Saturday, 12 January 2013

. I will .



Assalammualaikum kawan-kawan (^___^)
Malam ni sebenarnya nak buat assignment tapi itu la, fikir itu ini itu ini, terbengkalai semuanya. Ya Allah. Tapi aku dah buat separuh sebelum-sebelum ni. Tak apalah, malam esok, sambung balik. Semangat! Itu pun kalau rajin. Eh, tak boleh-tak boleh, 16 hb dah nak kena hantar. Asyik hold je assignment, kang tak siap.. Tanggung sendiri. Buat ke lecturer nak buat test pulak. Mati aku -.-'

Okey, aku buat malam esok lepas habis program uitm ni. Ahad pulak aku nak settle ptptn pulak, dengan program kolej lagi. Semua kena handle. Adoii. Tak apa-tak apa. Boleh buat-boleh buat. InsyaAllah. Berdoala semoga aku boleh buat semuanya sehabis baik. Mama pesan, pelajar yang cemerlang dia akan boleh handle semua tanggungjawabnya. InsyaAllah mama, boleh buat ni ^.^

Sebenarnya, aku pening dengan surat perjanjian ptptn ni. Aku kurang faham la. Ulang alik ke HEP or bangunan melengkung tu, penatla. Semata-mata nak mintak cop pengesahan dan tandatangan saksi. Jauh la. Dengan cuaca panas. Dugaan dan cabaran betul. Itu pun, ada lagi benda aku tak cop pengesahan lagi. So esok aku ada program, terpaksa la aku mintak tolong roomate tersayang untuk settle semua tu. Thank you very much roomate <3

Kepala aku ni bukan just fikir tentang ptptn, assignment, test, kuiz dan last final exam. Huhh! Macam-macam aku fikir. Satu persatu masalah bertimpa-timpa di atas kepala. Relax! Tapi orang lain bukan tahu kan, yang mereka tahu nak menghukum sahaja. Itu la situasi aku sekarang. Mesti korang pelik kan, kenapa aku tak cuba kongsi dengan siapa-siapa kan? Betul tak? Bukan aku tak nak kongsi tapi biar la ia dipendam hingga ke dasar hati. Tak terbukak hati langsung untuk berkongsi. Aku nak berkongsi dengan siapa? Orang yang sepatutnya boleh berkongsi pun. Hurmm. Tak tahu la nak cakap apa. Aku tak cakap lagi, dia dah serang aku. So bila masa la mulut ni untuk bersuara? Akhirnya sepi macam tu je :'(

Manala aku tak fikir, orang lain buat hal. Aku yang kena. Tak fair la macam ni. Siapa nak bela aku melainka aku sendiri. Kadang kala, aku nak bela diri sendiri pun tak terbela. Entahla. Aku rela dihentam sedemikian  rupa asalkan 'dia' puas dan menang. Dalam hati, ego bergelora nak menang. Nak menang tetapi hati dan fikiran menegahkan segalanya perbuatan kerana aku tak nak mengeruhkan lagi keadaan. Semoga Allah kuatkan aku. InsyaAllah. Pening kepala bila aku fikir semua ni :')

Ingat Allah. Ingat abah ibu. Itula kekuatan aku sekarang. Biarla apa nak jadi pun, perjuangan aku dekat sini tetap diteruskan. Niat untuk belajar ini adalah kerana Allah Taala. Semoga aku akan menemui kejayaan yang hakiki. InsyaAllah. Bukan apa, ini just untuk menaikkan semangat balik. Aku tak nak dengan sebab aku pening kepala tentang macam-macam ni, semangat aku semakin lemah. Aku tak nak macam tue. Aku tahu, aku tak selemah tu. Aku kuatla! (-.o)


Sorry, entry kali ini terpanjang pulak. Sorry. Aku just nak meluahkan apa-apa yang tak terluah melalui kata-kata. Assalammualaikum. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Ingat, setiap kesakitan yang Allah turunkan sebenarnya adalah sangat-sangat manis. Allah tahu apa yang Dia turunkan. Barakallah. Sekian.
Aniskhalilahbintiabdulrani anak ibu dan abah yang paling baik. Amin :D
Heii! Jangan sebut ibu abah. Sensetif tahu tak. Rindu! :)


"Saya akan lebih menghormati bakal zauji saya berbanding lelaki lain kerana suatu hari nanti saya wajib menghormatinya sebagai zauji yang sah. Oleh itu, saya perlu belajar untuk lebih menghormatinya."

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)