Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Sunday, 16 September 2012

Yesterday.

Assalammualaikum. Sihat ke? Harap-harap sihat la ye? Alhamdulillah. Syukur :)

Macam biasa, kalau aku update blog ni, ada la tue cerita yang aku nak kongsi :) Yelah, aku ni kalau tak ada apa-apa jangan harap la nak menaip. |Malas tak bertempat| |huhuhu|




Ya, aku pergi temuduga semalam. Ramainya orang, Allah je la yang tahu. Bukan ramai dengan calon yang bakal ditemuduga tapi ramai dengan ibubapa calon. Dah la banyak program yang ditemuduga kat uitm yang sama. Contoh program seperti Teknologi Kreatif (Skrin), Teknologi Kreatif (Teater), Teknologi Kreatif (Penulisan Artistik) dan Teknologi Kreatif (Pengurusan Industri Kreatif). Program-program ini adalah di bawah Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Yelah, nak jadi orang filem kena pergi temuduga kan. Mesti hebat kan diorang?


Okey, aku pergi temuduga semalam adalah untuk Program Perancangan Bandar dan Wilayah. Ia di bawah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur. |Course ni bukan nak jadi arkitek tau, tp tolong arkitek je| Course ni merupakan pilihan kedua dan semestinya Pengurusan Hartanah merupakan pilihan pertama aku :) So, bila dah dapat temuduga ni, aku pergi je dengan hati terbuka. 'Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia..' Sila sambung sendiri. (^___^)


Abah cakap, rugi kalau tak pergi sebab uitm dekat je dengan rumah. Bilangnya lagi, " Keluar rumah pun dah nampak bumbung uitm." |Okeyyy, abah tipu.| Lagipun, aku dah biasa dengan uitm tue, sepupu aku pun dah pernah kerja kat situ. So, bila pergi sana.. Tak la aku jakun semacam :p Dengan lafaz bismillahhirahmanirahhim,, aku pergi temuduga tersebut.


First sampai, aku pening cari bilik untuk program aku sendiri. Bertambah pening dengan kereta berlambak-lambak. Last-last aku turun kereta, aku jalan kaki je dengan ibu untuk cari bilik tersebut. Bila dah jalan kaki, boleh tanya-tanya orang kan? |huhuhu| Tak lama lepas tue, abah dan adik join kita orang. Ofcourse la ada ujian melukis untuk course ni, lukisan berdasarkan pandangan hadapan objek yang kita nampak. Jangan risau, bukan kena lukis istana ke, muzium ke yang serba indah tue tapi just lukis bongkah-bongkah je. Antara jenis bongkah yang di lukis cylinder, cube, cuboid, pyramid, bola. Sorry, aku tak amik pun gambar yang aku lukis tue, ingat dia bagi balik. Rupanya dia amik terus lukisan aku tue.


Untuk sesi temuduga, aku orang kedua ditemuduga. Huhhh, tak sempat nak nervous sebab aku tak tahu pun temuduga tue dah berlangsung. Tengah syok-syok berborak tiba-tiba ada budak panggil nama aku. Aku pun balun je la, masuk je. 1st soalan yang ditanya, " Anis sihat? " Alahai, sempoinya :)


" What is town planning, explain in english." pehhh, terkesima aku. |hahahaha| aku terdiam terus. "En Yusri, I need You please! Urgent! " Terasa nak menjerit tapi tak terkeluar. Pastu penemuduga tue suruh aku relax, dia cakap aku nervous. |huhuhu| Okey, tak lama lepas tue aku jawab dengan jawapan yang pernah aku belajar selama ni. Kelihatan lecturer uitm, maybe. Hanya mengangguk-angguk di hadapanku. Aku tersenyum. File di hadapannya dibelek. Dalam itu, banyak sijil-sijil aku yang aku perolehi time form5 dan kat Inspen. InsyaAllah. Ada rezeki, dapatla course tue. Amin.
Doa plus Tawakal. InsyaAllah. Berjaya. Allah sentiasa bersama kita. Ingat tue.





Time ujian lukisan, lebih kurang macam ni la,, lukisan ini just aku practice je sebelum temuduga.


Kepada kawan-kawan yang lain, good luck. Pilih-pilih sama ada UWS atau QUT. InsyaAllah, pasti ada rezeki masing-masing. InsyaAllah.
Assalammualaikum.

10 comments:

  1. Assalamualaikum. Lame tak temu duga lisan ?

    ReplyDelete
  2. tak lama mane pun. dalam setengah jam.

    ReplyDelete
  3. asalam saya nak tanya. lama tak tunggu keputusan lepas interview?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama.. Dalam sebulan.. Kadang tak sampai sebulan ^^

      Delete
  4. Assalam kak, saya nak tanya, saya dipanggil untuk ditemuduga at FITA but idk what the lecturer will ask me... im so nervous. dah banyak blog saya kaji tapi x jumpa pun ttg Teknologi Kreatif [Skrin]... btw im 18 and baru abis SPM

    ReplyDelete
  5. Wslm dik. Janganla nervous. Relax. Hihi. Kena study jugak apa itu teknologi kreatif skrin tu.. Sebab kdg lecturer tanya apa yg kita tahu tentang kos yg kita mtk tu.. Xdpt info fully, sikit pn tak pe.. Jnji kita bolw jwb time iv tu. Good luck ^^

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum, ujian lisan Dia Tanya apa lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsl.. Just tanya tentang course yang kita ambil je.. Dia suruh speaking sikit..

      Delete
  7. lpas interview ni.,hang trpilih ke dlm course ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pun sebab nak course lain. Dah bagi tahu orang interview tu yang first choice bukan course ni.. Dan sekarang dah dapat dah course first choice dan dah habis tu.. ^^

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png