Wednesday, 22 January 2014

cuma ujian.


4.51pm : Saya rasa tak sedap hatilah. Rasa macam nak nangis je.
4.56pm : Pergi solat eh? Cari ketenangan.

~ Aku hanya diam. Tak lama lepas tu aku tertidur. Terlupa seketika masalah.

5.13pm : Alat keluli berdering meminta untuk diangkat. Terkejut. Terjaga dari tidur. Deringan mati. Ahhhh!
               Masih menunggu, mana tahu pemanggil akan buat panggilan semula. Aku hampa. Pantas jari mula                  mendail nombor pemanggil tadi.

5.17pm : Pergi mana? kenapa saya call tak dapat?
               Mana saya tahu.
               Masalah line lagi la tu?
               Mungkin.
               Dah solat?
               Belum.
               Kenapa tak solat lagi? Kan saya dah suruh tadi?

~ Aku hanya diam.

Kenapa tadi awak call saya?
Dah. Pergi solat. Nanti saya bagitahu.

~ Lepas solat aku tunggu panggilan dari 'dia' tetapi masih hampa.

7.10pm : Ya Allah. Maaf, Letihnya la. Nak call balik tadi lepas awak solat.. tertidur lak.
7.18pm : :) Tak pelah. Awak letih.

7.37pm : ~ Selepas solat magrib alat keluli itu kembali berdering. 3 kali. Aku biarkan sahaja kerana aku masih bersama kekasih abadi. Tak lama lepas tu, ia kembali berdering.

8.02pm : Kenapa tak angkat tadi? Pergi mana? Buat apa?
               :)
               Luahkanlah apa terpendam di hati awak. Awak tak nak kongsi dengan saya? Luahkanlah. Kenapa                sedih sangat? Ada masalah apa? Ceritalah.
               Saya. Saya. Saya :')

# Terima kasih kerana meminjamkan telinga untuk mendengar. Terima kasih kerana meminjamkan hati untuk memahami. Terima kasih meminjamkan minda untuk beri pendapat dan kekuatan. Terima kasih. Alhamdulillah. Selamat malam.

-Khairil Azmi bin Hussin-
Allah beri ketenangan melalui dia. Alhamdulillah. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)