Tepat pukul 12 tengah malam tadi.. First Giveaway by Anis Khalilah telah TAMAT. Alhamdulillah. Boleh klik SINI untuk semak nama peserta. Terima kasih sekali lagi kepada yang join. Stay tune untuk pengumuman pemenang okay. Good Luck! ^^
Sunday, 14 August 2016
Saturday, 13 August 2016
First Giveaway by Anis Khalilah - AKHIR! 13 OGOS 2016
Assalammualaikum dan haii semua :) Alhamdulillah.. First giveaway anis bakal tamat pada pukul12 tengah malam 13 Ogos 2016. InsyaAllah. So siapa yang belum join.. Jemput join tau. Mana tahu terselit rezeki yang tak di duga dan tak di jangka kan. Kepada yang dah join, anis ucapan berbanyak banyak terima kasih. Maklum la first guveaway, nervous tu memang ada.. Takut tak ada yang nak join |hahaha| Okay, para peserta bertungkus lumus menceritakan tentang ibu mereka.. Macam macam cerita dan ia nya sangat sangat seronok dan terhibur. So tak fair la kalau anis tak cerita serba sedikit tentang ibu anis kan :)
Nama penuh puan ibu ialah Kalsom bt Din. Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1964 .. Takut tertukar tahun dengan encik abah je |hee| Puan ibu belajar sehingga tingkatan lima dan selepas itu beliau mengambil keputusan untuk bekerja. Dulu puan ibu kerja kilang sahaja sehingga la berkahwin dengan encik abah. Tapi time pregnant kan anis, ibu still kerja sehingga anis dilahirkan. Then terus ikut encik abah dan menetap di Kluang, Johor. Encik abah seorang tentera... Sebab tu jauh beliau membawa puan ibu merantau. Puan ibu telah melahirkan tiga orang puteri dan seorang putera. Alhamdulillah. Comel comel belaka |hahahaha|
Puan ibu cakap, setiap orang anaknya.. Beliau tahu perangainaya macam mana. Perangai anis? |hahaha| Puan ibu cakap, anis ni diam diam ubi berisi.. Bahaya. Anis tergelak. Ye ke aku maacam tu? Lepastu puan ibu cakap lagi.. Yang buat anis betul betul heaven adalah.. Time baby dulu.. Anis paling putih diantara adik beradik tapi disebabkan kena kuning.. Anis kena jemur.. So dah kelabu asap la den sampai ke besar |hohoho| Tak apalah, janji puan ibu dan encik abah sayang kan ;)
Sebenarnya, tak terkira betapa banyak kenangan manis bersama puan ibu tapi satu yang paling anis ingat adalah menghadiahkan sebuah kejayaan. Sebab anis tahu, anis tak mampu nak balas jasa puan ibu tapi kejayaan tu la yang buat puan ibu gembira dan senang hati. Alhamdulillah. Tapi result yang baru keluar ni.. Tettt..Jatuh ler dari zaman diploma dulu tapi tak apa, Allah siap siap dah beri satu perasaan yang dinamakan redha. So harini.. Hari anis Allah sibukkan dengan itu ini.. Result anis, anis jadi lupa. Allahhu. Sayangnya Allah kepada hambanya yang selalu berbuat dosa ke atasNya :')
Puan ibu selalu bagi semangat. Bagi nasihat. Nak tunang ke, nak kahwin ke.. Nak apa ke.. Syurga di bawah telapak kaki ibu, sebagai anak.. Den wajib ikut. Lagipun.. Apa puan ibu cakap, semua betul. Anis tak menafikan semua tu. Lagi satu pengalaman manis dengan puan ibu adalah puan ibu akan masak apa yang anis teringin nak makan. Alhamdulillah la kan. Sekarang ni puan ibu meniaga, beliau meniaga nasi lemak dan kuih muih. Sarapan tu, anis tak payah dah nak fikir makan apa sebab puan ibu dah tinggalkan sarapan. Serius. Memang best. Puan ibu dah lama meniaga.. Sejak pregnant adik yang bongsu. Betapa kuatnya la puan ibu. Tak tahu anis macam mana pulak nnt :|
Kenangan pahit tu bila tengok puan ibu sedih dan risau. Puan ibu pernah menjalani satu pembedahan ketumbuhan. Alhamdulillah.. Pembedahan tersebut berjaya tapi sedihnya, Anis tak dapat pun nak jaga puan ibu kat hospital sebab anis tengah exam. Sedihkan. Alhamdulillah. Anis ada dua orang lagi adik perempuan.. So mereka la yang menjaga puan ibu. Thanks uolls :D Siapa tak takut dengan ketumbuhan, walaupun puan ibu tersenyum tapi dalam hati.. Siapa tahu yang beliau tengah berperang dengan perasaan takut, risau, cemas dan sebagainya. Bila tahu je puan ibu kena masuk hospital.. Dah berdebar debar dah jantung kitee nih T.T
Serius. Tak pernah tak sayang ibu.
Sayang abah jugak.
Mereka syurga anis.
Love,
aniskhalilah
*** Untuk join First Giveaway by Anis Khalilah.. Klik SINI atau Klik BANNER kucing yang comel kat atas tu
*** Good luck
*** Tamat - 13 Ogos 2016 [12 tengah malam]
*** Pengumuman pemenang 15 Ogos 2016 atau awal dari tarikh ini, InsyaAllah
Thursday, 11 August 2016
Keajaiban Haruman Kasih SWEETHEART oleh DD COSMETICS

| Menaip sambil menghayati wangian sweetheart ^^ |
Assalammualaikum dan haiii semua :) Wangian sweetheart sudah berada ditangan, so jom kita sembur sekali lagi. Wow. Bau semerbak harum bilik hakak ni.. Macam bilik pengantin baru |hahaha| Hakak tak tipu dik non.. Serius memang wangi. Nak cuba? Boleh hubungi saja DD Cosmetics.. Harga kasih sayang mereka boleh beri tau (^______^)

| Sweetheart Mekar Mewangi di Sanubari. Bukan untuk hari ini tapi untuk selama lamanya! ^^ |
Wangian buah hati ini atau nama komersialnya adalah sweetheart dirumuskan khas buat semua wanita dan lapisan bukan sahaja di Malaysia malahan serata negara. Sweetheart ini adalah minyak wangi wanita dan memang sesuai untuk mereka yang ingin meningkatkan keyakinan diri dan mengekalkan keanggunan di mana sahaja mereka berada. Siapa tak suka wangi kan? Serius, bila kita wangi.. Keyakinan diri kita dikhalayak ramai akan meningkat. Cuba bau masam, kita pun tak berani kan nak dekat dengan orang.. Malahan bila orang cuba dekat dengan kita, kita jadi tak selesa. Oleh itu, haruman yang mekar mewangi di sanubari ini telah memilih bahan bahan yang berkualiti tinggi iaitu vanilla, buah mandarin dan plum serta rose.. Kesemua bahan ini digabungkan khas dan terhasil lah haruman dan wangian yang setanding negara luar dan kualitinya setaraf antarabangsa (^____-)
Segala bahan bahan yang digunakan membuatkan pemakai lebih bersemangat dan menaikan mood ceria. InsyaAllah. Kalau stress tu, cuba hidu wangian sweetheart ni, Mood anda akan kembali kepada normal. Tak salah kan kita cuba. Wangian yang lembut, membuatkan kita lebih tenang dan relax. Wanita lebih terjerumus memilih rose sebagai wangian.. Oleh itu, DD Cosmetics rangkumkan bahan bahan wangian seperti rose sebagai penenang, buah mandarin dan plum meningkan semangat dan menstabilkan mood serta vanilla membangkitkan kemanisan kehidupan harian kita. Sweetheart juga diformulasikan dari tumbuh tumbuhan semulajadi bagi membangkitkan dan meningkat kesegaran para pemakai yang amat menggemari dan menyukai wangian setaraf haruman antarabangsa :)
Buat pengetahuan semua, wangian buah hati ini halal dan mesra solat uolls. Haa.. Wangian begini yang dicari.. Dahla wangi.. Lepastu mesra solat pulak tu. Ketika ambil wudhuk tu, Wangian ni tak hilang ya adik adik dan kakak kakak. Di situ kita dah dapat tahu bahawa sweetheart ini memang berkualiti. Wangian ini mampu bertahan selama 8 hingga 12 jam. Ni hakak sembur dalam bilik, bangun pagi esok pun masih ada bau sweetheart lagi tau. Terlupa pulak nak bagitahu, wangian ini selamat digunakan, jangan risau, tak akan gatal gatal kulit cantik uolls tu. Insyaallah (",)
Dalam banyak banyak wangian yang pernah saya guna.. Pengalaman saya ni, Serius wangian buah hati ni yang paling wangi. hakak tak tipu. Ini serius. Selalu beli, kadang terbau kuat sangat la.. Kadang bau kejap je dah hilang.. Semua tak memuaskan hati. Akhirnya terbiar berlapuk kat atas meja. Itu la pengakhiran hayat sebotol minyak wangi yang Anis Khalilah guna |hahaha| Okay, disebabkan botol minyak wangi ni sangat comel, siapa nak kahwin? Sila angkat tangan. Boleh je dijadikan barangan hantaran, lepastu uolls tambahlah bedak dan wangian lain. Serius, comel giler hantaran uolls. Iolls dah berangan rangan dah nak dijadikan barangan hantaran. Kotak pun dah siap hias tu |hahaha| Dan.. Disebabkan botolnya comel, siapa yang suka travel tu.. Boleh je sumbat kat dalam kocek beg. Tak pun, dalam kocek seluar pun boleh tapi nampak pelik sikit la. Sweetheart ni mudah untuk di bawa ke mana mana, haritu nak keluar.. Pakai sebat je minyak wangi ni atas meja dan terus bawak naik kereta.. Lagipun botol buah hati pengarang jantung ni tak terlalu kecik dan tak terlalu besar. So mudah untuk cik Anis sebat |hehehe| :D
Oleh itu, bila sweetheart di tangan, Anis dapat merasa sendiri pengalaman bersama si comel yang wangi ni. Nak tahu, apa pengalamannya? Sini sini Anis kongsi serba sedikit. Padahal kat atas ni dah kongsi dah pengalaman :P
Halal dan mesra solat
Kalau nak cari wangian, ciri ciri yang perlu dipandang, eh bukan perlu tapi wajib. Bukan apa, solat tak sah.. Siapa nak tanggung? Kebanyakan wangian mempunyai alkohol... Ye dok? So hati hati, periksa isi kandungan minyak wangi tersebut.. Harapkan wangi tetapi tak halal, buat apa kan? So bila guna sweetheart, diyakini bahawa ia tidak mengandungi bahan terlarang seperti alkohol.. Boleh dibawa solat. Suci lagi.. InsyaAllah.. Moga moga Allah terima solat kita.
Membangkitkan semangat dan mood
Selalu pagi pagi Isnin.. Mesti rasa "Eh. Malasnya nak pergi kerja.. Kelas" Try wangian ni sebab dia ada aura tersendiri tau. Biasalah guna bahan ciptaan semulajadi daripada Allah.. Dari tumbuhan pulak tu. Of course dia akan membangkitkan semangat untuk ke kelas atau ke tempat kerja. Insyaallah uolls, mood malas dan semangat down anda itu akan berterbangan seperti burung layang layang.
Menyegarkan minda dan badan
Otak dan minda memang suka akan benda wangi. So bila kita hidu benda wangi, minda kita akan segar dan sekaligus meningkat energy di dalam badan. Minda segar, badan segar.. Hasil yang dilakukan pada hari tersebut mesti terBAIK! Wangian juga boleh meningkatkan ingatan seseorang tau. Sebagai contoh kulit kayu manis. Memang amat berguna. Tapi tak ada kulit kayu manis, sweetheart pun okay sebab si comel ini pun wangi.
Comel dan harga murah
Kerana botol yang comel, Anis terpegun |hohoho| Bukan apa, mudah nak bawak ke mana saja pergi. Ada sweetheart, tiadalah bau badan. Cewahhh! :D Oleh itu, gunakan wangian yang memudahkan kita. Nanti senang, tak la menyusahkan kita. Okay fine.. Botol dah comel, warna botol pulak pink pink purple, macam tu la.. Sesuai untuk gugurl. Lepastu wangi sangat sangat sangat. Iolls bagi lima bintang. Dan lepastu pulak, murah. RM49.90 sebotol untuk harga semenanjung Malaysia dan RM59.90 sebotol bagi Sabah & Sarawak. Mana nak dapat uolls dengan harga kasih sayang. Hanya di DD Cosmetics je okay. Yang penting tahan sehigga 8jam ke 12jam tau. Jangan lupa ciri penting tu. Sebelum terlupa, sebotol wangian sweetheart mempunyai 30ml.
Okay, nak cuba? Anis pasti.. Anda semua tak akan kecewa dengan sweetheart. Buah hati yang comel ini akan memberi kepuasan yang terbaik buat anda yang menggemari wangian dan haruman. Semak sini untuk tempahan atau pertanyaan yang lebih terperinci :
TERAJU BEAUTY AND HEALTHCARE SDN BHD (1173204-P)
Tel : 03-89229888 (Pejabat)
Whatsapp : 019-2018014/ 019-2018015/ 019-2018027
Emel : sales@ddcosmetics.com.my
Facebook : DD Cosmetics
Instagram : DDCosmeticsOfficial

Kepada mereka yang ingin menjadi pengedar minyak wangi yang sah, boleh klik je BANNER di atas okay. InsyaAllah.. Boleh dapat pulangan yang besar. So jangan segan segan ye untuk melawat Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan dengan minyak wangi online Sweetheart ini. Sekali lagi, insyaAllah anda semua akan berpuas hati apabila menggunakan satu semburan wangian sweetheart ini. Chaiyaa lahh... :D

Alah membeli menang memakai. Jom p beli sweetheart :)
Perfume setanding dan setaraf antarabangsa uolls
Perfume yang amat disukai dan digemari oleh peminat wangian

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh DD Cosmetics. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
Tuesday, 9 August 2016
Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana. Com Dah Sampai!! ^^
Assalammualaikum dan haiii semua :) Minyak wangi dah sampai uolls. Alhamdulillah. Rezeki join Giveaway Minyak Wangi Braveheart Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana. Com Semalam ingatkan nak update la tentang minyak wangi nih, sekali line internet tak kuat. Nak upload gambar pun slow. Last last tutup laptop.. Terus tidur |huuuu| Puas hati hakak :D
Sebenarnya memang tak sabar nak hidu minyak wangi nih tau. Sebab tahu.. Nama pun minyak wangi, mestilah wangi kan. Lagipun aku pun dah lama tak beli minyak wangi sebab dah tak pakai. Dulu pakai la, sekarang ni harapkan losyen je.. Tu pun kadang ingat kadang tak nak pakai tu. Time nak exam haritu, dapat jugak minyak wangi free.. Classmate bagi, jenama De'xandra.. Wangi jugak, aku pakai dalam bilik je. Lepastu nak cuti semester, kemas kemas barang.. Aku pun lupa aku letak mana. Dan alhamdulillah.. Dah dapat dah pengganti. Wangi you.. Puan ibu pun cakap wangi. Bau dia macam fresh gitu (^______^)
Time barang sampai, punya la tak sabar, terus bukak dan pakai. Siap sembur lagi dalam bilik tau. Memang puas hati dengan harga dia.. Ni dapat free lagi berpuas hati la.. Nak dijadikan hantaran pun okay sebab bentuk dia comel dan minyak wangi ni, walaupun pakai sikit.. Dia dah bau.. Lama pulak tu. Okay la, nanti review lagi tentang Sweetheart. Entry ni just nak bagitahu sweetheart dah sampai je |hihihi| :)
Okay la, selamat malam. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Maafkan semua orang dan redha segala apa yang berlaku. Hidup anda semua akan tenang. InsyaAllah. Assalammalaikum (^____*)
Saturday, 6 August 2016
Giveaway Birthday by Cik Eyz
Jom join. Kalau nak join, klik je banner okay. Untuk ucapan birthday Cik Eyz, Anis nak ucapkan . . .
.
.
.
.
.
.
.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)







