Saturday, 28 April 2012

~Sharing is caring




Sampai-sampai je Kluang tadi, KA dah tunggu. Terkejut giler aku. Apa-apa pun thank you very much sebab sanggup buat semuanya. Sanggup korbankan apa yang penting dalam hidup awak, kira.. pentingla jugak kan. Kalau tak mesti hari ni awak dah berlepas ke JB. Tetapi kerana saya, sanggup awak tunggu kan. Terharu. |huhuhu|


Thanks jugak sebab belanja saya coolblog. Lama dah kot tak minum benda tue sejak-sejak pindah hari tue. Rindu pulakk. |hahaha| Tapi satu tak cukup okey untuk saya. |hahaha| Kena beli dua gelas. Baru cukup untuk saya.


Esok dinner bersama Family si dia |hahaha| macam kelakar pulak. Tak keruan dah ni. Untungla hidup kan. Dapat makan, orang belanja lagi. Mudah-mudahan majlis esok berjalan dengan selancarnya. Amin. Selamber je Anis Khalilah. Lagipun segala aktiviti telah diberitahu pada ibu dan abah. Alhamdulillah. Jadikan la aku anak yang solehah. Tidak menyusahkan ibu dan abah dan orang-orang sekeliling.


Aku dah shopping habis dah hari ni. Sale kot. Memang banyak barangla aku angkut. Dah la hari ni tak ada plastik. Poyo la. Apa-apa pun, sharing is caring. Separuh duit KA dan separuh lagi duit AK. Kan comel tue :) 
Tak sabar menanti hari esok. Akan ku ungkap kembali kenangan kita bersama.




Friday, 27 April 2012

Not in mood =.=




Apa pasal ni?! Aku jadi malas semacam je. Kenapa la pulakk. |Tension| Apa yang ingin diperkatakan, Aku tak ada mood. NOKTAH. |Kuat. Kuat. Kuat.| Bangun la Anis. Dari mimpi-mimpi ngeri semalam ^^ Harap bermulanya hari esok, semua perancangan yang telah dirancang berjalan dengan selancar-lancarnya. Amin. Ibu, call la Anis.Tetibe~ Rindu ibu. |hehehe| Rindu abah. Rindu adik-adik.


Esok nak balik Kluang. Tak gembirakah aku lagi? Hati sekadar menjawab. "entahla" Der, rindu Ooo rumah lama. Rindunya kat tempat membesar tue. Tapi, dah jauh aku melangkah meninggal kenangan itu semua. Nak suruh aku patah balik ke? Kepala menggeleng. Dah melangkah kan? Biar dia semakin ke hadapan. Pandangla matlamat yang berada di hadapan. Biarkan kenangan di belakang itu tertinggal jauh. Aku pasrah.





Tetibe QUT. Pelik tak? |huhuhu| Nak kabo ni, budak-budak QUT atau student dari Queensland University of Technology, Australia mai tempat aku belajar, Inspen. Datang melawat Inspen Kampus Dua. Memang giler habis la budak-budak ni bila tengok mat-mat dan  minah-minah saleh ni datang. Aku? Aku tengok je. Tak la teruja giler-giler. |Percaya tak aku macam tue?| |hahaha|Terpulang la kepada anda-anda untuk menilainya. Tapi aku pun bangga jugak orang luar negara datang Inspen. Mereka datang sebab menghadiri IRERS dan nak jalan-jalan kat bumi Malaysia ni. Lagi satu, kami student Inspen, kalau nak sambung belajar pun boleh kat QUT ni. Sambung terus buat DEGREE. Hebat kan?






|Rotate sendiri la :p|





Gambar yang lebih-lebih atau gambar yang tak manis untuk tatapan khalayak ramai tidak akan dimasukkan. Harap maklum :P |hahahaha| Lawak la. Lagi satu, aku dah tak sempat dah nak edit-edit gambar ni. Memang tak cantik. Ambik gambar pun pakai hanfon je kan. Low quality la jawabnya. Hiraukan apa yang tak cantik itu :)

Tuesday, 24 April 2012

6th International Real Estate Research Symposium IRERS 2012.



Assalammualaikum ya kawan-kawan. Tak kira di mana kamu-kamu berada :] Hari ini hari Selasa bertarikh 24 April 2012 telah berlangsungnya International Real Estate Research Symposium IRERS 2012 di Dewan Jubli Inspen Kampus Dua. Gempak dan gah giler majlis. Biasala peringkat international, memangla mereka-mereka berusaha sedaya upaya untuk buat majlis yang terbaik. Apa-apa pun, setinggi-tinggi tahniah. Yang seronoknya, kami para senior DITAJA. Untungla badan kan. Rezeki jangan ditolak :)


Apa itu IRERS? |hahaha| aku pun tak tahu. Yang penting, bila dah dengar-dengar mereka-mereka membebel buat pembentangan, serba sikit aku makin faham. Bertuahnya dapat join. Bukan senang tau. Hanya orang bertuah itu sahaja yang bertuah. |Apakah ayat itu?| |hoho| Ada akal kan? Cer fikir sendiri.






Apa yang diperlukan lagi? Apa yang diinginkan lagi? Tengok, apa yang kami dapat? Semua free tau. |hahahaha| Free la sangat, Inspen bayar kot. Suke-suke hati aku je. Dah ditaja, so sediakan telinga dan mata untuk dengar dan lihat segala pembentangan itu. Jangan. Jangan di tutup mata itu dengan sengaja atau tidak sengaja. Malu padahnya. Takut. Takut. Diam. Diam orang ambil gambar time tengah syok tidur. Mana tahu kan =.=


Bagi aku, setelah seharian join IRERS dan esok satu hari lagi. Terasa bosan bila tengok orang buat pembentangan. Kadang kala, aku sedikit tak faham apa yang diperkatakan oleh mat-mat saleh itu. Inggeris memang mantap. Banyak perkataan baru yang dapat dipelajari dalam Real Estate ini. Tak sangka. |hahaha|




Akibat terlalu bosan dan ini hasilnya. Tapi ni semua berkaitan dengan pembentangan itu okeyy, tak adanya aku nak merapu dan tulis atau lukis benda-benda yang mengarut macam korang :p Sungguh bahagianya apabila aku dapat menconteng sesedap rasa tanpa menghiraukan orang sekeliling.







Sila rotate kepala anda |hahaha| aku dah malas nak rotate. Mata menunggu masa untuk tidur sahaja ni. Penat dan mengantuk kot. |macam la kerja angkat batu bata| Okeyy la, sampai di sini sahaja kali ini, Nanti aku tulis-tulis lagi. Ehh bukan. Nanti aku taip-taip lagi. Untungla boleh makan strawberi yang masam-masam tue. Assalammualaikum. Selamat malam. Jangan lupa senyum okeyy :]

Monday, 23 April 2012

sabtu. ahad. isnin. selasa.



Sabtu. Ahad. Isnin. Selasa cuti. (Ikut perancangan awal la,tak tahu pulakk kalau kawan-kawan lain nak ubah) Aku nak buat apa sepanjang cuti tue kan? Takkan telentang je kat asrama? Gerenti bosan tahap gaban aku. Mati kebosanan kot. |hoho| Nak balik rumah. Aiiyooo jauh. Dulu duduk Kluang senang la, kejap-kejap hilang. Kejap-kejap hilang balik rumah.. Sekarang? Apa pun tak boleh. |hahaha|

Sunday, 22 April 2012

cukup. cukup sudah.

Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja

Daripada hati gelisah

Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja

Daripada batin terseksa

Lebih baik ku pergi saja

Telah berulangkali ku cuba mengalah

Ternyata sabarku tak bererti untukmu

Tegarnya kau menari diatas tangisanku

Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja

Daripada hati gelisah

Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja

Daripada batin terseksa

Lebih baik ku pergi saja


Sekali aku dengar. Sekali aku hayati lirik. Sekali aku ikut bait demi bait lirik. Ya. Aku jatuh cinta dengan lagu ini.


cinta bila sahnya kami~



Hai. Hai. Nampaknya, kekuatan semangat memang dituntut kali ini. Sebagai seorang wanita yang lembut hatinya, aku cuba mesej and call si jantung hati tapi amarahnya belum lagi reda. Biarlah dulu. Dia mahukan percintaan selepas kahwin. Aku setuju. Aku tak fikir lama. InsyaAllah. Kalau ada jodoh tidak ke mana kan. Aku tak rasa apa yang dia mintak tue permintaan gila atau permintaan sengal. Sewel.


Hati di dalam memang kecewa. Aku call dia tak angkat. Parah. Aku tak tahu sama ada dia dah tidur ke. Sengaja. Lantak la. Malas kot nak fikir. Semoga dia baik-baik sahaja di sana. Semoga Allah tunjukkan jalan terbaik buat dia. Serius, aku tak boleh mesej dengan dia. Sekejap lagi, aku bagi mesej dia tak faham. So, melenting la cik abang. Comelkan. :] Aku tak comel tapi perangai dia yang comel.


Sekarang ni aku kena bersabar. Biarla dulu dia tenang setenangnya. Den malas nak kacau dia. Lagipun, dah nak test dan kuiz. Malas nak serabotkan kepala otak yang memang dah serabot tahap cipanzi ni. Kang lagi difikir, jadi giler. Siapa yang susah nak bela aku? Family jugakk. Aku pun doakan dia supaya jangan fikirkan aku sangat.


Sama-sama kita pandang ke hadapan, awak cari duit banyak-banyak. Cari harta banyak-banyak :] saya, belajar rajin-rajin. Ada jodoh, kita jumpa balik.Apa-apa pun kerana Allah. Kawan-kawan, aku bukan putus pun dengan dia tapi perasaan cinta itu simpan diam di dalam hati. Keputusan tue, aku yang buat. Kejamkah aku?! Aku hanya buat ikut suara hati dia. Salah akukah lagi?!


Kerana tak mahu tangan ni gatal mesej or call dia lagi,, aku dah simpan alat keluli aku tue. Orang tak sudi, buat apa kita nak terhegeh-hegeh kan? Saya, Anis Khalilah. Memang macam begini perangainya. Simpan kat mana? |hahaha| Ada la. Jauh dari pandangan mataku. Jauh. Lepas ni, aku just tengok sahaja kawan-kawan aku mesej pasangan-pasangan mereka. Aku? Apa lagi, lari laa. Tak payah tengok.


Hujung minggu ni aku ada pelan. Baik punya. InsyaAllah. Harap-harap menjadi la hendaknya. Semoga ia berjalan dengan selancar-lancarnya. Amin. Kuatkan semangat aku Ya Allah. Awak, jaga diri. Sekarang, no tension-tension lagi. Kawal marah. Semoga awak dan keluarga berada dalam rahmat Allah. Amin. Assalammualaikum.



Saturday, 21 April 2012

I'm shy.




Jika hakikat pernikahan adalah kerna NAFSU,
Maka pasangan akan selalu bertengkar jika…
Servis di kamar tidur tidak memuaskan..

Jika hakikat pernikahan adalah kerna HARTA,
Maka pasangan bakal bubar jika bankrupt..

Jika hakikat pernikahan adalah kerna KECANTIKAN,
Pasangan bakal lari jika rambut mula beruban
dan muka kerepot atau badan jadi gendut..

Jika hakikat pernikahan adalah kerna ZURIAT,
Pasangan akan cari alasan utk pergi jika pasangan x dapat memberi anak..

Jika hakikat pernikahan adalah kerna KEPERIBADIAN,
Pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..

Jika hakikat pernikahan adalah kerna CINTA,
Hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal2 yg lebih baik ..
Tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati..

Jika hakikat pernikahan adalah kerna IBADAH kpd ALLAH
Sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kpd makhlukNYA ..

⊹⊱✿♥Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorg ibu mencintai bayinya .
Maka tak ada alasan apapun didunia yg dapat meretakkan rumah tangga
Kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH...♥


.laman mukabuku.
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)