Sunday, 17 December 2017

TRIP LANGKAWI . Final Year Student .


Biar bangun dan jatuh bersama ^^

Langkawi, kami datang!

Assalammualaikum semua. Fuhhh! Berhabukkk ni haaa. Tapi blogger kesayangan tetap mai tengok kan? Terima kasih sebab masih sudi jenguk jenguk :D Ini buat bertambah tambah sayang nih. Macam mana sekarang? Sihat? Jaga kesihatan tau sebab cuaca sekarang ni tak menentu. Kalau panas, panas sangat... Kalau hujan, hujan je.... Betul tak? Tapi siapa la kita untuk menidakkan kuasa Allah, right? :)

Straight to the point, sebab aku malas nak intro panjang panjang, sebab nak tulis simple simpe je  entry kali nih |hehehe| Niat di hati, kalau TERpanjang, maafla ye. Orait, semester kali ini, batch aku dah pegang title super duper senior bermakna kami dah final year student. Seronoknya! Lepasni, insyaAllah, boleh dah graduate! Mohon doa kalian semua semoga dipermudahkan urusan kami semua :*

So, trip untuk kami sebagai final year student, Uitm luluskan permohonan ke Langkawi untuk subject course applied valuation. Yes, this is core subject for bachelor in estate management, semester 6. Allahu. Applied valuation ni banyak berkaitan dengan special property, so Dr lecturer berbesar hati untuk bawa kami sekelas ke langkawi memandangkan sorang classmate memang berasal dari kota mahsuri. Kami pun apa lagi, seronoknya laa. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Sebelum aku menceritakan detik detik yang akan diingati sampai bebila ni, izinkan aku untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada project manager dan team kerana berjaya organize trip ni dengan sebaik mungkin dan of course la ribuan terima kasih dan penghargaan buat Dr Zaki merangkap Dr supervisor thesis aku dan Dr Rohaya kerana sudi bersama kami sepanjang tiga hari dua malam di kota mahsuri :D

Jom start, perjalanan kami ke LANGKAWI. Yuhuuuuu :D 

Isnin, 6 Nov 2017.
Kami bertolak ke kedah darul aman dalam pukul 10 malam. Yes. Naik bas uitm ler. Dah uitm yang taja |hohoho| terima kasih juga buat uitm! ^^ Sebelum tu, Dr lecturer datang bawak durian sebab beliau ada kebun. So sebelum gerak, pekena durian dulu. Pehhh. Sedap. Thanks Dr, lepas jugak pada sesiapa yang mengidam doyan tu |hahaha|  Memang ketika tu, negeri jelapang padi hujan tambah pulak dengan ribut. Kami panjatkan doa moga moga kami semua sampai dengan selamat. Ohh yee. mesti tertanya tanya lawatan kami ke mana je kan? Kami ke Harbour Park, Under Water World dan Langkawi Sky Bridge |hahaha| Semua tempat belajar ye. Bukan nak enjoy ye :p

Kami sampai di hentian gurun dalam pukul 2 pagi. Hujan oiii kat luar. Sejukkkk! Aku bawak cardigan je, Kalau tahu sejukk macam tu.. Nak je aku bawak selimut. Kalau ikutkan jadual, di hentian gurun, kami kena mandi dan tukar baju semua. Sekali, sampai pukul 2 pagi.. Memang siapa sorang pun tak turun bas |hahaha|

Selasa, 7 Nov 2017
Dalam pukul 4 pagi lebih lebih tu... Kami sampai Kuala Perlis. Aku celik mata... Yes, dulu aku pernah jejak kaki ke sini. Bila? Dua tahun yang lepas sebab time intership, rahim & co pernah buat majlis berbuka puasa di sini. Sesampai tu, kami turun bas dan ke masjid terapung tepi laut tu. lupa dah nama apa |hehehe| Ada yang sambung tidur dalam masjid, ada yang siap siap bersihkan diri.. Mandi dan ada jugak yang berborak borak. Aku? Aku terus cari tandas sebab nak cuci muka semua.

Lepas solat subuh, breakfast semua.. Feri pukul 7 untuk perjalanan pertama. Alhamdulillah, cuaca tersangat baikk. Tak hujan pun. Laut pun tenang tak bergelora langsung macam dalam tv yang pernah aku tengok kelmarin. Syukur sangat. Allah maha memudahkan dan melindungi ;')

" Ibu & abah. Anakmu nak gerak dah ni... Mohon doa moga sampai dengan selamat di langkawi nanti."

Sampai di langkawi, bas yang disewa dah tunggu kami untuk ke destinasi seterusnya. Pak ya, mungkin sesiapa yang pernah ke langkawi dan pernah menyewa bas persiaran, mungkin kenal pak ya ni. Beliau la yang bawa kami ke hulur dan hilir serta menceritakan tentang kota mahsuri nih. Dulu pergi dengan family dan kawan kawan encik abah pun keadaan macam ni jugak. Driver bas ditugaskan sebagai pemandu pelancong. Untuk lawatan pertama, kami akan ke Harbour Park. Tahu tak apa tu? Kalau orang yang ke langkawi untuk melancong, memang tak kan pergi tempat macam ni. 

Sebelum tu, jom breakfast dulu! pagi pagi aku dah pekena nasik putih |hahaha| orang kedah memang lagu tu :D

Alhamdulillah, dah kenyang.. Baru kami gerak ke harbour park. Dah dapat belum jawapan dia? Kenal tak Dato' Azhar Mansor? Kalau kenal, dia memang ada kena mengena dengan tempat nih. harbour park adalah tempat parking kapal la, dalam bahasa mudah. Nak sewa parking kapal di sini memang kena bayar. So buat apa kami ke sini? Dalam subject dan praktis kami suatu hari nanti, kerjanya buat penilaian berkaitan parking kapal tu. Mencabar kan? Bertabahlah student estate management. Actually, di sini ada je foreigner yang dah taat setia untuk tinggal dalam kapal tu. Dia stay dalam tu dan tiba masa tertentu dia akan berlayar. Dekat situ, ada jugak kapal Tun Dr Mahathir. Kami bertuah juga sebab dapat masuk kawasan parking kapal tu.. Kalau tak, memang tak boleh masuk sebab privacy. Thank you very much kepada pihak harbour park. Melalui taklimat, Mahal jugakla kena bayar untuk sewa tapak tu siap sekali dengan utilies. Rasa macam satu pengalaman baru sebab tak pernah jejak lagi tempat macam tu. Serius, cantikk. Boleh fefeeling orang kaya yang memiliki beratus ratus kapal dan pelbagai design. |hahaha|

Tadaaa. Harbour Park, Langkawi

Selesai satu tempat! belakang tu, bukit kan? Boleh nampak cable car duk bergayut.

Next, habis lawatan ke harbour park .. Terus check in Mali Mali Beach Resort. Yang best nya, dekat dengan Pantai Cenang. Dari jauh, dengar dah deruan ombak tu tau. Rasa macam, tak sabarnya nak ke pantai tapi apa kan daya, pukul 2.30 petang nak ke tempat kedua pulak... Under Water World. Nak tak nak, kena siap siap juga untuk ke tempat lawatan kedua. Masuk resort, aku mandi.. Tukar baju semua sebab pagi tadi aku tak mandi. Alamak terkantoi pulak |hahaha| Sebab aku tak selesa nak mandi kat situ. Blouse aku pakai ke harbour park pun malam tadi punya. Peduli apa, janji senang kerja aku 0.0

Bila badan dah fresh, baru semangat nak ke under water world. Tapi yang tak best nya, kena jalan kaki |hahaha| Kami tak apa la, muda belia cuma kasihan kat Dr lecturer dan isteri terpaksa berjalan. Adoii. Kata dekat tapi berjalan sampai setengah jam.. Tak sampai pun. Semua kena tipu dengan project manager |hahaha| Berjalan dan berjalan... Sampai jugak. Alhamdulillah. Under water world ni, aku tak pernah jejak jugak sebab haritu pergi dengan family just tengok dari jauh walaupun hotel yang kami menginap depan tu je. Mungkin time tu memang tak ada rezeki lagi kan T.T

Tujuan kami ke sini? Kami belajar tentang maintenance yang under water world guna bagi hidupan yang ada dalam tu. Kalau korang pernah pergi under water world, kebanyakan hidupan laut kan.. So suhu darat dengan laut kan tak sama... So dia guna apa? Dia maintain macam mana untuk dapat suhu yang terbaikk bagi hidupan tersebut. Haa... Itu la kami belajar. Dan buat valuation segala plant and machinery yang ada dalam bilik tangki tu. Huhhh. Berpinar bijik mata kalau kena nilai semua tu. Tapi Dr lecturer kata, masyukkk oooo kalau dapat value benda camtu ^___^

Model untuk blog sis :D

Dorang dapat makan nih

Comel :)


Baby shark doo dooo. Haha


Bahagia betul dia dalam tu

Sepat lagi tu...
Aku dengan Ain, tak larat dah petang tu... Rasa macam tak sabar nak landing atas katil. So kami decide untuk balik dulu. Round dalam tu, sekali je.. Lepastu sesi taklimat, round sekali lagi sebab nak cari pintu keluar |hahaha| Terus balik resort. Sampai tu, rehat sekejap.. Tak sangka terus tertidur. Tak rasa pun nak tengok matahari terbenam tepi pantai. Layan mata lagi best. Ada jugak dalam kalangan classmates yang rajin jalan jalan tepi pantai sambil menghayati anugerah Allah. Bukan apa, malam nanti ada makan malam pulak. Sebab tu aku memilih untuk rehat. Malam tu, kami memilih Restaurant Muara Cenang untu makan malam. Alhamdulillah. Sedap dan sangat berpuas hati. Menu makanan, memang banyak tapi aku tak tahu jumlah kena bayar semua berapa. Menu yang kami tempah, tomyam campur, siakap tiga rasa, kerabu mangga.. ke kerabu apa |hahaha| telur dadar.. Eh, aku tak ingat dah weh.. Tapi lauk memang banyak. Puas hati. Dalam majlis tu, kami ada bertukar hadiah antara satu sama lain.. Seronok wehh. Satu memori yang tak akan dilupakan sampai bila bila ;)

Bas yang digunakan di langkawi

Pertukaran hadiah. Memang sengaja aku screenshot dan biar kelabu macam tu :P

Habis makan malam dalam pukul 9 malam lebih lebih macam tu laa. Balik tu, tak terus masuk resort.. Berjalan dulu tepi pantai sambil borak borak. Assignment semua tolak ke tepi dulu. Jalan tepi pantai tak best kalau tak ada benda nak di makan, bodek classmate belanja aiskrim |hohoho| Alhamdulillah, dapat. Semoga classmate itu akan sentiasa dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. InsyaAllah. Jam menunjukkan hampir pukul11. Aku dah takut walaupun memang orang ramai lagi tepi pantai tu. Yelah, mana tahu makin malam ada pesta. Pesta tak kacau orang tak apa, pesta arak ke.. Macam mana? Orait, gerak dulu masuk resort. Esok pagi jumpa lagi untuk destinasi ketiga :D

Rabu, 8 Nov 2017
Hari terakhir di kota mahsuri. Bermakna harini kami balikkk! Pagi tu terus gerak ke Langkawi Sky Bridge, cable car la kan. Sampai tu ada taklimat. Tak breakfast kot pagi tu.. Masing masing kebulur sebab aktiviti sampai pukul 2 petang. |hahaha| Ni serba sedikit tentang tempat lawatan kami..

" Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) which was registered on the 28th of September 2002, was previously known as Famous Venue Sdn.Bhd.,a wholly-owned subsidiary of Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB). On the 29th of March 2003, the name was officially changed to Panorama Langkawi Sdn. Bhd. and effective from the 6th of January 2003, PLSB has taken over the operation of the cable car system from the former operator known as Langkawi Cable Car Sdn. Bhd. (LCCSB). On 1st August 2012, the Langkawi Development Authority also known as LADA has bought over the management of Cable Car from SPNB through its subsidiary known as LADA Eco-Tourism Sdn Bhd (LETSB) "

Tujuan lawatan ke sini juga adalah berkaitan management dan maintenance cable car tu. Macam mana safety yang digunakan untuk elak kemalangan, Penyelenggaraan dibuat berapa tahun sekali. Khidmat siapa yang digunakan untuk penyelenggaraan dan macam macam lagi. Buat pengetahuan semua, cable car ni adalah idea Tun Dr Mahathir tau. Tengok, famous dan menjadi tarikan sehingga kini. Kami juga bertuah sebab dapat main aktivit secara  package dan diberikan dengan harga yang murah. Kami dapat package untuk skycab, skyrex, skydome, 3D dan sky apa tah lagi satu. lepastu, tak cukup tu.. Kami beli pulak tiket ke skybridge. Kami jalan keki ke bridge tu... Tak guna lift beb. Ingatkan sado... Rupanya hampehhh |hahaha| Tapi memang best giler la aktiviti kat situ. Kena ajak family jugak ni pergi. Dan jugak awak... Siapa? Buah hati pengarang jantung saya o.-

Gambar dia je dekat hanfon sapa sapa pun - skybridge

Panorama dari atas


Dr Zaki je ada, Dr Rohaya dah p shopping dulu di pekan kuah

Sepatut masa sampai pukul 1 petang je tapi disebabkan ramai tak sempat nak main segala sky, so kena drag masa ler. Sampai pukul 2 petang. Then, bas terus gerak ke pekan kuah untuk shopping. Semestinya ke haji ismail group. Dulu time dengan family, kami ke idaman suri. Okay jugak tu. Tapi ni ke HIG pun okay. macam biasa, aku tengok je ain borong coklat. Aku tak borong sangat coklat sebab aku lebih berminat pada kain batik dan pelikat. dah fikir dah, kena beli satu ni untuk buat hantaran |kuikuikui| Bukan tak ada beli langsung coklat, ada.. Cuma sikit je takut over budget. Aku tak ada banker kat sini. Kat HIG juga kami makan dan solat semua. Pukul 5 petang dah kena berkumpul dan kena gerak ke jeti sebelum pukul 7 malam. Last feri pukul 7 malam okay. Kalau terlewat... Kena tunggu esok pagi pulak.

Buah tangan buat keluarga


Special untuk hantaran. InsyaAllah

Alhamdulillah. Pukul 8 lebih kami selamat sampai kuala perlis. Bas uitm memang dah setia menunggu dan kami  terus gerak balikk. Alhamdulillah sekali lagi syukur dipanjatkan. Malam tu, sekali sahaja bas berhenti di hentian gurun.. Aku pekena bihun sup. Boleh la buat isi perut. Naik bas dan bas gerak... Aku tertidur, Sampai la uitm. Fuhhh. Sampai dah. Punya nyenyak lena tu. Tak sedar apa apa dah. Penat tu memang tak boleh nak digambarkan dah. Sampai rumah dekat pukul 3 pagi.. Pagi esok, Dr lecturer cancel class.. Alhamdulillah... Sangat  memahami gitu. Terima kasih! 

Habis trip bermula la penyediaan laporan untuk ketiga tiga tempat tu. |hihihi| Sebab itulah janji kami buat dr lecturer :D

Terima kasih buat semua

Memori untuk dikenang untuk selamanya

AP225 - Langkawi Island 2017

11 comments:

  1. bestnya! last pi langkawi masa umur 5/6 tahun haha

    ReplyDelete
  2. bestnyeee. x pnah pegi langkawi

    ReplyDelete
  3. jeles betul. Sampai ke sudah saya tak pergi lagi Langkawi. InsyaAllah dalam plan 2018. Must-Do-List.

    ReplyDelete
  4. wah bestkan pergi bercuti di Langkawi. Saya pergi last year, rasa nak pergi lagi.

    ReplyDelete
  5. Bestnya gi Langkawi, walaupun study UniMAP tapi tak penah2 sampai lagi Langkawi

    Jangan lupa singgah sini untuk bantu,
    http://tarotthefool.blogspot.my/2018/01/memohon-sumbangan-untuk-program_21.html

    ReplyDelete
  6. Lama betul tak pegi ke Langkawi, seronok jugak buat lawatan sambil belajar dengan kawan-kawan suma..

    ReplyDelete
  7. memang best g langkawi. Kalau ada kelapangan memang akan ke sana lagi..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)