makan pulak dengan nasi putih. Ade air asam dan sayur cap cai. Sebagai minuman abah tempah air teh O suam bersama laici satu jag. Hurmmm.. Malam-malam buta melantak nasi. Memang kenyang la kan? Terima kasih abah. Dahla bawak pergi shopping, lepas tue bawak pergi makan ikan bakar pulak. Untungnya la badan (^_________^)
 Alhamdulillah. Syukur.


Okeyla. Jaga diri. Bersyukur sentiasa, Dan jangan lupa jaga akhlak :)
Assalammualaikum.
Sebelum mengakhiri entry ni, hari ni hari lahir sepupu yang paling aku sayang, Nur Aqilah. So, Happy Birthday sayanggg!! Aku sayang ang <3

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png