Thursday, 29 March 2012
Wednesday, 28 March 2012
beside you :')
Selagi nyawa dikandung badan, saya akan sentiasa dibelakang awak (means sebelah awak) :) insyaAllah. Just kuatkan semangat awak, dengar je apa yang orang lain katakan. If ia menyakitkan hati awak, just pekakkan telinga sahaja. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saya tahu awak kuat.Tekanan atau tension tue biasa la dalam hidup tapi itu semua mematangkan kita. Betul tak? Banyakan bersabar. Mintak petunjuk Allah, Dia akan sentiasa menolong kita. InsyaAllah. Berdoa untuk mintak ketenangan daripadaNya. Setiap manusia diuji dengan bermacam-macam dugaan kerana Allah rindu sangat dengan rayuan dia.
Kuat ye? :) saya kan ada (^___^)
Senyum kerana sedikit demi sedikit ia dapat megurangkan kedukaan kita.
Mood hari ni, aku nak kemas semua barang-barang aku. Esok dah Khamis, lusa dah Jumaat. Sabtu malam aku bertolak la, pukul 12 tengah malam. Pagi Ahad tue sampai la Putrajaya Sentral. InsyaAllah pukul 10 pagi daftar la aku sebagai pelajar Inspen semester 5 :)
Tuesday, 27 March 2012
a million smile for me^^
+
Negeri kelahiran plus negeri dibesarkan. Mana satu yang paling aku ingat? Ofcourse la negeri dibesarkan. Ya, Johor Darul Takzim menyimpan begitu banyak kenangan :) Manis, pahit, masam, kelat semua ada. Negeri yang bagi aku, negeri yang sedang membangun. Okeyy la..Mewah hidup. |Huhuhu|
Kedah Darul Aman. Lagu bola dia best. |hahaha| Cuba korang dengar -.-
Merupakan negeri kelahiran aku tapi tak sempat lagi umurku mencecah setahun, ibu telah mengikut abah menetap di sebuah bandar, bandar yang bagi aku =.= okeyy la. Allhamdulillah. Bandar Kluang :)
1992 sehingga 2011 aku tinggal kat sana, seronok!! Bila abah cakap nak balik kampong, aku dan adik-adik punya la suka,, yelah berjalan jauh kan. Siapa tak suka.
Sekarang ni bila ditanya siapa nak balik Kluang, angkat tangan? |Hahaha| Ibu aku pun angkat tangan sekali tau. Tapi abah.. |Hihihi| Jangan diharap la,, Darah Negeri dia tue tak pernah hilang. Sebab tue lograt yang selalu keluar dibibir tak pernah kurang pekatnya.
P/S : pejam celik pejam celik tinggal kurang lagi lima hari aku nak balik Inspen. Hoyehh. Hoyehhh. Nak jumpa kawan-kawan. Nak jumpa pensyarah-pensyarah. Mesti best kan. Kalau la ex senior saya yang tersayang tue ada lagi, mesti lagi best kan? Boleh tolong bawak kan beg baju-baju yang berat ni :p
.SEKIAN.
Sunday, 25 March 2012
Sunday 06.40 p.m
First novel yang aku beli dengan duit belanja sekolah aku sendiri -.-
Mesti la seronok bila kita kumpul duit dan hasilnya kita nampak. Seronok kan?
Tapi novel ni bukan dalam pegangan aku dah. Mana perginya pun aku tak tahu.
Bagi orang pinjam. Orang tak pulang-pulang. So, padan muka aku ^^__
Tapi aku tahu, novel ni masih pada dia, ohh penjual coolblog kat KP~ huhuhu
Aku nak balik la,, kau nak simpan buat kenangan ke novel aku tue?
Kau simpan gambar aku buat kenangan cukup la :)
Huhhh bukan dia dengar pun kalau aku menjerit.
Lagi satu bukan dia baca pun blog aku ni.
.MEMBAZIR JE.
Saturday, 24 March 2012
sims please ~lalalala
Assalammualaikum you, you and you :)
Yup, sims. Game ni la yang aku duk tengah giler sekarang ni -.-
Tapi aku mula main agak ketinggalan la jugak. Orang semua main dah dapat score tinggi-tinggi, yang aku baru mula main. Aku mula bergiat aktif dalam sims ni lepas final exam semester tiga dan sampai la sekarang. Aku tak pasti la untuk menghentikan kegiatan ini atau tidak setelah masuk semester lima nanti. |hoho| lalai woo main benda alah ni. |serius| so, jangan biarkan diri anda terjebak dengan kegiatan ini :p
Aku biasala kan, main sims sampai dua sims,, |hahaha| Satu lagi sims aku rembat KA punya, Yelah dia bukan main pun |hihihi| Lagipun, aku kan tamak. Tapi alhamdulillah,aku boleh urus kedua-dua sim tue.. =.= Lama jugak aku berusaha untuk membesarkan kedua-dua rumah ni, tapi aku punya rumah sims lagi besar la dari rumah sims KA |hahaha| Yang kat atas tue rumah sims aku :)
Yang ni pulak rumah sims KA. Oleh sebab perempuan yang urus sims ni, tengok! sims tue lelaki tapi rumahnya ala-ala perempuan kan?! Caya la |hahaha| Aku dah cuba dah buat rumah tue macam rumah lelaki tapi inila hasilnya. Aku tak tahu |hoho| Tapi sims ni memang ngada-ngada. Menyampah!! Okeyy la nak cerita pasal sims je. Daaa.. Assalammualaikum. Oh yee peminat setia, take care ya!! :) sebulan lagi. InsyaAllah.
Thursday, 22 March 2012
without U, i'm.... :')
Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "
Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”
...
Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”
Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "
*Copy paste from Facebook. Jum-jum kita kongsi sama-sama :)
Aku alpa, aku lupa. Aku terlalu bahagia dengan keduniaan. Akhirat macam mana weh?! takkan kosong je?
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "
Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”
...
Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”
Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "
*Copy paste from Facebook. Jum-jum kita kongsi sama-sama :)
Aku alpa, aku lupa. Aku terlalu bahagia dengan keduniaan. Akhirat macam mana weh?! takkan kosong je?
be strong +++
Assalammualaikum semua :) Senyumla, kan comel tue...
Tengok aku? Hati didalam sedih tapi boleh je senyum.. |kikikiki| Alah, Allah baru uji sikit tak kan dah nak nangis? :) |aku la tue, bukan aku cakap orang lain| walau macam mana pun, aku kena kuat. Kan3? -.-
Anis Khalilah Bt Abdul Rani, kau kena kuat. Sejak bila pulak jadi sensetif ni? Come on la, sikit je Allah cuit hati kau tue :)
Selama ini bukan main aku nasihat si Ainis Salwani tue |huhuhu| bersemangat! Yelah, mananya tak bersemangat, aku tak suka la tengok kawan-kawan aku sedih :') Hal perasaan jangan main-main tau. Apa-apa pun biarkan kawan-kawan aku bahagia, orang yang aku sayang tue bahagia dulu dan kemudiannya kebahagiaan aku itu akan menyusul.Alhamdulillah. Anis yang dulu memang degil giler. Hati kental. Orang buat apa pun, dia buat bodoh je. |hahahaha| macam tue la. Tapi sekarang, sensetif pulak. Apa ke hal pulak ni?! aiseman! Anis kuat!! Jangan nak nangis-nangis, tak lama lagi nak tinggal abah ibu adik-adik semua. jangan la nak sedih-sedih kan? =.=
Tengok aku pujuk hati? pandai tak? |kahkahkah| Malam tadi kan sedih tak dapat tolong abah :( Dalam pukul 11 mlalam tue, adik aku panggil dia cakap abah panggil aku~ Aku pun pergi kat abah, dalam kesayupan malam tue aku dengar abah membebel "tidur apa tah, awal lagi" :) sebenarnya aku dah tertidur dah lepas magrib tue |hoho| Bila malam, memang la susah aku nak lelapkan mata balik. Rupanya abah nak mintak tolong aku masukkan kaSperSky dalam laptop kesayangannya itu. Sebenarnya aku pun tak tahu. |hahahaha| tapi aku try je la. Abah aku try dari petang tue kot tapi still merah dan tak hijau-hijau. Lepas tue line berukband kat sini pulak, alahaiii ciput. So, memang la lembab. Lembab giler. Puas jugak aku cari-cari. Fikir-fikir macam mana nak buat. Yelah, aku punya laptop pun, orang lain yang tolong masukkan kaSperSky ni. Mesti orang lain tengah gelakkan aku kan, benda senang macam tue pun tak boleh buat. |hahaha| Tapi sumpah, aku tak reti. Tue yang terkilan sangat tak tolong abah tue. Sorry abah :')
Sepanjang aku cuti semester ni, duit memang kering la, jangan risau aku seorang yang cermat. |hahaha| duit yang ada hanya untuk topup dan selebihnya untuk isi minyak skuter aku tue :) Tapi skuter tue, nak bawak ke mana kan? Siapa yang nak naik, isi la kan. Aku dah berbudi korang kena berbahasa la kan :p Oleh itu, aku malas nak menyusahkan siapa-siapa, aku duduk diam-diam je la kat rumah. Nak mintak ibu duit, ibu bukan banyak duit sangat. Satu hari tue, macam mana tah boleh terkeluar dari mulut aku "nak topup pun tak de duit" tak lama lepas tue, ibu hulur Rm10. |hoho| aku macam teragak-agak nak amik. Pastu ibu cakap, isi minyak skuter sekali. Aku angguk je la. Haiiyaa, kecian ibu. Tengok, betapa besarnya pengorbanan ibu. Hulur jugak duit kat anak dia ni. Abah ibu, Anis sayang sangat-sangat. Kejayaan itu akan ku hadiahkan buat beliau-beliau. Dari tadika, UPSR, PMR, SPM sehingga la INSPEN ni, semua kejayaan hanya untuk mereka. InsyaAllah. Anis tak kan kecewakan ibu dan abah. Mudah-mudahan kejayaan itu sentiasa dan mudah mendampingi Anis. InsyaAllah. Iloveyou abah ibu :) Anis tak nak nangis-nangis lagi :') ia bukan disebabkan orang lain tapi disebabkan oleh diri Anis sendiri.
Sekian. Assalammualaikum. Kepada peminat setia itu, semoga awak dan keluarga sihat-sihat sahaja dan sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah. Jaga solat, jaga diri, jaga ibu ayah, jaga adik-adik dengan sebaik-baiknya kerana mereka semua adalah anugerahNya yang tak ternilai. Kehilangan mereka tiada galang gantinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)








