Wednesday 15 August 2012

Sekali lagi. Alhamdulillah.




Assalammualaikum kawan-kawan.
Hari ni dah masuk 26 Ramadhan. Hurmmm. Semakin hampir Ramadhan akan meninggalkan kita. Semoga kita bertemu lagi ye Ramadhan tahun depan? :') Aku akan merinduimu. Semoga Ramadhan tahun depan juga merupakan Ramadhan yang bawa impak besar dalam hidup aku. Amin.


Hari ini 15 Ogos 2012, aku bersyukur sangat kerana Allah izinkan aku lagi untuk menggenggam Sijil Anugerah Dekan. Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur sangat. Hadiah ini aku hadiahkan buat ibu dan abah, ibu serta ayah dan tidak lupa juga buat awak, Khairil Azmi bin Hussin kerana kalian semua tidak putus-putus memberi semangat dan mendoakan kejayaan ini.


Allhamdulillah. semester akhir ini aku dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan akhir. Syukur sangat. Walau tak dapat 4flat macam semester empat hari tue aku tetap bersyukur di atas rezeki ini. KA ckp rezeki bulan puasa :) Alhamdulillah. 3.71 mewakilil GPA, ini result untuk semester lima. Dan 3.64 mewakili CPA, ia merangkumi result seluruh semester. See. Syukur sangat kan? Berbaloi-baloi usaha yang dicurahkan.


Ehem-ehem, bukan nak riak or bangga :D nak bagitahu ni,, Account aku dapat A. Percaya tak? |hahhaaa| Subjek yang aku selalu mengeluh susah tue. 'Akhirnya account, aku dapat memiliki kau' Oleh itu, usaha kena lebih untuk subjek yang kureng cekap agar mudah ditakluki. Apa-apa pun, terima kasih lecturer-lecturer sekalian. Terima kasih kerana bagi kami student-student A :)


Terima kasih ibu-ibu. Ya, aku ada dua ibu. Doa mereka didengari Allah dan dimakbulkan. Alhamdulillah.
Ibu aku " kejayaan yang dapat tue berbaloila dengan usaha. Rajin usaha, result pun lagi ok. Yang penting, doa jangan tinggal. Ibu juga akan doakan."
Ibu KA " Anis rajin-rajinla buat solat hajat. Makcik yakin Anis boleh."

Alhamdulillah,, ibu. Makcik. Anis berjaya :)
|hahahaha| Sukanya, macam dapat 4flat. Poyo je lebih.

Okeyla, tahniah juga buat kawan-kawan seperjuangan. Kita jumpa Hari Konvokesyen nanti. Tak sabarnya.
InsyaAllah.
Assalammualaikum. Terima Kasih di atas doa kalian.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)