Assalammualaikum. Hai-hai semua :)
Now, Heaven! |hahaha| Aku dah kat rumah. Bestnya. Bestnya. Bestnya :D
Alhamdulillah. Syukur. Perjalanan yang memakan sampai 5Jam. Amat memenatkan. Padahal kalau diikutkan dari Sri Iskandar ke Merbok, tak la sampai lima jam. Bus tu lembap. |hahaha|. |Salahkan bus pulak| Tak la, sebenarnya, jalan sesak la. Dari terowong kat Sungai Perak tu memang sesak. Kenderaan jalan macam kura-kura. Kot-kot kura-kura lagi cepat. Lepas tu sampai Penang, sesak lagi. Biasa la tu nak Tahun Baru Cina, semua warga kota ambik peluang la untuk balik ke kampung halaman. Kan? Lagipun, Penang tu dah jadi Singapore kedua dah. Tak caya, tengok la pembangunan dia. Hebat :)
Nampak tak sukanya bila aku balik rumah, ini semua tak bermakna aku tak suka duduk kat uitm. Aku duduk kat sana memang seronok, tapi duduk sorang-sorang tanpa family, mestila tak best kan? Hurmm. Macam mana nak pergi uws ni? |hahaha| Tak pe. Tak pe. InsyaAllah. Zauji pasti menemanku ke sana. So dua tahun, tak lama mana pun kalau ada orang tersayang (^___-)
Tengok, dah lari tajuk. Patutnya aku nak cerita benda lain. Lain pulak yang aku merepek. Tolong sedarkan aku kalau aku merepek je. Semalam adik aku, masturah call aku, time tu aku still dalam bus. Dia bagitahu aku dia kena saman, Guna motor aku plak kan? Memang panas la kan bila aku dapat tahu tapi bila fikir balik, dah kena saman, biar je la |hohoho| Dia kena saman sebab dekat skuter aku tu tak tampal P, memangla skuter aku tak tampal P sebab aku dah dapat lesen yang betul punya dah. Yang dia guna skuter aku kenapa. Memang saja nak cari nahas la kan. Padahal, dia ada motor sendiri, nak naik jugak skuter kesayangan aku tu. |huhuhu| Yes! Aku dah membebel. Sorry :D
Kalau nak mintak kurang jumlah denda tu masturah kena naik mahkamah la, buat rayuan semua. So, bolehla kurang. Apa-apa pun kena ikut pendapat en abah la, malam tadi pn ibu membebel kat masturah. Lepas tu en abah siap buat lawak lagi. en abah cakap, "warta jam 10 dah start." pn ibu pun gelak. |hahaha| aku memang dah tergelak-gelak dah. Lawakla. Oleh itu, ini semua menjamin kebahagiaan sesuatu keluarga itu. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana dilahirkan di dalam keluarga ini <3
Okeyla. Nanti aku cerita lagi kalau aku free |huhuhu| Jaga diri elok-elok. Jaga solat. Jaga akhlak. Jaga hubungan dengan orang lain. To my future zauji and family. |Dengan nada jealous| Untungla orang tu nak p jalan-jalan. Pulau Lagenda lagi kan? :P Okeyla. Semoga selamat pergi dan selamat pulang ke destinasi yang di tujui. InsyaAllah. Hayatilah keindahan ciptaan Allah itu. Tak tipu. Pulau Langkawi memang cantik. Welcome to Kedah Darul Aman. Assalammualaikum (^_______^)
Jika anda mahukan kejayaan. Hormatilah orang lain. InsyaAllah. Kejayaan itu pasti milik anda.
No comments:
Post a Comment