Sunday 25 September 2016

Journey 11 - New Semester Again



Assalammualaikum dan haiii semua :) Alhamdulillah.. Selamat berhujung minggu semua. Actually lama dah on lappy tapi asyik tangguh je nak update entry. Sebab apa? Sebab mood nak menaip tak sampai lagi. Itula, bukak facebook, twitter bagai.. Lepastu baru kembali pada niat yang asalnya untuk update entry. Tadi terbaca entry Tentang Sepet, tiba tiba sebak pulak bila teringat kucing kesayangan mati bulan Julai haritu. Bulan Julai, dua ekor kucing mati.. Bulan Ogos empat ekor pulak yang menyusul. Haishh. sado tak sado hatiku ini T.T Yang empat ekor ni anak anak kucing, aku rasa, virus penyakit Sepet ada lagi kat rumah tu dan virus tu menular pun time chik tengah bunting. Tu yang lahir je tiga ekor anak chik, tiga empat minggu, dorang pun mati. Sekor lagi tu, kucing angkat encik abah.. Kucing dari pasar. Serius comel dan gebu. Encik abah siap belikan botol susu untuk memudahkan dia minum susu tapi sayangnya, Allah bagi pinjam sekejap je. Sedihnya la sebab aku yang banyak bersama sama anak anak kucing tu. Siap cakap dengan dorang "jangan mati ea?" mata dorang pun dikelipkan bagaikan tahu apa yang dituturkan. Tapi panas tak selalunya sampai ke petang dan aku redha T.T


Okay la, cukupla tu cerita tentang kucing. harini kan cuti, kena happy la.. Tak nakla sedih sedih :D Tiga minggu lepas, aku dah start semester baru dah dan alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun ralat jugakla hati ni dengan berbagai bagai peristiwa yang berlaku time cuti semester haritu. First week selepas daftar course, kelas 98% lecturer memang masuk dan dah mula belajar. Aku memang dah jangka dah, lecturer tak akan bagi muka kat kita orang dengan kelas batal je. Lecturer untuk semester ni, alhamdulillah.. Sama sama la kita berganding bahu menuju kejayaan. InsyaAllah. Dari riak wajah mereka, tinggi menggunung harapan untuk tengok student pass dengan jayanya ~ kalau tak, tak adanya aku ditanya sampai boleh aku jawab.. Baru lecturer tu puas hati dan pergi. Puas jugakla beliau tepuk tampar lengan aku |hahaha| Terima kasih dR sebab tanya saya dan terima kasih jugak sebab push saya untuk jawab. Kalau tidak, tak adanya aku dan fikir dan ingat balik yang belajar semalam. Yes, baru belajar semalam, hari ni aku dah lupa +++ nervous punya pasal sebab tiba tiba kena tanya :D


So untuk seminggu lepas daftar tu, aku banyak berkurung kat kampus dan sekali je keluar ke Billion untuk beli barang.. Lepastu makan. Then, kelas untuk minggu tu just empat hari.. Hari Sabtu aku balik rumah dan bermula la cuti untuk Aidiladha.. Seminggu cuti, busy jugakla sebab encik abah buat korban dan ahad tu majlis perkahwinan encik sepupu. So kelam kabut jugak walaupun bukan aku yang kahwin |hahaha| Biasala majlis, kena ready awal. Petang ahad tu, terus gerak balik Perak. Alhamdulillah.. Sampai dengan selamatnya walaupun penat, Esok isnin.. Kelas macam biasa. Nasibla isnin kelas start pukul 9 pagi. Bolehla berjoget joget sikit |hihihi| Minggu kedua aku di sini, jumaat tu pergi Billion lagi, beli barang.. Hurmm rasanya barang makanan yang paling banyak. Actually, filem Volkswagen Kuning dah keluar di panggung, bolehla pergi tengok, support filem malayu. Lepastu makan lagi, hari jumaat tu.. Dua kali pergi makan tau. Alhamdulillah ^^


Hari sabtu dan ahad cuti, rasa macam bosan pulak duduk bilik.. Sampai tak tahu dah nak buat apa. Korang rasa aku buat apa lepas bosan sangat tu? |hahaha| Of course la aku tidur. Padahal boleh je aku update entry ke, join giveaway atau segmen kat blog ni kan? Itu la, bila seru tak sampai untuk update entry, memang tak la aku nak menaip. Sorry la awak awak semua sebab jarang update tapi jangan merajuk ye, harap sudila jenguk jugak blog kitee ni ;) Okay la kot untuk entry kali ni, insyaAllah.. Lain masa entry baru akan menyusul. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu dan jaga hubungan dengan orang sekeliling.. Hormat orang lain, pasti orang lain itu akan hormatkan kita kembali. Percayala. Assalammualaikum ^^


Hakak nak payung satu gambar ni. Ni la 4 sekawan, nak bergaduh ke.. nak mengutuk ke. Lantak.

3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)