Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Tuesday, 21 May 2013

senyumanku adalah palsu.

mungkin Allah tak redha
ya. Allah tak redha
kerana
aku mencintainya secara salah.
jatuh dan tersungkur dari landasanNya
Allahhuakbar
jagalah hati dan akhlak kami.

pagi itu aku bangun
selesai mandi
cermin almari buruk dipandang
hati lebih pantas berbicara dari bibir
anis mesti kuat.

mutiara jernih sudah bergenang di mata
hati tak pernah putus memujuk
anis mesti kuat
jeritnya lagi
kepala laju mengangguk.

hidup sudah diatur sedemikian rupa
laluinya lah dengan hati terbuka
hati tidak pernah jemu berbisik
akal menurutnya sahaja
anis mesti kuat.

hati
walau kau selalu disakiti
kau tetap kuat
kau tetap membisikkan kata-kata semangat
mana datang kekuatan itu.

alat keluli dipandang sepi
sunyi
'saya lepaskan awak'
sebaris ayat membuatkan air mata berderai lagi
lemahnya aku.

sebaris ayat yang tersimpan rapi
kemas di dalam inbox messages
aku akan simpan sampai bila-bila
biarlah
biarlah Allah yang tentukan.

inbox message facebook dibuka
'bidadari saya tak pernah berubah'
'sampai masa nanti saya datang meminang awak'
air mata makin laju mengalir
longlai tubuhku

jika Allah tetapkan dia milikku
pasti kita akan kembali bersama
dalam hubungan yang halal
hubungan Allah redha
hubungan Allah berkati

okey. kesat air mata
senyum. keluar bilik
menonton tv dan kembali ke bilik
menangis lagi
ohh lemahnya aku.

tangisan dalam istikharah tidak pernah berhenti
memohon petunjuk Ilahi
agar tidak dipertemukan dengan orang yang salah
cinta ini biar disimpan sepi
hanya buat suamiku suatu hari nanti.

3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png