Assalammualaikum semua :) Alhamdulillah. Terima kasih kepada para pembaca yang setia membaca blog ini. Terima kasih. Blog ini ditaip sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi apa yang aku rasa dalam meniti perjalanan hidupku ini. Bukan mudah apa yang disangka. Bukan mudah apa yang dirasa. Walau pahit, kaki ini terpaksa melangkah. Moga-moga di depan sana aku akan ditunggu oleh sang pelangi yang sangat indah. InsyaAllah. Semua orang mengimpikan sebuah kehidupan yang indah tidak terkecuali aku. Ya aku (^___^)
Petang rabu tu aku balik dari pasar, terus terpandang encik abah. Bibirku pantas berbicara walaupun wajah tua encik abah tidak memandang ku langsung. Sibuk sangat dengan membaiki kerusi. "Abah, tadi kat pasar ada durian.Durian tu besar sangat. Sedapnya. Abah belilah durian." bila bibirku menyebut panggilan keramat 'abah' pantas en abah memandangku. Bibirnya mengukir senyuman. "Kita makan je buah dari pokok kita." Balas en abah. Dalam hati aku, ntah sempat ke tak aku nak makan buah kat 'pokok kita' tu. Yelah. Kot-kot aku balik perak, durian tu gugur. Melepas aku. "durian musang king kot. Tu yang besar." Rupanya pn ibu tak ketinggalan mencuri mendengar perbualanku dengan en abah. "musang king?" aku gelak. Adoii cik anis, lawak sangat ke nama durian tu? aku dah jakun -.-"
Pagi jumaat, ntah di mana silapnya. Ntah dimana kurangnya, hanfon aku jadi mangsa. "Syauqi, ang marah apa kat kak?" Mungkin aku tak bagi dia main game dalan hanfon aku. |hahaha| tu yang sesedap rasa dia swipe pattern to unlock screen hanfon aku lebih lima belas kali. Lima belas kali dia swipe semua salah. Last-last keluar google account. Sudah! Aku tak ingat langsung email dan password tu semua. Aku keluar bilik, niat di hati nak pinjam hanfon abah, mana tahu boleh ke tahu email dan password google account aku. "Abah nak pinjam hanfon?" perlahan dan kurang jelas didengari oleh telinga en abah? "hahh" aku cuba ulang ayat itu kembali. Kedengaran bergetar. Mula dah. Mula dah. Kali ketiga nak ulang balik ayat tu, air mata dah bergenang. Tak sanggup dah aku nak mintak hanfon. Aku terus masuk bilik. Aiyooo nak mintak hanfon abah pun nak menangis. Mungkin kesedihan aku tu dah bercampur aduk."Tadi hanfon dalam bilik." Terdengar suara en abah di ruang tamu. Ingat tak dengar apa yang aku mintak. Ketika itu en abah lengkap berbaju melayu untuk menunaikan solat jumaat. "Tak apalah, nanti betulkan hanfon tu kat kedai dalam tesco tu." Ada nada pujukan di dalam ayatnya. Bila en abah meninggalkan perkarangan rumah teres itu, aku pantas menapak ke bilik yang en abah maksudkan. Tak ada pun hanfon. Kaki melangkah ke ruang tamu. Aku tersenyum. "Terima kasih abah" :')
Pn ibu banyak membebel kat syauqi. Degil sangat. Syauqi hanya mendiamkan diri. Ya. Dia rasa bersalah dengan kelakuannya. Aku hanya memandang syauqi. Hanya pandangan yang tak punyai apa-apa perasaan. Kosong. Sepatah perkataan tidak keluar dari mulutku. Mati hati. Di tesco aku banyak mendiamkan diri. Bercakap bila perlu. Masih memikirkan nasib hanfon tu. Barang-barang yang dipinta oleh pn ibu aku letakkannya perlahan dalam troli. Troli ditolak tanpa hala tuju dan akhirnya "Anis!" lamunanku terhenti. "pergi amikkan ibu gula tiga peket." aku tersenyum tawar. Lengan zulaika terusku tarik. Setelah sampai di bahagian tepung, gula, roti. Mata aku meliar mencari gula. Tiga peket gula diambil. Setelah meletakkannya didalam troli, aku terpandang en abah memegang sebungkus 'kitkat' yang dalamnya ada dua belas peket kecil-kecil. Aku tersenyum. "Abah, beli yang ni ea?" pantas tanganku mengambil bungkusan 'kitkat' di tangan abah. Sekejap sahaja bungkusan 'kitkat' bertukar tangan. Syauqi ada mintak something kat en abah tapi aku tak pasti apa. Aku hanya kenyit mata sambil tersenyum memandang syauqi apabila 'kitkat' ditanganku. Telingaku dapat mendengar pujukan pn ibu terhadap syauqi "kakak dah amik kitkat dah, cukuplah tu." Tapi bila sampai kat kaunter bayaran. Wow, banyaknya jajan dan coklat syauqi! Mana aci! (^_____^)
Dalam perjalanan pulang ke rumah, en abah singgah pasar. Aku nampak durian. Sedapnya. Sekilo rm12. Mahal giler. Ohh tidak, tunggu aje buah dari pokok kita. Hati berbisik. Mataku hanya memandang durian dan en abah silih berganti. Tak mintak pun en abah beli sebab memang mahal durian tu. Akhirnya, en abah menapak ke gerai sebelah. Alhamdulillah. En abah beli pulut durian. Dapat jugak aku makan durian. Tak 'durian musang king' pun tak apa. Ibu tersenyum memandang ku. Rupanya en abah tak pernah lupa dengan permintaanku. Bersyukurlah kerana ada insan yang masih menyayangimu. Kasih ibu bawa ke syurga. Kasih abah sepanjang masa <3
Selamat petang semua. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Allah tak akan mempersiakan usahamu. Usahalah keluar dari kepompong kesedihanmu. Keluarlah mencari kebahagiaanmu. Dan jangan pernah lupa, berdoalah dalam setiap langkahmu. Moga-moga ada lagi sinar kebahagiaan buatmu. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment