Sunday, 13 January 2013

Hari ini nak tulis tajuk ape?

Assalammuaikum. Selamat malam semua :)
Malam ni nak cerita campur-campur. Aku nak sumbat je cerita ni semua dalam satu tajuk. |Heee|
Okey. Let's go kita mula :)

My Puteri <3

My roomates :)
Kesian kat aku |waaaaa| Dorang pergi kfc tak ajak aku pun |hohoho| uppss, sebenarnya aku ada program la hari sabtu tu. Dorang ajak just aku je yang terpaksa menolaknya. Dorang pun pergi dan pergi kfc tu. Dengar cerita dorang makan udang. Udang apa, aku tak tahu la kan. Motif dorang pergi makan kfc ni sebab nak celebrate birthday ema. Dia ada dalam gambar kat atas ni, yang sebelah kiri. Comel kan? ;)

Nak tahu tak orang kaya baru yang mana yang belanja? |hahaha| Cik tuan puteri kita la kan? Nama pun puteri, ofcourse la banyak duit. |Weeeee| Aku tengok dorang balik kfc, bukan main banyak barang kat tangan.. Rupanya dorang pergi shopping dulu dekat tesco. Memang seronok la kan.(-.o)

Dorang belikan aku ni :D
Untungla kan? |hahaha| Puteri cakap, di belanja aku dulu sempena birthday aku yang akan datang ni. Untungla kan dah dapat hadiah birthday dulu. Alhamdulillah. Apa-apa pun, terima kasih puteri dan semua roomate yang tersayang. Tidak lupa juga, selamat hari lahir yang ke 18 ema. Semoga sinar kebahagiaan akan terus menjadi milikmu ^___^

Pagi tadi, aku bangun dengan malas sekali. Macam hari-hari biasa, pasti tidurku diganggu dengan benda-benda yang suka mengganggu aku. Apa macam? Faham tak? Tak faham, senyap aje okey. Pagi tadi bangun awal sebab nak settle ptptn, sebab bila pergi awal mesti student tak ramai lagi kan. So alhamdulillah. Ia dapat diselesaikan dengan sempurna :)

:)
Okey, pagi tadi aku settle ptptn kat sini. Bangunan still baru. Best. Tetiba teringat inspen :') Dewan dia serba merah macam dewan jubli kat inspen. Hurmm. Nak bagitahu ni, puteri ambik course OM, so kelas dia banyak kat sini. Untungla kan. Jom tengok FSPU pulak. 

:D

(^___^)
Aku just dapat ANNEX 1 & 2 sahaja. Sebenarnya, ada lagi 1 ANNEX iaitu ANNEX 3. Tak apa la, lain kali aje aku masukkan gambar tu. |huhuhu| Disebabkan FSPU terbesar di sini, bangunan FSPU memang banyak la kan. Lepas jalan-jalan pagi tu, menghirup udara yang segar tanpa terserempak dengan pelajar-pelajar yang bersimpang siur pergi kelas, Rasa macam tenangnya. Sebelum pukul 10, aku balik semula ke blok sebab pukul 10 pagi ada program kitar semula pulak. Nasib shift aku dari pukul 10 hingga 12 tengah hari je.

Pagi-pagi

Kolej indera mulia
Boleh la, program ni dapat sambutan. Banyak jugak barang kitar semula yang dapat dikumpulkan. Mana tak nya,, dapat sticker kan :) Ramai la nak join nya. Oleh itu, terima kasih la kepada anda semua sebab join program ni. Bagi sambutan yang menggalakkan kepada kita orang.

Dah la, lewat dah ni. Aku nak buat benda lain pulak. Okey, jaga diri elok-elok tau. Jaga solat. Jaga akhlak. Assalammualaikum.

"Awak la budak comel yang comot"
Aku suke gler ayat ni :D

4 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)