Monday, 26 August 2013

Walau saja-saja. Sebenarnya ada motif.

Bird's eye view of the beauty of Harbour Bridge on Observatory Hill, Sydney
Adam Aryan tersenyum melihat isterinya yang tekun memakan aiskrim. "Macam sedap sangat je." Bisiknya di dalam hati. "Apa abang tengok saya macam tu? Nak ke? Tak cukup ke aiskrim kat tangan abang tu? Kalau tak cukup, saya nak p beli lagi." Pantas dia mengangkat punggungnya. Laju lengan ditarik lembut oleh sang suami. Kening Hawa Insyirah berkerut. Akhirnya sepasang mata mereka bertaut. Adam Aryan mengukir senyuman dan dibalas oleh bidadari hatinya. "Kenapa sayang bawak abang ke sini?" Akhirnya persoalan yang paling susah baginya terlerai juga. "Sebab saya sayangkan abang!" Ringkas Hawa Insyirah menjawab sambil tersengih. Terserlah barisan gigi yang teratur dan cantik miliknya. Berdebar dan bergetar jantung lelaki di hadapannya. "Itu je?!" Tanya Adam Aryan sepatah. "Yup!" Jawab isteri. Pendek dan ringkas. Geram pulak Adam Aryan dengan tingkah laku isterinya. Leka dengan aiskrim perisa coklat dan ditambah sedikit dengan perisa vanillanya itu. Isterinya bagai bertahun-tahun tidak pernah memakan aiskrim. Pantas tangan lelakinya merampas aiskrim ditangan Hawa Insyirah. Wanita itu sedikit menjerit. Terkejut mungkin. "Awak ni spoil betul la, saya baru nak menikmati. Lagipun baru nak release tension ni. Relax la wak" Tangan cuba untuk mendapatkan kembali aiskrim milikinya. "Err.. Ni untuk Muhammad Khairi Amsyar. Awak lupa ke kat dia? Saya bawak balik saki baki aiskrim ni untuk dia ye? " Adam Aryan tersenyum nakal. Ada sahaja benda yang mahu diusiknya. "Huhh. Ala awak ni, dia kan kecik lagi. Dia tak makan aiskrim Tak berkhasiat. Ibu dia je yang makan ni. Bak la balik aiskrim saya." Dengusnya geram. Terasa bagai nak cubit pula bila melihat lelaki itu asyik tersenyum.

"Lagi satu zaujahku tercinta.. Yang awak nak release tension ni nak buat apa? Awak dah sebulan kot habis exam. Graduated dah pun. Banyakla cantik muka awak tu nak release tension sebab exam." Adam Aryan mencebik bibirnya. Tangan Hawa Insyirah sudah terangkat. Nak saja dia debik tengah belakang suaminya.  Dia cuba bawak bersabar. Akhirnya dia tersengih. Lawak pulak melihat gelagat suaminya. Ibu muda itu berfikir sejenak untuk membalas kata-kata jejaka kacak di hadapannya. "Aikk. Saya memang banyak cantik pun. Tapi awak yang berterus terang dulu kan? saya cantik selama-lamanya kan?'' Matanya terus memandang suami. "Perasan la awak!" Adam Aryan ketawa. Ada gurau di hujung kata-katanya. Air muka pada wajah isterinya sudah bertukar. "Ya sayang, awak cantik selama-lamanya. Dan hanya untuk saya." Matanya tidak berkelip memandang Hawa Insyirah. "Romantiknya!" Jerit Hawa Insyirah pantas merampas aiskrim yang hampir cair di tangan suaminya sambil ketawa. "Aduhh. Awak ni.. Spoil betul lah." Tiba-tiba tawa Hawa Insyirah terhenti. Mata memandang Adam Aryan.

Tanganya memegang erat tangan Adam Aryan. Sebenarnya, saya ajak awak ke sini sebab saya nak kenang balik kenangan kita bersama. Kenangan kita lima tahun yang lalu. Sebelum kehadiran Muhammad Khairi Amsyar dan sebelum kita diijab kalbulkan. Dah jauh kita melangkah bersama-sama kan?" kepalanya dilentukkan di bahu Adam Aryan. Tangan Adam Aryan erat merangkul pinggang Hawa Insyirah. Mindanya dibawa ke dalam ceritera cinta isterinya. "Awak." Panggil Hawa Insyirah perlahan. "Ya sayang." Jawab suaminya perlahan. "Terima kasih kerana sanggup tunggu saya masa saya belajar dulu." Ada getar dihujunng bicaranya. Adam Aryan sudah tidak keruan. "Ala sayang, janganla menangis. Tak bestla macam ni." Hawa Insyirah tersenyum. "Mana ada." Jawabnya pendek. "Awak dari dulu kalau menangis.. Bukan nak mengaku. Dalam telefon boleh la tipu saya. Sekarang, tak boleh tipu. Dahla. Cerita pasal lain la." Adam Aryan dah mula membebel.

"Izinkan saya untuk meneruskan apa yang terbuku di hati saya ye awak. Maaf." Isterinya masih berdegil. Suami disebelah hanya mampu menuruti. "Terima kasih juga kerana sudi teman saya sambung belajar di sini, sudi berkorban untuk cita-cita saya di sini walaupun ketika itu kita rushing giler lepas majlis perkahwinan kita. Tapi tak sia-sia kan kita rushing. Allah permudahkan kehidupan kita di negara orang. Dulu saya ingat lagi, awak bagitahu saya yang awak tak nak teman saya ke sini. Sedih giler awak tahu tak. Saya jugak nak berterima kasih kat awak kerana.. Err. Tunggu sampai rumah nanti la ye." Hawa Insyirah tersenyum. Air mata kelihatan bertakung di tubir matanya. Adam Aryan memandang isterinya dengan pandangan kasih sayang yang tidak terhingga. Terharu dengan pengakuan isterinya. "Walau ke mana awak pergi sayang.. Saya tetap ikut awak. Saya wajib di sisi awak. Saya wajib lindungi awak. Terima kasih juga untuk segalanya." Perlahan bicara jejaka tinggi lampai itu. Mata Hawa Insyirah leka pula memandang air di hadapannya. "Terima kasih juga dengan kehadiran Muhammad Khairi Amsyar sebagai peneman saya ketika awak mencari rezeki. So tak lah saya bosan sangat." Bisik hatinya perlahan. Inilah ucapan terima kasih yang bakal Hawa Insyirah ucapkan kepada suaminya setiba di rumah nanti. Melihat wajah comel cahaya mata sulung mereka membuat dia tenang kembali  lagi-lagi saat serabut ketika belajar dahulu. Mereka berdua juga tidak menjangka bakal menimang cahaya mata secepat mungkin. Allah memberi, mereka berdua terima dengan hati yang terbuka walaupun ketika itu Hawa Insyirah terlalu sibuk dengan pengajiannya. Dengan sokongan suami di sisi, Alhamdulillah. Walau sarat dengan kandungan, dia kuat untuk meneruskan pengajian. Yelah, masak, kemas rumah semuanya encik zauj yang tolong buat. Memang seronok la kan. Terasa macam tiap-tiap tahun nak mengandung je :)

Hawa Insyirah cuba mengalihkan minda dan topik yang bermain-main di fikirannya. ''Mesti kita akan rindu kan tempat ni? Sebab tu saya ajak awak ke sini. Lagipun, esok kita nak balik Malaysia dah. Mesti tak sempat dah nak lepak-lepak kat sini." Bicara Hawa Insyirah. "Nanti ada masa, kita ke sini lagi. InsyaAllah." Balas suamianya. "Betul ni? Ha.. Saya nak buat pHd dekat sini lah. Boleh?" Satu idea terpancul keluar dari minda sang isteri. Adam Aryan terus menggelengkan kepalanya. "Awak ni sayang.. Tak penat ke study?" Hawa Insyirah hanya tersenyum. Ilmu sampai bila-bila tak akan habis..

Saturday, 17 August 2013

.tahunlepaspunyacerita.


Kenapa peta dunia?

Sudah lama berlalu. Hampir menjangkau setahun
Tapi
Ia masih tersemat dan terlekat kukuh di hati.
Aku tersenyum sendiri.
Ahhh. Budak hingusan. Apa saja yang aku fikir ketika itu?
Inginkan keseronokkan sahaja.

Ke mana kawan-kawan lain?
Mungkin di uws, sdyney?
Mungkin di qut, australia?
Mungkin di jphh? Dah kerja katakan.
Mungkin di private sector.
Atau di uitm?
Semoga korang semua berjaya dalam bidang masing-masing.
InsyaAllah.

Tadi terjumpa pulak ni,
Jangan gelak. Walau dah lama berlalu
Ia tersimpan beribu kenangan kita.
Ia kita <3
Tahniah kawan-kawan. Semoga berjaya.

Click atau tidak. Terpulang. Tapi itulah kenangan aku dan kawan-kawan. Assalammualaikum (",)

http://www.inspen.gov.my/inspen/v2/?p=11150

# Kerana kaki ini perlu jauh lagi untuk melangkah. Ia tidak akan terhenti di sini :)

Thursday, 15 August 2013

selamatharilahir.


Assalammualaikum semua. Selamat hari raya :) Alhamdulillah. Dah hari raya ke berapa ek? Aku sendiri dah lupa. Maklumlah, hari raya ke empat dah kena balik perak. So malas lah nak fikir tentang raya ni. Rayaku tahun ini adalah bersama assignment yang tiada kesudahan. |hahaha| Tak apalah, dah itu takdirnya.. Nak buat macam mana kan? So, alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusanku. Tekanan diberikan hanya seketika. Hadiah dariNya membuatku tersenyum untuk selama-lamanya. Syukur :')

Minggu ni dua test dijalankan.. Building technology dan Islamic Thought And Civilization. Mudah-mudahan ia membuatku tersenyum lagi. InsyaAllah. Doakan ye. Minggu depan, ada test jugak. Di antaranya economic, valuation dan law. |Hohoho| selamat menjawab dan selamat maju jaya anis. InsyaAllah. Sekuat mana usaha aku, sebanyak itulah result yang bakal aku dapat. Allah itu maha adil. Okey kawan-kawan, tolong maafkan segala salah dan silap aku. 22 Sept ni bermula lah final exam aku. Sekejap je kan masa? Terasa macam dia kejar-kejar je aku ni. Aku pulak lari macam dah tak cukup tanah. Huhh. Inilah kehidupan. Jangan pernah mengeluh. Kuatkan semangat tu. Semua ni kerana Allah, ibu dan abah tersayang. InsyaAllah :D

Sebenarnya, entry ditaip adalah untuk... 
- yang kat atas tu just kata-kata aluan je |ahaks|

Selamat hari lahir. selamat hari lahir. selamat hari lahir khairil azmi bin hussin.
Semoga menjadi mujahid yang soleh. Tetap agama dan makin bertambah amalan dunia dan akhirat.
Jaga akhlak, moga-moga Allah sentiasa pandang. Orang tak pandang tak apa. Itu tak penting.
Jadi anak terbaik untuk ibu dan ayah. Dan 'be the best' untuk adik-adik.
Ikhlaskan untuk semuanya.
Mudah-mudahan kehidupan anda dalam ketenangan Allah dan Para Malaikat. InsyaAllah (".)

Okey lah. Nanti aku update lagi. InsyaAllah. Lepas ni mungkin aku akan busy dengan final exam pulak. Tak habis-habis dengan sibuk kan? |huhuhu| Tak apalah. Nanti dan kerja, mesti rindu pulak dengan kehidupan seorang pelajar. Di kesempatan ini jugak, aku mohon agar korang doakan kesihatan ibu dan abah serta adik-adik aku. Semoga mereka semua berada dalam kesihatan dan keadaan yang baik. Mohon sangat-sangat. Terima kasih kerana mendoakan mereka. Semoga Allah akan balas kebaikan korang semua. InsyaAllah. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Jangan lupa tau. Assalammualaikum :)

Tuesday, 30 July 2013

Tik tok tik tok



Assalammualaikum untuk semua :) 

Ramadhan semakin hampir untuk meninggalkan kita. Rebutlah peluang untuk beribadah pada bulan ini sebelum ia mengucapkan selamat tinggal buat kita. Ramadhan tahun depan, belum tentu dapat jumpa atau tidak. Tapi, insyaAllah mudah-mudahan panjang umur. Bulan yang mulia ni mintaklah apa yang terbuku di hati, insyaAllah Allah makbulkan. Dekan semester ni boleh? InsyaAllah. Selagi ada usaha, selagi tu Allah tak akan mengecewakan kita. Percayalah.

Malam ni 22 Ramadhan dan akan berganjak ke 23 Ramadhan bermakna, enam hari lagi kita akan menyambut lebaran. Gembirakah? Ada la sikit. |hahaha| Yes, memang cuti raya aku untuk buat assignment dan study untuk test. |hohoho| Entahlah, ntah sempat ke tak aku nak mengadap buku tp insyaAllah, buku tu kena baca. Kalau tak, siap sedialah dengan result test. Berani buat, berani lah tanggung. "If you lazy, you plan to fail." Ingat tu anis.

Malam khamis ni, kawan-kawan akan beransur kurang sebab dorang dah balik kampung dulu. Aku? Aku balik hari jumaat. Kaki ni bukan melangkah ke kedah tapi balik putrajaya dulu. InsyaAllah, pertemuan dengan kawan-kawan lama dulu kot. Hari sabtu malam ahad, insyaAllah baru balik kedah. Aiiyaa cuti sekejap je. |huhuhu| Okey, bersyukurlah. Student utp, lagilah.. Sekejap je cuti. Bila dah jumpa kawan-kawan lama, ingat nak terus ke kl, masjid india. Nak shoppingII dulu. Time belajar kat inspen, tak pernah miss kot dengan masjid india ni. Tapi itulah, sesak lah nanti. 

Okey lah kot sampai kat sini, nanti kita jumpa lagi okey. Sebelum tu, syukur. Syukur dan syukur sebab test town country planning aku lepas. Bukan apa, time jawab tu, condifent ehh silap confident aku tiba-tiba hilang. Entah ke mana perginya, aku tak tahu. Tak tahu. Aku tak tahu kenapa jadi macam tu. Mungkin aku buat salah kat orang then aku tak mintak maaf kot. Mungkin. Time jawab, aku tengok kiri. Aku tengok kanan. Tiba-tiba firasat aku mengatakan lecturer tengah tengok aku. |hahaha| sorry madam, "saya tak ada niat pun untuk meniru." Aku nampak jawapan kawan sebelah tapi aku pelik, kenapa jawapan dia tak sama dengan aku? Jantung dah mula bergetar. Irama apa, aku sendiri tak tahu. Ahhh. Masalah! Aku terus tinggalkan soalan yang menghilangkan keyakinan aku. Move to another question. Oleh sebab keyakinan makin hilang, aku pakai tulis je apa terlintas dalam fikiran. Dalam hati, "kalau salah.. Lantaklah!"

Lepas hantar test tu, hati berkata lagi, "mungkin aku boleh lulus tapi mesti markah dah dekat nak fail." Ntahlah. Benda ni memang buat aku risau. Kalau fail macam mana? Pertanyaan demi pertanyaan sampai aku sendiri susah nak beri jawapan. Ntahlah. Semalam dapat result test tu. Kuasa Allah, tak ada siapa kan yang jangka? Alhamdulillah. Dapat markah tertinggi. Tapi markah sama dengan dua orang lagi kawan aku. Kiranya berkongsi markah yang sama lah. Alhamdulillah. Okey lah, Jaga diri. Jaga solat. Jaga tingkah laku. Assalammualaikum :)

Saturday, 27 July 2013

18 Ramadhan sudah.

Sejak kebelakangan ini, ramai pulak budak-budak batch aku kat inspen dulu post gambar-gambar berkaitan dengan inspen. Kenapa ek? Rindu? Aku pun rindu dengan bangunan itu. Serius.


Permulaan pengembaraan kami adalah di sini. Rindunya. Hidup semewahnya. Pernahkah kami hargainya? Tanya hati.


Sesiapa yang pernah bergelar pelajar inspen sebelum batch kami, mesti mereka tahu dua tempat ni. Okey, kat atas tu tempat tinggal kami dan gambar kedua tempat kami menimba ilmu. Ya. Hidup semewahnya. Pernahkah kami menghargainya? Aku mengaku, aku jarang makan apa mereka sediakan. Diet. Hahaha


Ni inspen kampus kedua. Seronok belajar dekat sini. Kami batch pertama yang guna kampus ni. Memang seronok lah guna semua baru. Alhamdulillah. 

Di Kampus ini,
Ukhwah Terjalin. Ilmu di Timba.Pengalaman Tercipta.

Thursday, 18 July 2013

Perjalananku disisi dirimu.


Semakin hari semakin sibuk. Lumrah seorang pelajar. Begitulah. Usah mengeluh. Teruskan perjalananmu. Teruskan perjuanganmu. Usah dan Jangan lagi pandang belakang. Terimalah. Sesungguhnya menjadi tulang belakang kepada mereka-mereka adalah sangat-sangat mulia. Jangan mengeluh sayang. Jangan mengungkit wahai diri. Kongsikanlah apa yang ilmu kau ada. Bukan kau memandang seorang demi seorang dan mengatakan, "Ahh dia tak buat apa-apa. It is unfair!" Sabar diri. Kau kena mengajar mereka bukan sesuka hati kau menuding jari dan membuat konklusi sendiri. Mereka semua memerlukan tunjuk ajar kau bukan ketidak puasan hati dari kau, diri. Maaf.

Ya. Dia selalu menasihati aku saban malam sebelum mata ini terpejam dan dijamu dengan mimpi-mimpi indah bahawa Redha dan ikhlaskan semuanya. Tak salah jika buat segalanya untuk mengajar. Jangan terasa diri diperhambakan. Betulkan niat untuk menolong. Allahuakhbar! Tahukah anda semua bahawa apa yang diri ini buat, Allah hadiahkan dengan sebuah nikmat yang tidak dijangka. Mungkin bagi sesetengah orang benda tu kecik tapi bagi aku, ia adalah sesuatu yang amat-amat berharga.

Belajarlah diri untuk ikhlaskan hati. Redha dengan segala kau beri. Bukan untuk kau simpan di dalam hati dan lama kelamaan ia menjadi sebuah dendam. Ingat wahai diri. Dengarlah wahai hati. Dirimu milik hakiki Allah. Bersihkanlah hati agar jika kau kembali pada Pencipta dengan hati yang bersih, kau takkan menyesal selama kau hidup di dunia ini dan kau tak akan minta untuk kembali semula ke planet bumi yang penuh pancaroba. Ingatlah wahai diri yang aku sayang. Hidup cuma sekali. Kau jangan pernah persiakan ini semua.

Okeylah. Assignment CTU perlu disiapkan. Maklumat dah dapat. Alhamdulillah. Terima kasih adik-adik tapi yang sedihnya assignment valuation. Awat susah sangat? Susahnya nak buat orang percaya. Akak, kami tak akan jual salinan geran rumah akak. Kami tahu salah disisi undang-undang. Percayalah kat kami ni. Kami cuma nak belajar. Allah permudahkan segala urusan kami :') 

Saturday, 13 July 2013

Keep Smiling :)

Candid. Candid. Candid.
Assalammualaikum semua :) tak terlambat lagi kan untuk aku ucap selamat berpuasa. Alhamdulillah. Sampai dah kita pada bulan yang paling banyak kita beribadah dan bulan untuk Allah mengampunkan segala khilaf kita. InsyaAllah. Selamat menambah amal ibadah. Maaf. Maaf dan maaf sebab dah lama tak amik port tentang blog ni. Busy lah. Tak tipu. Assignment dah berlapuk-lapuk. Tak sentuh pun lagi. Serius. Tengah pening memikirkannya. SubhanaAllah. Banyak sungguh alasanku. Harap dapat settle sebelum raya ni. InsyaAllah. Esok nak pergi inspect rumah orang. Dugaan betul untuk bulan puasa ni. Tak apalah. Allah uji sikit je pun :)

Aku tahu, mesti korang tertanya-tanya gambar kat atas tu kan? siapakah? Kat mana? |huhuhu| Yelah. Tu gambar aku. Tengah cuci pinggan. Yang sebelah tu? Ya. Dia tu memang suka ikut aku. Ke mana ada aku, di situ ada dia. |hahahaha| Doa yang terbaik untuk kami okey. InsyaAllah. Tak mau dah kawan lama-lama. Kerana HALAL itu sangat penting untuk kami terus bersama. InsyaAllah. 

Okey dah kot sampai sini je aku menaip. InsyaAllah. Nanti aku taip lagi okey. Jaga diri. Jaga iman dan jaga akhlak. Assalammualaikum.

Love has its own reason and that reason is unknown.
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)