Assalammualaikum. Hi semua. Selesai terawih semua, jom la kita mengadap blog pulak. Sambung balik pengalaman tentang hospital haritu. Kalau dibiarkan terus, memang jadi blog tinggal pulak la nih |hahaha| Okay lah, malas nak intro bebanyak.. Kemalasan menyelubungi diri |Huuu| So aku sambung terus je laa.. Haritu sampai 27 November 2018 kan? Haa.. sesiapa yang tak tahu cerita hujung pangkal nih... Boleh klik Honeymoon : Hospital I. InsyaAllah, anda akan faham cerita sebenar ^^
28 November 2018
Pagi ni family dah hantar dah ke hospital. Actually banyak jugak la barang aku bawak.. pakaian suami dan aku. Tapi baju encik suami tak la banyak sebab dia pakai baju hospital |hahaha| Cuma bawak baju dia nak balik nanti je laa. Lepastu ada bawak makanan sikit dan air mineral. Rasa macam masuk asrama pulak. Sampai hospital, tak boleh masuk pulak dah sebab ada dokter tengah cek pesakit. Sampai pukul 10 lebih baru boleh masuk. Tu laa, kalau aku tahu.. datang lambat je tadi.
Masuk wad tu, terus tanya encik suami.. Dokter ada cek ke? Dia kata ada tapi tak la lama.. Tapi biasa la kan, pesakit ramai dalam tu. Aku ni baru first time jaga pesakit, so macam kekok sikit la.. Katil suami pulak duduk tengah tengah. Sebelah kiri abang, melayu dan sakit buah pinggang tapi berjalan merata sebab sihat. Sebelah kanan uncle india. Uncle ni sakit jantung. Abang yang sakit buah pinggang tu bagitahu, kalau sakit macam suami aku ni.. Kemungkinan hampir 2 minggu lebih juga kena duduk hospital. Aku? Tarik nafas dalam dalam.....
29 November 2018
Kehidupan macam biasa di hospital. Aku dah boleh sesuaikan diri. Bangun pagi solat subuh 6.30 pagi.. Luar wad dah kecoh kecoh dengan nurse. Kalau malam tu, nak tidur.. Pukul 11 malam aku dah siap pergi toilet dan lepastu aku tak keluar dah dari wad. aku tak guna pun toilet pesakit.. aku guna toilet luar wad. Benda benda pelik.. Semua aku tak fikir sebab aku tahu tak ada siapa nak teman aku |hahaha|
Encik suami semakin pulih. Alhamdulillah. Tak ingat dah berapa botol air kena drip masuk. Sebab bila habis je air, nurse bawak botol air baru. Pagi dalam pukul 4 tu, dokter dah masuk ambil darah. Mula hari pertama tu, tarik langsir keliling katil.. tidur atas katil pesakit sekali dengan pesakit kat sebelah kau |hahaha| Bila dengar bunyi kasut masuk bilik tu.. terus terjun katil duduk kat kerusi. Encik suami marah juga duk main terjun terjun tu. Yelah, kitanya malu dan takut kat nurse |huhuhu| Lepastu masuk hari kedua kat hospital, dokter datang ambil darah ke.. tukar botol air ke, aku duduk senyap senyap atas katil sebab tak larat la nak terjun katil je (^___0)
30 November 2018
Family kedua dua belah pihak memang tiap hari call dan tanya khabar. Alhamdulillah. Ada jugak yang bagi semangat. Actually tak sedih pun, tak pe lah.. Enjoy duduk hospital. Bukan senang nak dapat pengalaman kan. lagipun, encik suami pun bukan teruk pun. Dekat hospital, hari kedua tu.. Encik suami dah ke hulu ke hilir bawak botol drip air kat tangan sampai ke kantin. Kami cari makan. Tengah hari ke petang ke, family aku datang bawak nasik.. Pastu hari last duduk hospital sultan abdul halim nih, maktam dengan cik sepupu datang bawak sup daging! So tak ada masa nak sedih. Aku enjoy. Dekat situ dapat jugak kenal encik suami dengan lebih dekat. Alhamdulillah, dengan pengalaman yang susah nak dapat nih.
Harini juga, aku dah tak guna toilet kat luar wad. Encik suami ajak guna bilik air dalam wad je. Mandi semua kat dalam. Cuma nak solat, aku kena keluar wad. Tak jauh pun.. Guard pua ada area situ. Tapi kan bila dengar... "wad depan nih baru je ada sorang makcik meninggal" Aku pun .... Dia mula main dah fiksyen shasha dalam otak. Lepastu wad yang encik suami duduk ni pun ada sorang pakcik ni meninggal.. Dia sesak nafas. Malam sebelum tidur tu memang tengok juga pakcik ni sebab katil dia dekat dengan bilik air. Memang nampak dah teruk. Tak sangka pulak, tengah malam tu dia meninggal. Bila tahu dia meninggal, memang terbayang bayang la kan.
Nurse bagitahu harini encik suami kena pindah hospital lama. |hahaha| Aku rasa tak sedap hati dah sebab aku dah bayang macam macam kat hospital lama tu. Nak tak nak.. Kena pergi juga la.. Suami naik ambulance dan aku call my hero dan heroin mai amik. Itu lah, kasih ibu bawak ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa. Memang ada makanan untuk aku dan suami! tak pernah lupa :')
Sampai hospital lama, dah petang dan waktu melawat. aku tengok sekeliling. Seram weh. Dahlah satu blok je dia guna. sebelah tu penjara. aku tak boleh fikir macam mana malam ni aku nak tidur. Semua lama... Bangunan lama.. Kipas lama.. Bilik air fesyen lama. Tidakkkkkkkkk!
Habis waktu melawat abah ajak balik sebab suruh mandi semua. Ibu kata orang sihat kena jaga kesihatan juga.. nanti khairil sakit, hang pulak tumbang! |hahaha| aku minta izin suami untuk balik.. InsyAllah, lepas maghrib datang hospital seram ni semula.
1 Disember 2018
Lepas maghrib datang hospital balik. Adoii la, dua tiga kali fikir nak menapak berjalan naik tangga oiii. Memang ada guard tapi guard kat bawah. aku minta abah teman jugak. aku tak boleh, lagi lagi aku terpandang troli hat tolak mayat tu. Memang la kot dia guna tolak pesakit bukan mayat tapi dalam cerita seram aku tengok, memang dia guna troli tu!! Aku ada dengar orang basuh basuh tapi tak tahu kat mana makanya aku husnuzon baik baik ja laa... aku ni kadang nak marah kat diri sendiri jugak sebab aku suka tenung wad wad yang kosong dan semua tingkap terbukak. Tapi waktu siang je laa berani tengok. Memang la kan, wad tinggal.. macam tu laa. Sebab sekeliling wad suami.. blok sebelah, kosong je dan itu la pemandangan yang tiap hari mata nih tengok.
Suami duduk wad atas dan wad bawah untuk pesakit batuk kering. Mulanya aku tak tahu tau.. Slamber je aku masuk. sekali pakcik pakcik ni bagitahu.. Lepastu aku tak masuk dah. Actually hospital lama ni untuk pesakit yang dah stabil. suami ni dokter nak pantau dan masukkan antibiotik je.. Dia okay, boleh dah keluar ^^
Time ni juga suami dah semakin sihat. Boleh dah berjalan luar wad.. Ambik udara segar dan boleh dah solat berjemaah bersama. Alhamdulillah ^___^
2 Disember 2018
Sifat takut tu memang ada dalam diri. Mungkin sebab sekeliling dan wad tu jugak kot. Wad dia bersih tapi tak tahu laa.. Rasa macam seram. Kami di wad tu macam biasa, layan movie sampai malam. Pakcik makcik dalam tu memang dah tidur awal |hahaha| Katil suami hujung sekali dekat tingkap. Memang malam.. Suami tidur belah tingkap la kan. Malam tu tiba tiba rasa panas. Allah! Elektrik tak ada.. Hospital ni pakai generator tau. Ada dengar orang cuba hidupkan generator semula tapi tak berjaya. Time tu dah 2 pagi. Panasnya Allah saja yang tahu. Nyamuk memang tak payah cakap laa. Dan dan pulak time tu suami kalut nak p buang air. aku ni dahla penakut.. Nak p jamban pulak dah.... Sudahnya memang aku teman suluh guna torchlight phone. Dugaan apakah ini!
3 Disember 2019
Aku serik wehhh duduk hospital nih. Aku taknak lagi kena malam ni pulak. Aku rasa macam.. Harini jugak aku nak balik. Please. Aku tak nak bergelap lagi. Setiap kali dokter datang cek suami.. Aku pandang muka dokter dengan penuh harapan supaya dia bagi balik |hahaha| Aku memang serik. serik sangat sangat duduk hospital tu walaupun aku tak jumpa apa apa. Syukur sangat! Tapi sado nya nurse nurse yang bertugas kat hispital tu kan?! Tahniah cik/puan misi serta dokter bertugas.
Alhamdulillah. rasa nak melompat kalah pesakit kan.. Suami dibenarkan balik harini. Thanks juga ex officemates yang datang borak borak. Lepas jugak meroyan teringat ingat ke generator mati malam tu |hahaha| Dorang ni memang rajin datang borak borak.. Dia tahu kakak dorang ni bosan kat hospital. Thanks korang! Dah macam family. Sentiasa bagi support. kadang datang bergosip. kadang tu nak mngusik |hahaha|
Lambat juga la nak tunggu dokter buat surat untuk balik. Dokter bagi balik tu pagi... siap surat semua kat maghrib jugak.. First tu siap bawak sufyan dan humairah nak sambut papa long balik tapi dah nak dekat maghrib, kena hantar balik juga laa.. bawak baby kan. Hospital lama pulak tu. Tak kesah lah surat lambat pun, janji generator mati malam nih, aku dah tak ada kat wad tu.
Settle surat semua, terus bayar bil di hospital baru, hospital sultan abdul halim. Alhamdulillah. Malam tu Zulaikha dan Syauqi mai amik. Syukur sangat sebab dapat adik adik tak pernah berkira. Sebab tu la, buat apa aku nak cipta sebuah kesedihan?
Syukur di atas dugaan sebab aku tahu di hujung cerita pasti ada manisnya ^^
Ibu abah jangan sedih sebab Allah tahu anak ibu abah ni kuat!
Thanks bagi anis kawen! |hahaha|
Isnin keluar hospital. Selasa jalan jalan ke pantai merdeka sat. Khamis terus gerak balik kluang, johor sebab sabtu dah majlis resepsi belah suami.
Allah. cantik sungguh percaturan masaMu ya Allah!
Nanti kita ketemu lagi ya. Assalmmualaikum ^^
No comments:
Post a Comment