Tuesday 14 January 2014

lima tolak dua sama dengan tiga.

itu dulu.
Assalammualaikum  semua :) Alhamdulillah. Update pendek je untuk malam ni. Update jugak kan dari tak update langsung? |huhuhu| Busy la sekarang. Cehhh. |hahaha| Ini pun sebab encik khairil tegur, dah lama tak update cerita baru. |Rinduuu lah tu| So update la sikit. Bukan tak nak update tapi tak sempat. Ni pun sempat-sempatkanlah sikit. |Alah macam busy sangat je, padahal assignment bukan sentuh lagi pun| -..-"

Okey lah, dulu berlima sekarang bertiga. Itulah kami. Memulakan tahun baru dengan hanya tinggal tiga orang. Tak apalah, jalan hidup dan cita-cita masing-masing. Aku relakan. Mesti korang tak paham apa yang aku maksudkan kan? Btw apa yang aku maksudkan adalah kawan rapat aku kat kelas a.k.a group members untuk assignment aku sendiri keluar. So bila dorang keluar u, makin berkuranglah group members. Tapi tak apalah, macam aku cakap.. Cita-cita masing-masing, itu yang terbaik. Aku dan kawan-kawan yang lain turut gembira dan mendoakan yang terbaik buat mereka. (^___*)

Buat pengetahuan korang, yang keluar tu pun bukan result dorang tak bagus tapi dorang dapat tawaran yang lebih terjamin masa depan. Eh, aku tak cakap pun ea course dorang ambil sebelum ni tak terjamin, tak la macam tu. Tidak. Yang penting hak masing-masing. Yang sorang tu dapat tawaran untuk course perguruan |cik cikgu| dan sorang lagi tu dapat tawaran nurse |cik misi| Alhamdulillah la kan. Terjamin dah tu. InsyaAllah. Yang penting kuatkan semangat dan banyakan bersabar untuk menyelami bidang baru.. Bukan bidang property lagi ye. |Heee| ^_____^

Yang penting, bila dah berjaya tu.. Jangan lupa kami di sini. Walau bidang berlainan, insyaAllah ikatan yang terjalin tu tidak akan putus. Amin. Alhamdulillah nasiblah cik misi tu belajar dekat je dengan rumah aku. |tak lah sebelah rumah| Oleh itu, bole lah jumpa sekejap-sekejap time aku balik cuti. Tengok, dah cantik dah perancangan Allah kan? Syukur! :)

Okey lah kot sampai sini je aku update. Jaga diri. Jaga Solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Semoga anda semua sentiasa berada didalam rahmat Allah. InsyaAllah. Sekian. Assalammualaikum <3

ini sekarang


Sebelum tu, di kesempatan ini aku nak ucapkan :
Salam Maulidur Rasul 1435H
Selamat Hari Lahir kepada Nur Farhana bt Kasmuri dan Intan Shafinaz bt Roseland.
Dah makin tua dah kakak-kakak aku nih. |hahahahaha|
To encik khairil, kalau terlebih rajin lagi.. Nanti cik anis update lagi. InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)