Monday, 31 March 2014

meniti ke penghujung

hari ni paper ke lima untuk final exam semester tiga. Alhamdulillah. tinggal tiga paper lagi sebelum sampai ke penghujung. tadi paper building technology II. ape cerita? huhu. ceritanya.. susahnya! rasa macam jawab ekonomi semester dua dulu. ntah. aku harap, ada rezeki aku untuk subjek tu. insyaAllah. Allah tolong. kita dah usaha kan? hahaha. sedapkan hati diri sendiri. apa-apa pun aku dah berserah.

tak mo pikir-pikir dah. ada lagi tiga paper kot. untuk semester ni ada rezeki, syukur alhamdulillah. kalau tak ada, semester depan kena usaha lagi. okey. tiada apa-apa yang diharapkan untuk semester ni. tapi jangan terkejut dengan kejutan dan hadiah daripada Allah :')

mintalah. pohonlah. mengadulah. Allah sentiasa mendengar. Allahu. assalammualaikum :)

Wednesday, 19 March 2014

pengharapanku tiada penghujungnya

Ya Allah

Aku ingin membahagiakan ibu dan abahku
Dan izinkanlah juga
Untuk aku menggembirakan khairil azmi bin hussin.
Amin.

Allahhu.

# sebenarnya aku dah tahu dah nak buat apa. Buntu.
Semoga Allah membuka jalan untuk ku :')

Saturday, 15 March 2014

coretanbuatrakan-rakan


Tiga semester sudah bersama
Ap115 3a
Ya 3a
Pahit manis masam masin
Semua dilalui bersama
Tak apa
Susah sama susah
Senang sama senang
Kita kan keluarga

Oleh itu di sini, seribu keampunan di pinta
Dari aku anis khalilah bt abdul rani.
Buat anda semua :)

Aziz, afiq, sadiq, syamil, khuzairil, asyrol, faiz, zul, fizi, firdaus, Muhammad, herry, hadi, naim
Suhaniza, ain, eisya, ziela, syarqiah, fiqa, farah, fira, Diana, ashaa, wani, ecah, filzah, irah, fitrah, anna, aina

Especially, members group assignment. Sorry sebab  selalu tempik korang untuk siapkan kerja. Termarah korang. Maaf sangat-sangat.
Sorry kepada nama-nama yang tak tertaip. |huhuhu| tapi rasanya dah taip semua nama.

Tak lupa juga untuk roomates, maaf  ye..
Terlawak tak kena. Terkecik hati. Terkutuk ke. Tertak puas hati
Akhir sekali, maaf dipohon juga dari anda semua. Siapa?
Yang tengah baca ni laa.. (^_____^)

Selamat maju jaya untuk final exam march2014.
Doakan kejayaan aku dan mereka-mereka yang akan menghadapi final exam.
Doakan yang terbaik okey

Terima kasih.


exam mode.
ma'attaufiq wannajah
pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat.

Monday, 3 March 2014

Hadiah Allah. Syukur.

syukur. alhamdulillah :)
tahniah juga buat mereka ;)
Alhamdullilah. Majlis anugerah dekan telah selamat dihadiri. Terima kasih Allah. Terima kasih ibu abah. Terima kasih uitm. Terima en tunang dan terima kasih kawan-kawan :)
Terima kasih juga kepada kalian semua.

Tuesday, 25 February 2014

seputih kain kafan.


zikit taubat nasuha
dengan ini, saya mengaku semua ni salah saya. salah saya. salah saya. tapi tak apa. biarkanlah semuanya. biarkan. saya tak larat dah.


selamat tinggal semuanya ;'(
all's the best.

Sunday, 23 February 2014

ingatbalik.

sodap!


pepero ni daripada filzah arinah. hee. kad dan jam cantik daripada ain, su dan ecah. Pencil case comel daripada amal! syukur!

Assalammualaikum awak-awak. Okey satu lagi cerita akan di update. Lepas ni aku tak ada dah hutang apa- apa ye? |heeee| Alhamdulillah. Aku dah selamat sampai pun kat blok cempaka 2, uitm seri iskandar. Syukur. |hahaha| Turun je dari bas.. Allah! Bahangnya 'gurun sahara' ni. Apa-apa pun, ada rahsia Allah disebalik ni semuanya. InsyaAllah. Yang paling penting, best sangat dapat balik rumah. Dapat tengok ibu abah dan adik-adik. Lagi satu dapat tengok rumah baru. |Tak boleh blah dapat tengok rumah baru konon.. Padahal baru siap foundation :P| Btw seronok sangat.  Kalau ada lagi sedikit kesedihan di hati itu, biarkanlah. Lumrah kehidupan.. Ye dak? :D

Okey, Sorry lah.. Patutnya kena update entry ni selepas dua minggu birthday aku tapi tak ada masa. Busy sangat. |Tu la orang suka tangguh kerja, macam ni lah!| Sekarang aku just nak cerita, terharu pun ada jugak. |huhuhu| Heii, budak-budak ni.. Ada- ada je yang dorang nak buat kejutan.

" Teringinnya nak makan spaghetti."
" Tak pe, nanti su buatkan kak anis ea? "
Aku tersengih. Yek jek budak nih ;P

Lepas maghrib tu, " happy belated birthday kak anis! " ~ ain dan su
" hah? " aku pulak yang terkejut beruk. |hohoho|

Yang seronoknya tu bila tengok dorang bawak makanan. Bestnya.. Lepas tu dorang bagi hadiah, aku dah dapat agak dah hadiah apa :D Alhamdulillah. Lepastu amalina a.k.a amal datang. Wah! lagi bertambah seronok. Alhamdulillah. Anugerah Allah yang tiada ternilai. Rindu terubat. Tapi aisyah a.k.a ecah tak ada, tapi tak apalah, hadiah tu dari kamu semua kan adik-adik? Ia akan disimpan dan dijaga dengan sebaiknya. InsyaAllah <3

Terima kasih Suhaniza
Terima kasih Ain
Terima kasih Amal
Terima kasih Ecah

Dua orang sudah melangkah dan meninggalkan kami untuk menuju ke arah cita-cita masing-masing, kami di sini memang tak dapat dah cari pengganti persis atau serupa kamu berdua. Memang tak dapat :')
Selamat maju jaya. 

cuti-cuti negeri perak

Kellie's Castle

mereka. teman seperjuangan

Gua Tempurung
Tadaaaa.. Orait. Assalammualaikum semua. Syukur. Dapat juga update cerita yang lebih kurang dah basi. |huhuhu| Ni raya cina punya cerita. Al maklumla, nak balik rumah time tu busy, cuti sekejap.. So nak release tension, berjalan la sekejap sekitar negeri perak. Nasib baik kawan - kawan okey. Alhamdulillah. Dapatla pergi shopping kat ipoh |shopping la sangat| lepastu pergi kellie's castle dan gua tempurung, Serius. Tak tipu. Best sangat-sangat bila dapat tengok keindahan ciptaan Allah dan bangunan bersejarah tu.

Gambar yang atas sekali tu gambar bangunan kellie's castle, rumah lama dan rumah baru kellie. Orang cakap bangunan ni berhantu tapi ntahlah.. Alhamdulillah, ktorang tak terserempak dengan apa-apa pun. Tapi serius binaan bangunan tersebut amat mengangumkan. Okey, sini nak bagitahu.. Nak masuk kellie's castle kena bayar rm5 dan nak masuk gua tempurung kena bayar... aku dah lupa tapi package yang ktorang ambik tak la adventure sangat.. So tak la mahal sangat, bawah rm10. 

Oleh itu, kepada sesiapa yang dah kat perak tu tak tahu nak berjalan ke mana, pergilah gua tempurung. Serius cantik walaupun dalam gua tu gelap. |Gelaplah sangat| Yang boleh aku katakan, gua tempurung ni lebih kurang macam gua kelam kat perlis tu tapi gua kelam tak ada tangga yang tinggi-tinggi macam batu caves tu. So kalu korang nak tahu dengan lebih terperinci, pergilah.

Terima kasih kawan-kawan :) Okey lah kot, Janji update kan? Aku hutang korang satu lagi entry.. Itu tentang kejutan birthday aku daripada adik-adik kesayangan. |dapat makan speggeti you :D| InsyaAllah. Kalau aku tak busy, aku update la ea? InsyaAllah bila dah okey-okey nanti. So sekarang aku nak tidur, esok nak balik dah. |hahahaha| Doakan yang terbaik untuk aku ye? Untuk semester tiga aku ni. Untuk kehidupan aku. InsyaAllah. Thanks awak-awak <3 Orait, jaga diri. Jaga iman. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Senyum aje okey. Assalammualaikum.

" Sakit tak? "
" Sakit. Tapi tak kan nak tunjuk kat orang? Kita simpan dalam hati aje okey? "
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)