Sunday, 29 July 2012

Aku Harus Melangkah :')



Assalammualaikum kawan-kawan :)
Dah lama nampaknya aku tak update entry dalam ni, mungkin dah berhabuk blog aku ni. Mintak maaf banyak-banyak, aku tak sempat. Mana nak kejar dengan assignment, dengan final exam lagi. Tersangat-sangat sibuk. Bila fikir semester akhir, memang tak tenteram dibuatnya. Ofcourse la semua student akhir nak buat yang terbaik untuk final exam dieorang termasuk diri aku sendiri. Apa-apa pun doakan kami semua berjaya :) Amin. 


Usaha sudah, sekarang just berdoa dan bertawakal sahaja. InsyaAllah, Allah akan beri kejayaan yang setimpal dengan usaha kita. Aku harap, aku dapat graduate dengan semua kawan-kawan batch 2010/2011. Amin. Mudah-mudahan :) Tiada apa yang kami mahukan selain mendapat kejayaan bersama. Mana taknya, semua buat sama-sama dalam masa dua tahun, bukan sekejap kami bersama tetapi lama kot. Sama-sama bekerjasama time camping, sama-sama time MJM, sama-sama time Inspen buat progam. Tanpa kerjasama kami semua, ibarat sebuah kereta yang tidak akan berfungsi jika product and material tidak mencukupi. Kami semua saling memerlukan untuk melangkah memajukan diri kehadapan. Memang orang cakap kejayaan itu atas usaha sendiri tapi tanpa disedari tanpa semangat daripada pensyarah dan kawan-kawan macam mana kita nak berjaya? Renung-renungkan la. Kawan-kawan amat memainkan peranan penting bagi kita. Lagi satu, tergamak kah kita untuk meninggalkan kawan-kawan kita jauh di belakang? Bagi orang yang tidak mementingkan diri sendiri, mesti dia tak tergamak. Oleh itu, tanpa kita sedari, sebenarnya kita telah memaut dan menarik tangan mereka untuk seiring dengan kita menuju ke gerbang kejayaan :') Itula yang aku rasa :)


Perkara yang tak mungkin aku lupakan sepanjang bersama batch ini adalah :
  1. 1st masuk Inspen, kami tinggal di Presint 11. Ulang alik ke Inspen dengan bas yang disediakan oleh pihak Inspen. Serius, penat giler. Pergi pagi, balik petang. Setiap hari. Walau penat, kami tetap tersenyum. Ini semester satu punya cerita :)
  2. Time ni final exam semester satu semakin hampir, kami diarahkan oleh pihak Inspen untuk berpindah ke Inspen kampus satu. Memang kelam kabut la time ni. Rasa nak marah pun ada. Tapi nak buat macam mana, kena ikut jugak sebab pihak Inspen risaukan keselamatan kami. Mungkin bila kami berada dalam kawalan Inspen, pihak atasan akan berlapang dada. Yelah, risiko tinggal di luar amat tinggi.
  3. Masuk semester dua still tinggal di Inspen kampus satu yang memang. Memang mewah la tempatnya. Tempat belajar, tempat tidur memang selesa. Mana tak nya kami tinggal di asrama untuk orang yang berkursus. Semester dua, kali ini kuantiti kami sebagai pelajar Inspen semakin bertambah dengan kehadiran senior :) Bila cakap tentang senior je, tiba-tiba bibirku mengukir senyuman :) |hahaha| Ya, semester inila tercipta segala-galanya 'dintara aku dan kau'
  4. Okeyy, masuk semester tiga, sekali lagi batch kami dipindahkan di Inspen kampus dua. Alhamdullilah. Ini baru merasai 'pure' sebuah kampus, pusat pengajian. Alhamdulillah juga kerana semua selesa di sini. Yang paling aku suka, dapat merasai juga semua barang baru tanpa dicemarkan lagi :) Yelah, batch pertama yang dapat rasmikan kampus baru.
  5. Semester empat adalah latihan praktikal.
  6. Semester lima, ya kami masih menetap di kampus dua dan saat ini, aku masih berada di blok siswi. Masih dapat merasainya keselesaan menghenyak katil dan tilam :p

Nampak tak betapa banyaknya kenangan yang disemai di sini? Boleh lupa? Tepuk dada tanya hati. Dia akan bagitahu segalanya. Okey la, malas nak buat ayat taching sangat-sangat. |huhuhu| Tinggal beberapa jam lagi aku akan meninggalkan kampus ini, Ya.. Kenangan yang terbina di sini akan sentiasa tersemat di hati, mungkin ia terletak paling dalam. Terima kasih pensyarah-pensyarah keran sudi mengajar kami tanpa sedikit pun rasa  jemu. Terima kasih kawan-kawan di atas segalanya. Terima kasih staf-staf Inspen kerana masih mahu melayan kerenah kami yang pelbagai.





InsyaAllah kawan-kawan, semoga kita akan ciptakan lagi sebuat pertemuan. Jaga diri. Jaga akhlak. Semoga kalian semua berjaya di luar sana. Semoga kita semua berjaya dengan cemerlangnya didalam final exam dua hari lepas. Amin. Assaalammualaikum. Ha, masih tidah terlambat lagi kan untuk aku mengucapakan tahniah kepada semua Pra u students kerana dapat menyambung pengajian mereka di universiti yang dipilih terutamanya pra u SMK THO, sekarang dah tukar nama sekolah kot kepada sekolah sukan. 'kot' la :) Tahniah! Semoga kalian juga berjaya. Amin

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)