Friday, 25 July 2014

salam aidilfitri



Assalammualaikum semua. Alhamdulillah. Ada sedikit masa untuk aku update blog. Ni pun line intenet macam apa la. Tapi tak apa, bersyukur aje. Okey? Alhamdulillah, tinggal dua hari lagi ramadhan yang berbaki ini, perbanyakan lagi ibadat untuk dapatkan ganjaran yang sangat-sangat besar dariNya. InsyaAllah.

Raya tahun ini, Alhamdulillah raya di TERATAK ANIS. Syukur. Rumah yang sangat-sangat berpuas hati. Syukur. Bagi aku, ia sangat-sangat cantik dan bersyukur sangat  di atas limpah kurniaan daripada Allah kerana diberi rezeki yang amat melimpah ruah. Syukur sekali lagi.

Okey, aku malas nak taip panjang-panjang dan banyak-banyak.. Di sini aku nak ucapkan kat korang selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Maaf segala salah dan silap aku.. Andai terkata, andai terumpat, andai terkasar, antai termarah, andai terpukul dan banyak lagi la ter ter ter. Maaf okey.

Sorry entry hari raya yang terawal.. Bukan apa, aku takut lepas ni aku makin busy. Intenet line yes memang tak boleh connect dah kat uitm. Aku pun tak tahu kenapa. Susah kot aku nak buat assignment. Susah nak update blog lagi. Ntahlah. Rasa macam nak baling je. Hoho.  Jaga peribadi, jaga solat tau. Okey la. Assalammualaikum.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)