Cukup tak nak buat bunga telur? haha. Mengarut! |
Assalammualaikum semua. Dah lama tak merapu kat sini. |Huhuhu| Jap jap tengah fikir hari ini nak merapu apa. Tiba-tiba idea hilang di bawa dek angin kipas ni. Okey lah, apa-apa pun tahniah kepada siapa-siapa yang dapat result semalam 9mei2013. Result apa? Result exam la :D Usaha tangga kejayaan. Sebanyak mana kita usaha, sebanyak itulah yang kita dapat. Motivasi untuk diri sendiri jugak supaya jangan banyak sangat main kalau banyak tidur tak apa. |Hahaha| |Motivasi langsung tak boleh pakai!| :p
Kepada yang berjaya teruskan kejayaan anda itu. Jangan lupa ucapkan syukur kepada yang memberi. Yang kurang berjaya, anda dah buat sehabis baik. Tahniah. Usaha kuat lagi. InsyaAllah, anda akan lebih berjaya dari orang yang telah berjaya itu. Allah tak akan sia-siakan usaha anda. Yang berjaya tu jangan pulak bersenang lenang kerana bila-bila masa je anda boleh jatuh. Weii, sakit Ooo bila jatuh! -.-"
Semalam 9mei2013 jugak puan ibu dan encik abah buat kenduri sikit. Just kenduri arwah tok and tokwan dan kenduri kesyukuran. Sebenarnya dah lama berniat tapi ditangguh niat tu. Kalau diikutkan tak baik bila perkara baik ditangguhkan. Betul tak? Encik abah buat kenduri dekat surau je. Puan ibu yang masak. Save budget. Tak gitu? |Hahaha| Makanan puan ibu sediakan dan tang air, encik abah sediakan. Yelah. Orang pakar buat air kan? Serah aje pada beliau. |Hehehe| o.0
Eh, aku dah laparlah. Tapi apa lagi ni nak merapu? |Huhuhu| Terlupa pulak nak ucap tahniah kepada kawan-kawan sama-sama batch kat inspen dulu untuk result semalam. Kita sama-sama berusaha lagi ye lepas ni. Tapi ada jugak dalam kalangan kita yang dapat result best. Cayalahh! Tahniah diucapkan. Result aku? Tak payah tahu kot tapi bila diingatkan balik. Kelakar la. Lepas exam haritu boleh pulak mimpi dapat result apa. Yang tak boleh blah nya result sama dengan result semester satu time kat inspen dulu. Memang tak boleh blah la kan. Jauh panggang dari api. Bila difikir balik, ada petunjukNya di situ. Alhamdulillah. Result diterima dengan hati terbuka. Bak kata bakal zauj, bukan senang nak dapat result macam tu :D
Syukur kepada Allah di dalam sujudku. Terima kasih buat encik abah dan puan ibu atas doa beliau. Terima kasih encik awak dan tak lupa juga buat kawan-kawan dan adik-adik sekelas tu. Banyak sangat bagi semangat dan dorongan. Eh! Eh! Menang anugerah apa ni? |Hahaha| Dahlah. Nak p makan nasik pulak. Lapaq dah ni. Jaga diri. Jaga Solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Tanpa Allah siapalah kita. Assalammualaikum \(o.-)/
Terima Kasih encik abah dan puan ibu <3 Tak lupa jugak untuk zulaikha :) |
No comments:
Post a Comment