Sunday, 17 January 2016

GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle

JOM JOIN



Assalammualaikum dan hai :) Jom join GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle pulak |hehehe| mengikut syarat untuk join giveaway ni kena nyatakan penambahbaikan blog Mezquitalifestyle. Sejujurnya dan seikhlasnya, Anis rasa blog Mezquitalifestyle dah cantik dan kemas :) Latar belakang plain putih dan digabungkan dengan warna pink. Memang gabungan warna yang menarik. Pengisian dan perkongsian di dalam blog pun mudah difahami dan padat dengan ilmu. Bagi Anis, dah okey sangat. Cikk Fieyqa, jom join! |hehehe| Bukan Fieyqa je, yang lain pun.. Jom join, klik JOM JOIN kat atas tu (O_______o)

Blog Award 2016 By Hanah

KLIK SINI

Assalammualaikum semua :) Segmen ni Anis telah di tag oleh Miss Eila 20 jam yang lepas. Terima kasih Miss Eila. So Anis join ;) Untuk memeriahkan lagi Segmen Blog Award 2016 by Hanah, Anis nak tag dua orang blogger yang cantik manis iaitu Nur Fitri dan Farahain ZFA. Harap sudi join :) Selamat berjaya :D

Segmen : Mini Giveaway By Si Chubby

Jom Join. KLIK SINI

Assalammualaikum semua dah Haiii :) Petang ni  Anis nak join Segmen : Mini Giveaway By Si Chubby pulak. Anis di tag oleh Fieyqa Adelova. Okey, thanks Fieyqa :) Sama sama kita join dan memeriahkan segmen yang dianjurkan oleh Si Chubby. Serius, soalan yang mencabar |hahaha| sebab rasa macam tak ada impian je. Kalau ada pun, rasa macam.. Macam.. Macam macam. Ni nak menaip pun, ambil masa dua hari untuk fikir apakah impian haku nih? Ke haku nih banyak sangat impian? |hohoho|


Apa impian korang yang sebenarnya? And apa usaha korang untuk mencapai impian tu? Kalau tidak tercapai, apa korang akan lakukan?


Impian sebenar aku adalah ingin menjadi seorang Register Valuer [Penilai Berdaftar] InsyaAllah. Aku rasa itula takdirnya sebab aku belajar tentang Hartanah ni sejak dari umur 18 tahun lagi di INSPEN [Institut Penilaian Negara] Time tu ambil sijil. Kenapa tak terus ambil diploma je? Sebab aku perasan dengan result spm aku tu, aku boleh dapat kos yang lebih baik dari hartanah |hahaha| So, sedihnya tak dapat pun sambung diploma. Inspen ni pun, encik abah yang mohonkan tau.. Time tu aku sambung form 6, sekarang dah dipanggil pra u. Lepas dapat penggilan Inspen ni, memang aku tak nak pergi sebab aku dah selesa dengan form 6 tapi disebabkan encik abah merajuk, so aku terpaksa la mendaftarkan diri di Inspen. Aku redha jika itu takdir aku. Belajar tentang penilaian hartanah, Alhamdulillah aku semakin minat dalam bidang ni hari demi hari. Oleh itu, aku tanamkan azam dan impian dalam diri aku yang aku nak jadi register valuer suatu hari nanti. Kalau dah register valuer, permulaan nama boleh letak Sr [Sr Anis Khalilah] InsyaAllah (^_______^)


Nak jadi register valuer ni mesti kena ada degree la kan, terutamanya dalam kos estate management dan kena daftar dengan BOVEA [Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia] Bila dah daftar, board akan bagi ujian, tiga ujian, tak silap aku la |hahahaha. Hancuss student estate management macam aku nih| Ujian dia tu, kena buat macam buku log, assignment and interview. Yang penting kena lulus semua tu, baru boleh jadi penilai berdaftar. Lecturer aku pesan, lepas habis degree better terus daftar dengan board untuk jadi penilai berdaftar, nanti tak rugi masa dan umur. InsyAllah, aku akan try ikut nasihat lecturer kesayangan tuh (^_______*)


Sekarang ni pun aku tengah berusaha untuk dapatkan title Sr tu, 29/1/2016 ni.. InsyaAllah, permohonan degree ke UiTM akan diumumkan, harap harap ada rezeki aku di situ untuk aku menggapai impian aku nih. Amin. Satu demi satu langkah aku akan mendaki kerana satu impian dan satu cita cita ini. InsyaAllah, aku akan terus melangkah demi satu impian ini. Di samping terus melangkah ke hadapan, pointer setiap semester perlu dijaga dengan rapi untuk mencapai impian ini juga (O_______O)


Andai tidak tercapai, apa yang aku akan lakukan? InsyaAllah, aku akan terus usaha untuk mencapai impian itu walaupun susah dan payah sekali pun. Andai tersilap langkah dan aku kecundang, aku akan mulakan langkah baru untuk capai impian aku yang satu nih! Cuba dan terus cuba. insyaAllah (*_______*)


*** Buat mereka mereka yang tak tahu penilai tu apa? Meh nak bagitahu, Penilai adalah satu kerjaya yang berkaitan dengan Hartanah. Kerjaya ini adalah penilai akan menilai sesebuah tanah atau rumah dengan harga yang mengikut nilai semasa. Penilai ni akan memberi harga mengikut pengalaman dan mengikut apa yang dia tahu. BTW peranan penilai didalam bidang pencukaian juga amat amat penting. I love valuer very much! Terima kasih.


Tagnumbla dan Asha Lya



Friday, 15 January 2016

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER #ROUND 1

JOIN!

Assalammualaikum semua :) Harini Anis berbesar hati untuk join Segmen : Jom Tambah Follower #Round 1 yang dianjurkan oleh jmbelog. Terima kasih kerana sudi menjemput Anis untuk join segmen nih :) Okey, jom kita start jawab satu persatu pertanyaan daripada jmbelog ni |hahahaha| Rasa macam retis fofular pulak kan yang sentiasa dihujani soalan soalan yang panas. Fuhhh! (^_______^)!


!) Nama diberi adalah Anis Khalilah bt Abdul Rani. Masih berhempas pulas didalam bidang menuntut ilmu dan ingin menggenggam impian yang dipanggil sebuah kejayaan. InsyaAllah.. Andai Allah izinkan semua itu. Anis merupakan anak sulung kepada tiga orang adik dan sebab itu Anis kena bekerja kuat untuk menjadi contoh terbaik untuk adik adik. Masih milik hakiki kepada encik abah dan puan ibu dan bakal di angkat status sebagai seorang isteri tidak lama lagi. InsyaAllah :)

2) Dilahirkan di negeri Kedah Darul Aman. Ya. Negeri jelapang padi baqhang! Anis dilahirkan di rumah tokwan dan disambut gembira oleh seorang bidan kampung dan seluruh seisi keluarga. Alhamdulillah, tak dan nak bawak p hospital! Lepastu, Anis dibesarkan di Johor Darul Takzim. Dari utara ke selatan pulak. Tinggal di selatan tanah air sehingga berusia 20 tahun.

3) Bila ada masalah dan stress, first.. Mengadu kepada Allah dan berserah pada Dia. Dia bagi masalah dan jalan penyelesaian jugak dari Dia. Percayalah! Kedua, Anis lebih selesa mengadu dekat encik tunang. Nanti dia bagi tips atau nasihat, alhamdulillah. Dengan itu jugak Anis boleh scan balik diri ni.. Masalah itu berpunca dari diri sendiri atau bukan. Ketiga, Anis suka tidur sebab malas nak fikir :)

4) Idea untuk berblog tu datang apabila Anis selalu baca kawan kawan punya blog, mereka selalu share di facebook. Dalam hati berdetik, macam best je kalau ada blog sendiri. Boleh luah semua dalam tu |hehehe| Lepastu, Anis suka baca blog yang ditaip oleh Fieyqa Adelova sebab ringkas, padat dan best. Penggunaan bahasa jugak buat Anis tertarik.  Dari situ semangat tu datang untuk berblog.

5) Anis start berblog sejak August 2011. Masa tu berumur 19 tahun. Bagi Anis, itu zaman hingusan lagi. Taip entri pun tunggang terbalik lagi |hahaha| Tapi biarla entri tu, Anis tak nak detele sebab nak jadikan kenangan time zaman hingusan. Bila baca balik, mesti dalam hati berkata "ntah apa apa menaip. Orang nak menaip, kita pun sibuk nak menaip!" Disebabkan masih seorang pelajar, Anis jarang update dan start penghujung 2015 Anis akan aktif balik dalam dunia berblogging ni. InsyaAllah.

6) Hadiah yang paling istimewa yang pernah Anis dapat sempena hari lahir adalah sepasang telekung yang dihadiahkan oleh puan ibu pada tahun 2012. Alhamdulillah, sehingga ke harini Anis masih guna telekung tersebut sebab telekung tu masih elok dan cantik. Hadiah kedua yang dikira sebagai istimewa juga adalah sepasang kain dan ia nya daripada bakal keluarga mentua. Cehwahhh! Okey, dah.

7) Ciri ciri sebagai teman hidup yang dicari adalah.. Jeng jeng jeng |hahaha| Pertama sekali adalah seorang yang solatnya memang tak tinggal :) Dia lebih mementingkan Allah dari segalanya, senang cerita dia dari keturunan dan golongan yang baik baik. InsyaAllah. Kedua, dia hormat ibu dia, Sebab apa? Jika dia hormat ibu dia, insyaAllah.. Dia juga akan hormat juga kepada wanita yang bernama isteri, Ketiga, dia gigih mencari rezeki yang halal walaupun kerja biasa biasa dan tak pernah melupakan family dia walau sesaat. 

8) Ucapan yang paling istimewa adalah dari puan ibu sendiri yang berbunyi "I Love You Too" |hehehe| dan ucapan ini "Saya pejamkan mata saya dengan sebatang pen dan kertas di hadapan saya. Saya ambil pen itu dan mula menulis semuanya. Bila saya buka mata saya semula, apa yang saya nampak adalah nama awak ;)" Rasa macam berada diawang awangan saja.

9) Bagi Anis, blog JM simple dan mudah nak cari entri JM dan apa apa la yang nak di cari. Latar belakang yang plain berwarna putih. sejuk je mata memandang. Bagi Anis okey, tapi kalau letak warna sikit, lagi okey |hehehe| jangan mara ye JM. Kalau Jm selesa dengan blog jm sekarang, okey je kan :)

10) Berapa peratus? Anis masih baru dalam dunia blogging ni, rasa macam tak layak lagi bagi berapa peratus sebab JM lagi senior dari Anis tapi serius, Anis suka blog JM. Terus berblogging ye JM. Selamat maju jaya.

Rupanya Sudah Setahun


Assalammualaikum semua :) Tadi dengan gembiranya aku cuba korek balik entri lama lama yang berkaitan birthday aku tahun lepas. Korek punya korek. Satu habuk pun tak jumpa. Rupanya, aku tak update langsung pun tentang birthday aku tahun lepas. Penat kawan kawan masak dan buat surprise kat aku. Aku tak abadikan langsung dalam blog ni. Maaf ye adik adik |huhuhu| Mana tak nya, aku publish 17 entri je kot tahun lepas. Nampak, busy betul hidup bergelar student nih (^____*) 


Tiga tahun aku kat universiti, sepanjang tiga tahun tu aku sambut birthday bersama sama kawan kawan. 1st year Saidatul lumur aku dengan bedak tepat pada pukul 12 tengah malam. Memang aku tak boleh lupa. Bila dah masuk 2nd dan 3th year, aku dah tahu taktik mereka. Aku tidur awal |hahaha| Tahun lepas, surprise mereka memang aku tak dapat jangka. Mereka masak untuk aku, so biasala memasak tu sebab kami memang suka masak time hujung minggu tapi tak expect pun mereka nak buat something for my birthday. Bila nak makan, mesti kena ada Tupperware kan? Hah, Tupperware aku hilang. Aku tanya Ain, mana Tupperware aku? Dia jawab macam ada benda yang disembunyikan. Aku pun malas nak fikir, diamkan je la. Kalau Tupperware aku hilang, siapla! -..-"


Rupa rupanya Tupperware tu mereka letak kek. Adoi! Patut macam nak sembunyikan sesuatu bila aku tanya tentang Tupperware. aku ni macam nak gila cari Tupperware tu |hahaha| Surprise ni membuatkan aku betul betul terharu jugakla. Gigih betul mereka sembunyikan kek, semuala dari pengetahuan aku. Rasanya birthday tahun ketiga nih  yang paling aku tak boleh lupa. Terima kasih semua untuk semuanya! :D 


Dan birthday tahun ketiga kat universiti nih jugak aku kena baca akta. Buku akta apa, aku dah lupa. Time tu subjek land use. Terbelit belit lidah aku baca akta dalam english. Lecturer kata, ni hadiah untuk birthday girl. Lepas baca akta tu, baru Madam Haslina wish happy birthday |huhuhu| Boleh pulak macam tu kan. Kawan kawan kelas memang tahu haritu birthday aku, mana taknya.. Masuk masuk kelas amar syamil dah jerit "happy birthday kak anis!" Mungkin dia tahu dari facebook la tu. Lepastu kantoi la sampai lecturer pun tahu :)

Alhamdulillah, untuk tahun lepas.. Itu jugak kenangan yang amat terindah untuk aku. Terima kasih semua kerana sudi bangun dan jatuh bersama sama. Aku akan hargai setiap detik dan saat bersama kalian semua. InsyaAllah. Untuk tiga tahun bersama mereka, aku nak katakan bahawa AP115 (A) adalah yang terbaik dalam hidup aku sepanjang aku bergelar student estate management (^_____^)

Okeyla, cukupla tu. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan ibu dan abah. Dan jangan lupa jaga hubungan dengan orang sekeliling. Nanti kita bertemu lagi dalam entri seterusnya. InsyaAllah. Assalammualaikum semua :)


*** Sebenarnya, banyak sangat kenangan birthday kat universiti ni, bila Alia and the geng masak masak untuk buat surprise. Kena baling dengan tepung. Tu memang biasala kalau dah tinggal kat asrama. Tu belum kena baling dengan telur busuk lagi. Ya ampun. Kenangan, bila teringat kembali, mesti ia akan membuatkan bibir mengukir senyuman kembali.

Thursday, 14 January 2016

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR ^^



Selamat Hari Lahir yang ke 18. Sweet eighteen kah? |hahaha| Eh. Bukan birthday kite tapi adik kite la ;) Birthday adik kite ni jatuh pada 12 Januari 1998 dan birthday kite empat hari lagi dari tarikh birthday adik. So still counting (^_____^)


To Anis Zulaikha Bt Abdul Rani :

*** Lapan belas tahun kan? Dah besar dah pun. Jangan nak ingat kecik lagi.

*** First, Allah tu penting. Jangan pernah lupakan Dia. Taat perintahNya.

*** Dengar cakap ibu & abah. Jangan rasa dah besar, cakap sendiri je betul. Cakap orang lain tak nak pakai.

*** Hormat adik beradik walaupun dengan syauqi, adik paling bongsu. Ikatan kasih sayang ini akan dibawa sampai bila bila. 

*** Kawan juga perlu dihormati.

*** Selamat maju jaya untuk keputusan spm yang bakal diumumkan tak lama lagi. Terima keputusan dengan hati terbuka sebab rezeki ada di mana mana sahaja.

*** Belajar tentang sebuah realiti kehidupan. Tak kan nak hidup dalam dunia sendiri. Dah besar kan?

*** Selamat menempuhi kehidupan yang lebih mencabar.

*** Semoga tabah dan redha dengan segala ujian yang Allah berikan

*** Good Luck my dear :)


"Kalau engkau masih muda remaja, senangkanlah hatimu, kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan dahannya masih rendang dan rimbun, tujuan dan kenang kenanganmu masih jauh, sebab umurmu masih muda, mudah bagimu untuk menjadikan mimpi sebuah kenyataan."

Wednesday, 13 January 2016

HOODPATH Travel Blog Giveawaay 1.0

KLIK SINI

Assalammualaikum semua dan selamat petang. Hari ini nak join segmen yang dianjurkan oleh MISSDAE. Hadiahnya pun best best kalau kalau dapat tu |hahaha| Jomla join, mana tahu rezeki korang. Siapa yang tak follow lagi blog beliau, mai la follow sebab  blog beliau banyak bercerita tentang travel. Memang best sangat. Korea la. Jepun la. Perth la. Melalui pengalaman beliau, ia boleh dijadikan ilmu untuk kita travel suata hari nanti. InsyaAllah :) ~ angan angan mesti kena ada!

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)