Thursday, 11 August 2016

Keajaiban Haruman Kasih SWEETHEART oleh DD COSMETICS


Menaip sambil menghayati wangian sweetheart ^^

Assalammualaikum dan haiii semua :) Wangian sweetheart sudah berada ditangan, so jom kita sembur sekali lagi. Wow. Bau semerbak harum bilik hakak ni.. Macam bilik pengantin baru |hahaha| Hakak tak tipu dik non.. Serius memang wangi. Nak cuba? Boleh hubungi saja DD Cosmetics.. Harga kasih sayang mereka boleh beri tau (^______^)



Sweetheart Mekar Mewangi di Sanubari. Bukan untuk hari ini tapi untuk selama lamanya! ^^

Wangian buah hati ini atau nama komersialnya adalah sweetheart dirumuskan khas buat semua wanita dan lapisan bukan sahaja di Malaysia malahan serata negara. Sweetheart ini adalah minyak wangi wanita dan memang sesuai untuk mereka yang ingin meningkatkan keyakinan diri dan mengekalkan keanggunan di mana sahaja mereka berada. Siapa tak suka wangi kan? Serius, bila kita wangi.. Keyakinan diri kita dikhalayak ramai akan meningkat. Cuba bau masam, kita pun tak berani kan nak dekat dengan orang.. Malahan bila orang cuba dekat dengan kita, kita jadi tak selesa. Oleh itu, haruman yang mekar mewangi di sanubari ini telah memilih bahan bahan yang berkualiti tinggi iaitu vanilla, buah mandarin dan plum serta rose.. Kesemua bahan ini digabungkan khas dan terhasil lah haruman dan wangian yang setanding negara luar dan kualitinya setaraf antarabangsa (^____-)


Segala bahan bahan yang digunakan membuatkan pemakai lebih bersemangat dan menaikan mood ceria. InsyaAllah. Kalau stress tu, cuba hidu wangian sweetheart ni, Mood anda akan kembali kepada normal. Tak salah kan kita cuba. Wangian yang lembut, membuatkan kita lebih tenang dan relax. Wanita lebih terjerumus memilih rose sebagai wangian.. Oleh itu, DD Cosmetics rangkumkan bahan bahan wangian seperti rose sebagai penenang, buah mandarin dan plum meningkan semangat dan menstabilkan mood serta vanilla membangkitkan kemanisan kehidupan harian kita. Sweetheart juga diformulasikan dari tumbuh tumbuhan semulajadi bagi membangkitkan dan meningkat kesegaran para pemakai yang amat menggemari dan menyukai wangian setaraf haruman antarabangsa :)


Buat pengetahuan semua, wangian buah hati ini halal dan mesra solat uolls. Haa.. Wangian begini yang dicari.. Dahla wangi.. Lepastu mesra solat pulak tu. Ketika ambil wudhuk tu, Wangian ni tak hilang ya adik adik dan kakak kakak. Di situ kita dah dapat tahu bahawa sweetheart ini memang berkualiti. Wangian ini mampu bertahan selama 8 hingga 12 jam. Ni hakak sembur dalam bilik, bangun pagi esok pun masih ada bau sweetheart lagi tau. Terlupa pulak nak bagitahu, wangian ini selamat digunakan, jangan risau, tak akan gatal gatal kulit cantik uolls tu. Insyaallah (",)


Dalam banyak banyak wangian yang pernah saya guna.. Pengalaman saya ni, Serius wangian buah hati ni yang paling wangi. hakak tak tipu. Ini serius. Selalu beli, kadang terbau kuat sangat la.. Kadang bau kejap je dah hilang.. Semua tak memuaskan hati. Akhirnya terbiar berlapuk kat atas meja. Itu la pengakhiran hayat sebotol minyak wangi yang Anis Khalilah guna |hahaha| Okay, disebabkan botol minyak wangi ni sangat comel, siapa nak kahwin? Sila angkat tangan. Boleh je dijadikan barangan hantaran, lepastu uolls tambahlah bedak dan wangian lain. Serius, comel giler hantaran uolls. Iolls dah berangan rangan dah nak dijadikan barangan hantaran. Kotak pun dah siap hias tu |hahaha| Dan.. Disebabkan botolnya comel, siapa yang suka travel tu.. Boleh je sumbat kat dalam  kocek beg. Tak pun, dalam kocek seluar pun boleh tapi nampak pelik sikit la. Sweetheart ni mudah untuk di bawa ke mana mana, haritu nak keluar.. Pakai sebat je minyak wangi ni atas meja dan terus bawak naik kereta.. Lagipun botol buah hati pengarang jantung ni tak terlalu kecik dan tak terlalu besar. So mudah untuk cik Anis sebat |hehehe| :D


Oleh itu, bila sweetheart di tangan, Anis dapat merasa sendiri pengalaman bersama si comel yang wangi ni. Nak tahu, apa pengalamannya? Sini sini Anis kongsi serba sedikit. Padahal kat atas ni dah kongsi dah pengalaman :P


 Halal dan mesra solat

Kalau nak cari wangian, ciri ciri yang perlu dipandang, eh bukan perlu tapi wajib. Bukan apa, solat tak sah.. Siapa nak tanggung? Kebanyakan wangian mempunyai alkohol... Ye dok? So hati hati, periksa isi kandungan minyak wangi tersebut.. Harapkan wangi tetapi tak halal, buat apa kan? So bila guna sweetheart, diyakini bahawa ia tidak mengandungi bahan terlarang seperti alkohol.. Boleh dibawa solat. Suci lagi.. InsyaAllah.. Moga moga Allah terima solat kita.

 Membangkitkan semangat dan mood

Selalu pagi pagi Isnin.. Mesti rasa "Eh. Malasnya nak pergi kerja.. Kelas" Try wangian ni sebab dia ada aura tersendiri tau. Biasalah guna bahan ciptaan semulajadi daripada Allah.. Dari tumbuhan pulak tu. Of course dia akan membangkitkan semangat untuk ke kelas atau ke tempat kerja. Insyaallah uolls, mood malas dan semangat down anda itu akan berterbangan seperti burung layang layang.

 Menyegarkan minda dan badan

Otak dan minda memang suka akan benda wangi. So bila kita hidu benda wangi, minda kita akan segar dan sekaligus meningkat energy di dalam badan. Minda segar, badan segar.. Hasil yang dilakukan pada hari tersebut mesti terBAIK! Wangian juga boleh meningkatkan ingatan seseorang tau. Sebagai contoh kulit kayu manis. Memang amat berguna. Tapi tak ada kulit kayu manis, sweetheart pun okay sebab si comel ini pun wangi. 


 Comel dan harga murah

Kerana botol yang comel, Anis terpegun |hohoho| Bukan apa, mudah nak bawak ke mana saja pergi. Ada sweetheart, tiadalah bau badan. Cewahhh! :D Oleh itu, gunakan wangian yang memudahkan kita. Nanti senang, tak la menyusahkan kita. Okay fine.. Botol dah comel, warna botol pulak pink pink purple, macam tu la.. Sesuai untuk gugurl. Lepastu wangi sangat sangat sangat. Iolls bagi lima bintang. Dan lepastu pulak, murah. RM49.90 sebotol untuk harga semenanjung Malaysia dan RM59.90 sebotol bagi Sabah & Sarawak. Mana nak dapat uolls dengan harga kasih sayang. Hanya di DD Cosmetics je okay. Yang penting tahan sehigga 8jam ke 12jam tau. Jangan lupa ciri penting tu. Sebelum terlupa, sebotol wangian sweetheart mempunyai 30ml.


Okay, nak cuba? Anis pasti.. Anda semua tak akan kecewa dengan sweetheart. Buah hati yang comel ini akan memberi kepuasan yang terbaik buat anda yang menggemari wangian dan haruman. Semak sini untuk tempahan atau pertanyaan yang lebih terperinci : 


TERAJU BEAUTY AND HEALTHCARE SDN BHD (1173204-P)

 Tel : 03-89229888 (Pejabat)

 Whatsapp : 019-2018014/ 019-2018015/ 019-2018027

 Emel : sales@ddcosmetics.com.my

 Facebook : DD Cosmetics

 Instagram : DDCosmeticsOfficial








Kepada mereka yang ingin menjadi pengedar minyak wangi yang sah, boleh klik je BANNER di atas okay. InsyaAllah.. Boleh dapat pulangan yang besar. So jangan segan segan ye untuk melawat Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan dengan minyak wangi online Sweetheart ini. Sekali lagi, insyaAllah anda semua akan berpuas hati apabila menggunakan satu semburan wangian sweetheart ini. Chaiyaa lahh... :D



Alah membeli menang memakai. Jom p beli sweetheart :) 

Perfume setanding dan setaraf antarabangsa uolls

Perfume yang amat disukai dan digemari oleh peminat wangian







Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh DD Cosmetics. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Cik Anis,

    Saya Syahmi pemilik kepada laman web hidup.my, sebuah laman web pencarian bilik sewa dan housemates/roommate.

    Saya ingin menjemput Cik untuk review laman web kami. Jika Cik sudi, Cik boleh hubungi saya pada emel saya. Terima Kasih Cik dan nice blog.

    Ikhlas,
    Syahmi
    syahmiruhaizat@gmail.com

    ReplyDelete
  2. GOOD LUCK

    http://belogs.blogspot.my/2016/08/kau-di-hati-ku-braveheart-oleh-dd.html

    ReplyDelete
  3. salam... terima kasih sudi menghantar entri review minyak wangi..

    keputusan diumumkan pada 22 Ogos 2016. good luck ya..

    - Mia Liana -

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)