Thursday 9 February 2017

Perjalanan sebagai seorang Blogger

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalammualaikum dan haiii semua. Ermmm.. Satu segmen yang menarik untuk di join. Alhamdulillah, Allah beri sedikit kekuatan untuk menaip lagi pada hari ini. Kalau hobi malas tu datang, memang tak boleh nak kata apa la kan |hahaha| Actually, baru siap hantar email berkaitan proposal fyp untuk semester depan yang tak beberapa hari lagi akan berkunjung tiba  T.T

Lepas selesai hantar email kepada Dr pensyarah, blogwalking sat dan terjumpa ni. Menarik! So jom join, pada sesiapa yang belum join tu, mari la join reramai. InsyaAllah, kita akan bertambah kawan kawan di sini. Tamat pada 13 Februari ni tau uolls ^^

Ada syarat yang diminta oleh penganjur dan syarat yang diminta amatlah tersangat mudah dan anis sendiri tak ada idea nak taip apa tentang diri ini |hahaha| Perjalanan sebagai seorang blogger? .... Kena cari balik entry sebelum nih yang berkaitan dengan sejarah blog antara aku dan kau (^______^)

Siapa saya?

Nama sebenar, Anis Khalilah dan masih belajar :) Anis start blogging sejak bulan ogos 2011, Time tu Anis berumur 19 tahun dan sekarang, alhamdulillah dah 25 tahun. Ketika mula mula menceburi bidang ini, of course ayat tunggang terbalik dan rasanya macam benda mengarut je yang Anis taip. Tapi entry mengarut tu still wujud sampai sekarang |hahaha| Biarla, mungkin ia akan jadi memori terindah dalam hidup Anis. (*____*)

Sejarah saya?

Actually, time bermula blogging tu, Anis tak follow sesiapa dan tak ada orang pun follow Anis, kiranya blog ni adalah diary rahsia hidup Anis dan penghujung tahun 2015, Anis bubarkan semuanya dan mula follow blogger lain dan semakin hari follower Anis semakin bertambah. Ketika itu Anis semakin aktif dengan dunia blog dan boleh dikatakan setiap segmen, giveaway semua Anis join :D

Apa yang menarik?

Alhamdulillah, rezeki semakin murah dengan dunia blog dengan pelbagai hadian yang menarik daripada para blogger dan review berbayar dari company dan individual.Tapi kiteee ni tak la sehebat blogger terkenal buat review. Anis masih belajar dalam dunia blog ni. Tapi terima kasih kepada mereka yang beri Anis peluang ^^

Siapa pula antara aku dan kau?

Blog antara aku dan kau ini memang spontan dapat tapi url still nama Anis, akhalilah.blogspot.com  Di dalam antara aku dan kau ni, banyak kenangan yang dicoretkan di sini dan bagi Anis, hidup Anis bermula di sini. Anis bangkit dari jatuh dan alhamdulillah, antara aku dan kau berdiri kukuh sekuat semangat yang ada sekarang. Alhamdulillah. Kau tu masih ada bersama aku sehingga sekarang. Harapan Anis, semoga blog ini juga akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Anis sendiri malahan orang lain juga. InsyAllah (-.0)

Harapan saya?

Perjalanan seorang blogger yang bernama Anis Khalilah tidak seindah mimpi yang selalu didambakan. Ececece :p Syukur mesti kena ada. InsyaAllah, akan mudah perjalanan hidup kita semua. Okayla, Anis dah mengantuk. Selamat malam dan Assalammualaikum!

*** Anis nak tag blogger Fieyqa Adelova sebab melalui blog beliau juga, maka tercipta blog ini. Serius, Anis memang suka dengan gaya bahasa yang beliau guna, 

*** Dan Anis nak juga tag blogger Beeha Azman dan blogger MellyaCrayola

Good Luck!! ^^

9 comments:

  1. Lama dah anis dalam dunia blogging ek. Seronok blogging ni sebab boleh dijadikan kenangan kita ( sebab tu tak buang entri lama ), hehe, dan boleh tambah kawan juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Lama jugakla. Yes. kenangan kita di sni. Hahaha ^^

      Delete
  2. even on off dlm dunia blog tp kalo da passion, blog tetap di hati kan =) selamat bsgemen & all the best =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak apa, betul tu. Jadi sayang untuk tinggalkan. Thanks singgah ^^

      Delete
  3. Dah lama dah ya berblogging hehe. btw saya singgah sini dan follow sekali ya. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dah lama. Thanks follow dan singgah ^^

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)