Assalammualaikum semua dan selamat pagi. Jumaat penghulu segala hari. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan hendakNya. InsyaAllah. Hari ini aku hanya update benda yang simple dan pendek sahaja. Mungkin. :]
Pagi tadi bangun. Excited nak pergi kelas valuation pukul 8.30 pagi. Almaklum lah kelas asyik cancel je. Mulanya memang suka tapi bila fikirkan kelas ganti yang akan mendatang. Test yang akan mendatang dan final exam yang akan mendatang. Ya Allah. Takutnya. Sedangkan kelas kitaorang baru belajar apa je? Kelas lain-lain dah maju ke hadapan. Terasa giler ketinggalan -.-
Semoga lecturer kesayangan cepat sembuh. InsyaAllah. Semoga anak lecturer ganti ni pun cepat sembuh. Amin. Pagi tadi |sambung balik cerita pagi tadi| Hahaha| dapat mesej, dorang cakap kelas cancel sebab anak lecturer ganti masuk hospital. Aku terkedu. Dugaannya bagi aku untuk semester ni. Mungkin Allah nak aku berdikari supaya aku banyak belajar sendiri dari mengharapkan orang lain. Tapi siapa la aku :')
Entahla. "Anis kau kena jugak usaha sendiri. Jangan nak mengharapkan orang lain kalau kau betul-betul nak berjaya. Ya Allah, bantulah hambaMu ini." Okeylah, banyak benda lagi aku nak fikir sebelum cuti tahun baru cina ni. Role play pun aku tak settle kan lagi. Encik ahli kumpulan tolong bekerjasama okey. Aku tak mampu buat ni sorang-sorang. Jaga diri. Jaga akhlak. Jaga solat. Asslammualaikum (^____^)
"Kejayaan tidak datang semudah seperti yang kita katakan tetapi ia datang setelah usaha, doa dan tawakal yang telah dilakukan.Sekian."
No comments:
Post a Comment