Assalammualaikum dan hai semua ^^ Selamat berhujung minggu bagi negeri negeri yang cuti lagi harini. Sebelum ni, join segmen.. Giveaway je sebab itu paling mudah, Maaf sebab memang tak ada masa nak update entry diri sendiri |hahaha| Memandangkan laptop pun rosak, sekarang kat kedai, orang tu kata dua minggu nak baiki laptop tu.. RM370 melayang weh. Dahla, tak kerja apa.. Harap PAMA je la. Bila laptop rosak semua ada limit kalau nak buat kerja guna laptop. Hurmm. Tumpang ihsan kawan kawan je la kalau nak siapkan assignment atau tesis. Pinjam kejap laptop dorang. Terima kasih kawan kawan tapi buat sementara ni, aku banyak pinjam laptop ain sebab dengan dia lagi selesa tapi tu la, kacau dia nak tengok movie :p
So, tak apa la.. Kita tinggalkan cerita tentang ain gojess sebentar. Meh nak cerita tentang aku pergi kelantan haritu. Lebih kurang, tiga minggu yang lepas la. Alhamdulillah, tak sesak sangat sebab bukan cuti sekolah. Cuma cuti direct 1Mei tu je la. Tapi rasanya still okay kot jalan tu, tak la sesak sangat. Aku bersyukur sebab aku pergi dan balik dengan selamatnya. Pergi tu memang ada teman, Ain dan Fika sebab dorang orang sana tapi balik ke sungai petani tu la jadi sorang sorang. Nak tak nak, redah je la. Sebelum ni, biasa pergi kelantan naik bas dengan intan time kenduri ainis. Kira biasala jugak naik bas.. Orang kata dah boleh adopt dah persekitaran. Alhamdulillah ^^
27 April 2017 - Khamis
Malam tu, bas ke kota bharu pukul 9 malam, kami pun tunggu la kat stesen bas bandar u, seri iskandar. Actually untuk ke kota bharu, kelantan dari seri iskandar.. Aku suggest naikla bas perdana sebab lagi selesa dan luas walaupun, malam tu kami dapat site belakang tapi still tingkat bawah, kurangla sikit bergoyang dia. Malam tu, pukul 8.30 kami dah terpacak di stesen bas tunggu sampaila pukul 9, Bas tak sampai sampai lagi. Kat pukul 9.30 baru la sampai. Alhamdulillah, kalau tak mesti, rasa menyesal sebab aina pun dah sampai alor setar time tu |hahahaha| Tetiba ~
28 April 2017 - Jumaat
First time aku dalam bas rasa macam tak sedap perut je. Nasibla, memang jenis aku kalau nak jalan jauh tak suka makan makanan berat sebab takut terhambur pulak segala isi perut. Sebelum naik bas, aku rasa angin memang dah naik ke kepala, Mula pening pening. Aku dah aim, masuk grik aku kena tidur sebab takut lagi teruk pening aku ni. Dah sedia maklum dah jalan ke kelantan macam mana. Tapi itu la, bas berhenti kuala kangsar, aku terjaga.. Bas berhenti untuk rehat, aku terjaga. Last last, tak boleh jadi.. kejut jugak ain kat sebelah mintak minyak cap kapak. Fika bagi gula gula berangin. Okay la sikit.Alhamdulillah. Dalam pukul 4 pagi lebih lebih macam tu la, sampai pasir mas.. Daerah jajahan fika. Bas meninggalkan fika dan abahnya dengan lambaian tangan aku. |hahaha| Tipu je. Gelap. Fika tak kan nampak kalau aku lambai pun dalam bas tu :D
Then, sampai tanah merah. Ain dah terjaga, dia pun kemas kemas segala apa yang telah dikeluarkan dari beg malam tadi. Aku fikir, mungkin dah nak sampai ni. Lepastu, ain bersuara.. "dah nak dekat ni " Aku pun sibukla kemas kemas selimut aku |hahaha| Siap selimut! Memang aku bawak selimut sebab aku tak tahan dengan aircond bas. Tak lama lepastu, sampai la stesen bas kota bharu. Assalammualaikum kota bharu, semoga kedatanganku disambut dengan tangan terbuka. InsyaAllah :)
Aku dan ain pulang ke desa yang permai menaiki sebuah teksi. Okay, bukan teksi pakcik jusoh lagi ye :D Bila naik teksi ke kampung ni, teringat zaman kecik kecik dulu, abah tak ada kereta lagi.. So dari stesen bas ke kampung, naik teksi. Rasanya, yang dapat rasa aku dengan masturah je kot sebab zulaikha dan syauqi tak ada lagi masa tu. Sampai tu, kami disambut gembira oleh bonda ain yang tercinta. Alhamdulillah, sampai jugak di teratak ain dan keluarga untuk kali keduanya. Time tu dah nak kat pukul 6.30 pagi. Lepastu terus solat subuh. Borak borak kejap dengan ain dan maknya, aku rehat dan tidur |hahaha| Dalam bas, bukan nyenyak sangat pun tidur, so kena qadar balik ^^
Lepas solat jumaat, tapi kami pergi lambat sikitla.. Pergi mana? Kami pergi makan gulai. Seronok ain nak memperkenalkan aku dengan menu atau makanan time kenduri yang terdapat di kelantan. Dia kata, aku tak pernah rasa lagi macam mana. Haaa. Dia nak memperkenalkan sangat gulai kawah kat aku. Tapi aku pergi petang tu, perut hanya muat untuk isi bubur kacang dan gandum je sebab dah kenyang makan nasik bungkus yang kami hentam tengah hari. Memang kenyang lagi la cerita dia. Tak apa, malam ni boleh makan gulai kawah tu. Time kat rumah kenduri tu, sepatah apa aku tak cakap, sengih je. Kalau dorang cakap laju laju, aku dah tak dapat tangkap apa dah dorang cakap , sabo je la ^_____^
Petang tu, balik je dari kenduri.. Solat asar semua.. Siap siap, terus ke jelawat. Sebab aku memang dah plan dengan ain nak pergi situ cari batu bata tampal |hahaha| Ni nama facebook nya Norazlina eshoppe, kedai ni ada jual batu tampal dan manik semua la. So memang aku borong semua la yang mana aku berkenan. Sampai kedai tu pun dah lambat sebab ain bagi guildline ke kedai tu, SESAT! stress aku |hahaha| Adik ain pun ikutla kami dengan redha walaupun sesat. Pergi dengan dua buah motor. Ingatkan lepas beli belah batu bata tu nak pergi pantai tapi pantai apatah namanya. Pantai irama kot |hahaha| so lepas membeli tu pun, dah dekat pukul 6.30 petang. Terpaksa balik. So balik tu jalan jalan dekat kampung je la :)
Ni la kedainya ^^ |
29 April 2017 - Sabtu
Pagi sabtu ni, pukul 10 aku dan ain dah gerak ke bandar. Destinasi pertama adalah ke KB Mall memandangkan aku dan ain aka wedding planner aku |hahaha| konon kononnya dah sebulat suara nak cari jubah untuk groom to be di Elrah KB Mall. Alhamdulillah, saiz dan warna yang aku nak ada. Rezeki lagi sebab ada discount. So lepas beli jubah, terus ke kedai shawl. Aku pilih tiga warna dan harap seiring dan sekata la dengan baju aku nanti. Ain pun, asyik ulang, " tak menyesal kak anis? " |hahaha| settle shawl, terus ke kedai bawah, dia macam kedai manik manik dan hadiah kot. Tiba tiba ain tunjuk lace, murah.. Semeter RM20. Lace memang cantik. So kat situ, memang aku dah belanja dah duit. So puas hati ke KB Mall ^___-
Lepastu kami ke Pasar Siti Khadijah, area situ jugak.. Ain ajak pergi beli tiket balik sungai petani. Alhamdulillah, tiket untuk esok pagi ada ^^ Rupanya kat situ ada tempat beli tiket semua. Sebelum ni, aku tak pernah tahu pun. Selesai beli tiket, ain ajak beli barang dia kejap, apatah nama kedai tu.. Bukan hari hari, Haa.. nama kedai tu ke pasaraya ke apa, zon ria. Dekat situ, dapatla jugak aku beli sehelai baju kat sufyan. Murahhh je :D Memandagkan waktu pun dah masuk zohor, apa kata solat dulu, kami solat berdekatan dengan pasar siti khadijah sebelum round satu pasar. Niat di hati nak cari samping tapi tak pandai pulak, lepastu terlebih budget pulak. Last last, beli makanan je di pasar tersebut. Beli keropok keping, keropok lekor, ketupat, pulut apatah ain beli, dan macam macam lagi la (^___^)
Petang tu, dah janji dengan kawan, ex classmate masa diploma dulu untuk jumpa. Alhamdulillah, dia datang bawak nasi kerabu. Sedappp. Orang kata, rugi kalau datang kelantan tak makan nasi kerabu. Yes. Fresh dari kelantan. Sedap tak terkata. Dahla banyak, free pulak tu. Terima kasih suhaniza. Kenyang kak anis dan ain malam tu :D Actually duduk rumah ain, kenyang sokmo sebab mak ain asyik suruh makan je, yang kiteeee ni nak diet |hahahaha| Petang tu, dapatla jumpa suhaniza sekejap, borak borak.. Tanya khabar, lepastu, tiba la masa suhaniza hantar kami naik bas untuk balik, jam hampir menunjukkan pukul 4 dah, tiba tiba
" kak anis, ambik barang orang kat tempat belakang su. " Ain
" Mana ada ain? " aku hairan sebab aku tengok tak ada barang pun kat situ
" Ada, barang orang beli kat zon ria tadi. " Ain
" Hah, sudah! Serius tak ada. " Aku
Aku dah agak, mesti ain tertinggal barang dia di pasar siti khadijah tadi. Yelah, sibuk dengan beli barang, on call dengan suhaniza lagi. Sudahnya, kami kembali ke pasar siti khadijah dan cari barang yang tertinggal dekat kedai dan gerai yang pernah kami singgah memandangkan ain tak ingat langsung barang tu dia letak dekat mana. Cari punya cari, tak jumpa dan last round kawasan tu, ain tanya satu kedai yang dia pernah singgah tadi.. tiba tiba mata aku terpandang plastik zon ria. Aku nak bagitahu ain tapi dalam masa yang sama ain tengah tanya tuan kedai tersebut. Alhamdulillah. Rezeki dia masih ada. So disebabkan bas seterusnya pun dah lewat, kami balik ke rumah dengan teksi. Yuhuuuu *..*
30 April 2017 - Ahad
Harini, bas ke sungai petani pada pukul 10 pagi. Sebelum 10 pagi, memang kami dah terpacak di stesen bas berdekatan dengan tesco. Syukur, alhamdulillah.. Allah permudah semuanya. Family ain pun terima kedatanganku dengan sangat baik. Terima kasih untuk semua layanan yang diberikan. Nanti kalau ada rezeki boleh datang lagi, insyaAllah. Kepada kawan kawan, saudara saudara dan umi di kelantan yang tak sempat anis singgah tu, anis mintak maaf. Memang kesuntukan masa dan tak ada transport. Anis pergi pun, kejap je. Memang nak cari barang semata dan saja nak kenal family ain dengan lebih dekat. InsyaAllah, nanti kalau anis datang lagi kelantan, anis singgah.^^
Petang tu, sampai sungai petani pun dah petang dan disambut oleh sufyan sekeluarga. Yeayyyy!!!! Esok, 1 mei 2017.. Kenduri anak maklang.. Kalau tak disebabkan maklang, mesti aku tak balik lagi |hahahaha| walaupun, nak ke kelantan ni, khairil macam berat hati jugak nak bagi pergi tapi biasala aku, degil. Nak jugak pergi |hohoho| Sebenarnya, plan dengan ain dan su.. Kami nak pergi siam.. Saja jalan jalan tapi Allah, tak izin. So tak apa, tak ada rezeki. Khairil pun, bila dengar siam.. Of course la sekuat kuat dia tentang |hahaha|
Alhamdulillah, selesai satu bab persiapan tu. Sebenarnya banyak lagi kena fikir. Tapi nanti nanti la. Okay la, nak share tu je walaupun dah tiga minggu dah berlalu. See you next entry. InsyaAllah. Jaga hubungan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu serta jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum. Daaaa (^____________^)
Jemput join giveaway RM200 shopping credit dari SGshop :)
ReplyDeleteAyueIdrisXSGshopMalaysia Giveaway
InsyaAllah, nanti Anis join ye. Tq ^^
Deletetak pernah lagi naik bas dua tingkat teringin juga nak naik nanti...
ReplyDeletekelantan pun tak habis pusing lagi...nanti kalau ke sana nak juga mencuba nasi kerabu kelantan...
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah blog saya yang tak seberapa...
salam dari
ARZMOHA
Hee. Nanti try la naik bas dua tingkat tu... Dan try la nasi kerabu. Memang terbaikk.
DeletePergi Kelantan aritu naik bus setingkat ja. Tu pun 5-6 kali gak muntah 😂 Nak tidur tak dapat tidur 😢
ReplyDeleteMuntah tu biasa. Biasa la jalan pun macam ular kena palu ^^
Delete