Monday, 30 January 2017

Student Journey - Harga Sehelai Selempang Pink




Assalammualaikum dan haiii semua. Nampaknya semester ni aku kurang betul update blog berbanding semester lepas kan? Yelah, semester ni bertambah lagi subject. Kelas pun dari pagi sampai petang. Malam kena buat homework, kalau tak.. Alamatnya nak kena la dengan dR lecturer keesokan harinya. Aku akan cuba update untuk review sahaja. Maafla ye, insyaAllah nanti cuti semester boleh la update sokmo. InsyaAllah. Itu pun kalau wifi tak buat hal |heee|

Alhamdulillah, dah masuk bulan Disember pun. Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. Umur baru. Cepatnya masa berlalu. Tak dan nak panas punggung dalam tahun 2016. Apa yang aku kecapi dalam tahun 2016 nih? Kejap, nak renung dan ingat semula. Hurmm.. Rasanya macam lebih banyak kekecewaan dari kegembiraan |hahaha| Atau kekecewaan itu yang meragut segala kegembiraanku.. Cewahhh. Okay la, tak nak cerita tentang tahun dan tak nak pun cerita tentang kekecewaan tapi malam ni aku nak kongsi la sikit cerita tentang konvo aku hari tu [Istiadat Konvokesyen UiTM ke 85] yang diadakan pada 14 & 15 November 2016. Aku adalah pelajar Uitm cawangan perak (^_____^)

Aku macam student lain, bila nak konvo.. Mula la fikir macam macam, orang kata nervous tu tetap ada. Allahuakhbar. Okay, selawat dan istigfar banyak banyak. Alhamdulillah, hari isnin lepas maghrib tu family sampai sebab istiadat aku esok pagi (selasa) Istiadat you. Sidang ketiga, pukul 11 pagi. Encik abah dan puan ibu serta adik bongsu yang datang untuk meraikan aku di sini. Syukur. Walaupun tak semua yang datang, tapi aku bersyukur kerana mereka sudi datang untuk meraikan aku. Gila tak sedih kalau family tak datang. Terharu :')

*** Aku sambung menaip untuk hari ni setelah berminggu minggu aku tinggal cerita ni dalam draft. Sorry T.T

Esok paginya, dalam 6.30 pagi aku sampai balik ke uitm terchintaa sebab nak siap siap semua. Encik abah hantar semula ke sini pagi tu. 7.30 pagi aku dan kawan kawan siap untuk ke dewan. |hhahaha| Time ni berdebar semula. Serius. Nak hilang berdebar tu, sengaja busy kan diri dengan handphone. Kat dewan memang dah ramai la kawan kawan lain dengan jubah masing masing, ada yang sibuk ambik gambar dan lain lain lagi. Time beratur masuk dewan, serius aku tak nampak pun mana parents aku duduk. Time naik pentas pun aku still tak nampak lagi 0.0


Lepas habis istiadat ni, bergambar dulu dengan dekan dan lecturer yang ada. Alhamdulillah. selesai tu, terus aku cari encik abah dan puan ibu. Serius! Tak Jumpaaa!!!!! Mata aku berpinar tengok ramai sangat orang. Akhirnya, sampai dekat pintu dewan, actually dewan tu dewan yang selalu aku guna time exam, satu suara menyapa aku " Aiii, cari ibu tak jumpa? Ibu yang datang tegur " Aku tersenyum bila melihat wajah ibu. "Tahniah!" ucap ibu sambil menghulurkan sejambak bunga. Alhamdulillah. Terharunya. Disebabkan pada hari itu puan ibu berdiri dimuka pintu dewan, membuatkan aku sentiasa ingat ibu sebelum memasuki dewan peperiksaan. Perasaan tak tahu nak gambarkan macam mana ^^


Tak lama lepastu encik abah sampai bersama adik bongsuku. Tadi selesai je, encik abah terus balik hotel untuk ambik adikku. Sebenarnya, aku tak kisah pun kalau tak dapat bunga tu pun tak apa. Baik belanja KFC |hahaha|  Tapi ia merupakan satu penghargaan dari encik abah dan puan ibu untuk tiga tahun aku bertungkus lumus belajar. Alhamdulillah. Untuk hari yang bersejarah ini, kejayaan ini adalah buat encik abah dan puan ibu yang juga bertungkus lumus bagi segala galanya sepanjang aku belajar. Tak pernah ada perkataan TIDAK bila aku nak sesuatu benda. Yang penting untuk belajar ye 0.-

Untuk kawan kawan, bukan senang untuk senang. Nak selempang pink? [untuk uitm] Usaha bersungguh sungguh. Satu lagi, restu ibu dan abah serta lecturer. Itu yang paling penting. Aku pernah tau, buat salah dekat puan ibu.. Time tu baru lepas exam semester 5.. Dah buat salah, kenalah mintak maaf.. Kerana apa? Redha Allah terletak di atas redha ibu dan abah okay. Jangan malu untuk meminta maaf walaupun berkali kali. Setiap call ibu atau abah, mintak maaf walaupun rasa tak ada pun buat salah. Serius, aku ni memang jarang call parents sebab encik abah dan puan ibu busy, so aku tak nak menganggu mereka. Setiap kali call, kena rajin mintak maaf. Setiap kali nak exam.. Aku lebih prefer mesej je kat encik abah dan puan ibu untuk merestui setiap langkah ke dewan. Alhamdulillah ^^

Aku tak ada pun benda yang aku amalkan untuk berjaya cuma aku akan selalu ingat apa puan ibu cakap, " Hang usaha banyak, banyak la hang dapat." Aku pegang sampai sekarang tapi kalau apa yang aku dapat tak setimpal dengan apa yang aku usaha, aku akan pujuk hati bahawa Allah dah rencanakan sesuatu buat aku. Latih hati untuk redha. Semoga akal dapat memberi petunjuk kepada hati untuk sentiasa berasa bersyukur kepada Allah. Kejayaan yang aku kecapi ini adalah untuk semua. Terima kasih ibu abah dan keluarga. Terima kasik awak. Terima kasih UiTM. Terima kasih lecturer yang mengajar dari semester satu hingga semester enam. Terima kasih kawan kawan dulu, kini dan selamanya. Terima kasih rahim & co. Terima kasih untuk semua yang sentiasa berada di sisi sepanjang meniti tangga menuju sebuah kejayaan. Alhamdulillah.


My everything ^^


Candid by nur ain - sempat lagi dia amik gambar. Haha


Ready nak ke dewan, gambar pre convo banyakla kitaorang bersama. Time convo.. tak sempat nak ambik.

Actually, tak ada lah nak cerita selempang pink sangat pun |hahaha|  Saja buat tajuk macam tu. Yang pastinya, macam macam rasa bila selempang pink menjadi satu penganugerahan buat diri ini. Usaha, anda pasti berjaya. Malas dah nak karang panjang panjang. Syukur Alhamdulillah untuk cerita 2016. Kita berhenti di sini dulu ye. Jaga hubungan dengan Allah, encik abah dan puan ibu serta orang sekeliling. Sekian. Assalammualaikum (^___^)

6 comments:

  1. Seronoknyaaa dah konvo! Erm, maksudnya ini senior ke junior? Hehe.. Tak sabar nak konvo jugak! Tahniah dah konvo and dapat ANC lagi. Alhamdulillah... ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Rezeki Allah :) Senior untuk diploma dan junior untuk degree. Hahaha :D

      Delete
  2. bestnyaaaa dapat ANC. cemburu T_T tahniah kak anis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Haha. Tak best pun sebab selempang tu kena pulangkan balik.. haha

      Delete
    2. takpe lah dapat pakai kejap pun jadilah buat merasa hiks

      Delete
    3. Kan.. Alhamdulillah fieyqa, Allah nak bagi merasa.. hee

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)