Tuesday, 31 July 2012

T.A.H.N.I.A.H

Assalammualaikum :)

Allhamdulillah, hari ini dah masuk 11 Ramadhan,, kita semua masih lincah memperbanyakan ibadah kepada Allah. Syukur juga kerana diberi peluang untuk menghirup udara segar lagi.
"Ibu, apa juadah berbuka untuk kita hari ini?" tiba-tiba alat keluli ibu berbunyi.
"Ohhh kekasih hati ibu yang call." aku tersengih.
Selang beberapa minit, ibu mematikan perbualannya dan . . .
"Yeay! hari ini berbuka dengan nasi beriani!" aku melonjak kegembiraan :)
Senang hati la ibu hari ini tak payah susah-susah nak masak walaupun tadi aku tengok ibu dah mula ke dapur. Ibu dah rebus daging, dah potong-potong ayam. Katanya daging nak goreng, ayam nak masak dengan sayur. Hurmmm oleh itu, tukar. Tukar. Tukar. Ibu cakap nak masak time sahur je apa yang ibu cadang nak masak tadi :)
Yelah, kang masak banyak-banyak membazir pulak. So, ibu cakap lagi... Ibu nak buat kuih sikit.

Habis topik puasa dan ibu kesayangan. . .



Dan ini



15 Julai 2012,, genap setahun perkenalan kami. Alhamdulillah.
Apa yang special time 15 Julai ni? |hahaha|
Alhamdulillah. Dapat makan tengah hari dengan ibu KA. Tak terjangka kot. Tak tersangka kot. |huhu| Nampak macam gelabah tapi berlagak cool je la :p
Ya, memang dah lama dan dah lepas pun 15 Julai.. Tapi itula, aku tak ada masa nak update entry ni. Sekarang ni baru berkesempatan. itu pun tak lama. Apa-apa pun semoga hubungan yang ada ini akan diikat kuat dengan ikatan yang lebih sah, kuat dan tersimpul kemas serta rapi lagi. InsyaAllah.


Lastly, all's the best KA untuk temuduga esok. Buat elok-elok. 1st, niat kena betul kerana Allah Taala. InsyaAllah. Pasti kerja yang dipohon tersemat kekal di dalam tangan. Amin. Yang penting, doa jangan putus.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)