Tuesday, 9 August 2016

Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana. Com Dah Sampai!! ^^



Assalammualaikum dan haiii semua :)  Minyak wangi dah sampai uolls. Alhamdulillah. Rezeki join Giveaway Minyak Wangi Braveheart Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana. Com Semalam ingatkan nak update la tentang minyak wangi nih, sekali line internet tak kuat. Nak upload gambar pun slow. Last last tutup laptop.. Terus tidur |huuuu| Puas hati hakak :D


Sebenarnya memang tak sabar nak hidu minyak wangi nih tau. Sebab tahu.. Nama pun minyak wangi, mestilah wangi kan. Lagipun aku pun dah lama tak beli minyak wangi sebab dah tak pakai. Dulu pakai la, sekarang ni harapkan losyen je.. Tu pun kadang ingat kadang tak nak pakai tu. Time nak exam haritu, dapat jugak minyak wangi free.. Classmate bagi, jenama De'xandra.. Wangi jugak, aku pakai dalam bilik je. Lepastu nak cuti semester, kemas kemas barang.. Aku pun lupa aku letak mana. Dan alhamdulillah.. Dah dapat dah pengganti. Wangi you.. Puan ibu pun cakap wangi. Bau dia macam fresh gitu (^______^)


Time barang sampai, punya la tak sabar, terus bukak dan pakai. Siap sembur lagi dalam bilik tau. Memang puas hati dengan harga dia.. Ni dapat free lagi berpuas hati la.. Nak dijadikan hantaran pun okay sebab bentuk dia comel dan minyak wangi ni, walaupun pakai sikit.. Dia dah bau.. Lama pulak tu. Okay la, nanti review lagi tentang Sweetheart. Entry ni just nak bagitahu sweetheart dah sampai je |hihihi| :)


Okay la, selamat malam. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Maafkan semua orang dan redha segala apa yang berlaku. Hidup anda semua akan tenang. InsyaAllah. Assalammalaikum (^____*)

2 comments:

  1. botol minyak wangi tu cantik. nama pun dah cantik, sweetheart. pasti manis je baunya =)

    ReplyDelete
  2. aku nama jer rajin beli minyak wangi tapi malasnya ya ampun....boleh di kira dalam sebulan..hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)