Assalammualaikum dan Salam Jumaat buat semua <3
Alhamdulillah. Negeri Kedah hujan. Tapi Langkawi cuaca elok je. Seronok la 'orang' tu melancong kan? :P Dari selatan ke utara tanah air. Memang seronok la kan. Sampai line Maxis dan Digi en khairil bertukar kepada line yang digunakan di Thailand. Mungkin. Habis kredit 'bakal zauji' saya. Satu mesej kena charge sampai RM2. Lepas tu, aku pergi call dia pulak kan? Memang laju je la kredit dia. Sorry 'bakal zauji' :')
Selama setahun aku menetap di Kedah ni, semalam 14 February 2013 adalah satu peristiwa yang tak mungkin aku lupakan. Kiranya, ini adalah peristiwa yang paling manis setelah setahun lebih aku di negeri kelahiranku. Ya Allah. Terima kasih di atas segalanya. Semalam, dalam pukul 6 lebih, khairil mesej, dia tanya aku kenapa kat highway dari perlis, tak ada pun signboard sungai petani (selatan) Aku pun, jawabla. Memangla tak ada lagi sebab perlis ke sungai petani jauh lagi. Alor setar pun tak jumpa lagi. Aku tak tahu apa motif dia tanya tentang sungai petani (selatan) tu. Then dia reply mesej lagi, mesej dia berbunyi macam ni " Ohh,,insyaAllah..kami nak singgah sane"
Terkejut beruk aku. Aku tak sangka dia dan keluarga nak singgah rumah. Tiga buah kereta pulak tu. Macam mana ni?! Macam mana ni?! Macam mana ni?! Terus aku bagitahu en abah dan pn ibu la. En abah dan pn ibu cakap, datang je la :) En abah dan pn ibu relax je. Aku yang serabut. Ntahla. Berdebar. Mungkin dah lama tak jumpa 'bakal zauji.' Lain macam je rasa. |hahaha| Pn ibu tanya aku, family khairil dah sampai mana? Aku cakapla, tak sampai alor setar lagi. Then, en abah terus mintak no hanfon ayah khairil, aku tak ada no ayah khairil. So aku bagi no ibu khairil. Melalui pendengaran bicara en abah dengan ayah khairil melalui hanfon, en abah tanya ayah khairil, "dah sampai mana?" "Gurun!"
"Hoii! dah dekat tu"! hatiku menjerit. Terus aku pandang pn ibu. Pn ibu apa lagi, risau dengan masak la. Mana sempat nak masak dah. |hahaha| Be cool. |Anis dan zulaikha ada, boleh tolong ibu masak :)| Aku dengar lagi perbualan en abah dan ayah khairil, en abah nak sewakan homestay yang selang sebuah rumah je dengan rumah en abah ni untuk pihak sebelah khairil. Alhamdulillah. Ayah khairil setuju. Okey, bermula saat itu, khairil mesej tanya jalan ke rumah. Aku pun bagila petunjuk arah. Tak ada lah professional sangat sebab aku tak mahir lagi jalan kat sini. Maaf. Alhamdulillah. Khairil faham petunjuk arah 'bakal zaujah' dia ni bagi. Just ayah khairil terlepas sikit je dari taman perumahan yang aku tinggal ni. Lepas tu, abah pergi amik family khairil yang berada di simpang tiga itu (^____^)
Kurang 30 minit, mereka-mereka pun sampai. |Nervous giler, padahal bukan apa-apa pun :P| Bila terpandang jejaka tinggi lampai itu, makin kuat debarannya. |hohoho| Dalam hati, "makin handsome awak kan?" Mula-mula aku salam semua dulu okey, baru aku pandang 'bakal zauji' aku tu :D Dinner malam tu, pn ibu masak kari ikan, sayur campur goreng, ikan masak air asam, ikan masin goreng, sambal telur dan en abah beli satay 200 cucuk untuk meraikan tetamu, insyaAllah akan menjadi satu keluarga kelak. Amin. |Pn ibu boleh masak berjenis-jenis lauk, she is my superwomen| Terima kasih en abah dan pn ibu kerana meredhai hubungan anis dan khairil. Alhamdulillah. Malam tu, family antara family berborak sakan. Aku dengan khairil lagi sakan la kan? |hahaha| en abah dan ayah khairil keluar, katanya ke tanjung dawai. "Good night jiran sebelah." jiran sebelah sementara je (^______-)
Breakfast time! |
Pagi 15 February 2013, pn ibu masak bihun goreng dan laksa penang. Pehhh. Best giler kepada penggemar laksa penang. Pn ibu cakap, pn ibu buat laksa penang sebab ibu khairil teringin nak makan laksa penang. So sweet my pn ibu ni. Sekali lagi, alhamdulillah. Pagi tu, family khairil sarapan bersama-sama kami. Berborak-borak tak habis-habis aku dengar. |huhuhu| Tepat pukul10 pagi, mereka semua beransur untuk pulang ke kluang. Semoga selamat sampai. Amin. Jangan serik untuk berkunjung ke rumah kami lagi. InsyaAllah. Sekian.
"Assalammualaikun 'bakal zauji' insyaAllah. kita pasti bertemu lagi suatu hari nanti. Allah dah rancangkan dah yang terbaik buat kita berdua. Awak datang menemui saya bersama family awak. Kiranya, dah beradat sangat awak menemui saya. Alhamdulillah."
at rumahku syurgaku :) |
'bakal zauji' saya. InsyaAllah :D |
No comments:
Post a Comment