Monday, 6 November 2017

Permohonan INSPEN 2017

Sumber : Inspen

Assalammualaikum semua. Haiii. Maaflah sebab dah lama tak jenguk dan ziarah kawan kawan blogger lain. Sibuk sikit sebab dah last semester. Alhamdulillah. Begitu cepat masa berlalu. Tengok tengok nak habis dah belajar. Lepasni boleh kahwin laaa. Yuhuuuu! |hahaha| InsyaAllah, kerja dulu ^^ Okayla, malas nak intro banyak banyak sangat.. Sebenarnya nak promote sikit INSPEN ni. Actually sebelum ni ada cerita tentang Inspen. Eh, tak kan nak cerita semua balik kan. Tak tidur hakak malam ni |hihihi| Nak tahu tentang Inspen.. Boleh baca SINI

Sebenarnya semangat berkobar kobar ni datang bila ada orang emel tanya tentang Inspen. Tapi tak la nak taip semua jawapan kat sini. Dukacita dimaklumkan, permohonan Sijil Penilaian Harta Tanah dan Sijil Pengurusan Harta Tanah serta Sijil Agensi Harta Tanah (Sepenuh masa) dah tutup tau 15 September 2017. Iolls selalu terlepas. Sekali lagi mohon maaf untuk tahun ini. InsyaAllah, tak kan lupa atau terlepas andai dapat mengajar kat Inspen nanti. InsyaAllah. Doakan tau, moga moga ada rezeki aku untuk mengajar anak anak bangsa yang bermula bertapak dari Inspen macam aku dulu untuk mengenali apa Real Estate. Real Estate adalah bidang yang best sangat untuk diceburi tau ^^

Untuk pendaftran Sijil Agensi Harta Tanah yang separuh masa, boleh daftar di SINI. Untuk siapa siapa yang mahu mengenali Inspen juga boleh ke pautan tersebut. Tak faham jugak? Boleh contact nombor yang terdapat dalam pautan tersebut. Nak tanya iolls tentang Inspen pun boleh. Yang mana boleh jawab.. InsyaAllah. Iolls akan jawab. Emel okay O.-

Ada yang tanya, apa Sijil Penilaian Harta Tanah? sebenarnya sijil penilaian harta tanah berkaitan penilaian yang dibuat ke atas tanah. Penilaian yang dibuat ke atas bangunan.. Maksudnya harga tanah atau bangunan. Penilaian dibuat adalah berdasar harga pasaran (Market Value) Bukan pakai letak je ye. Harga pun ada bukti tau kenapa kita letak sebanyak tu. Lepastu buat penilaian menggunakan method seperti comparison method, profit method, cost method dan lain lain lagi. Sampai degree.. Lagi bertambah tambah method yang kena hadam @.@ Sebenarnya bukan penilaian tanah dan bangunan.. Cukai pintu.. harga lelong bangunan atau tanah, pengambilan tanah juga dibuat oleh penilaian. Tapi bila kes makin besar, penilaian dilakukan oleh pegawai penilai.

Kat Inspen belajar apa? Inspen ni ada tiga bidang. sijil penilaian harta tanah, sijil pengurusan harta tanah dan sijil agensi harta tanah. Sebenar tiga bidang ini berkait rapat antara satu sama lain. Pelajaran pun kadang kadang sama cuma penilaian lebih kepada pengiraan. Pengurusan harta tanah lebih kepada penjagaan, pengurusan, penyelenggaraan bangunan bertingkat [gaji masyukkkk] dan agensi harta tanah... Ni lagi masyukkk. Dia jadi orang tengah untuk jual beli rumah. Bila dapat close dengan pembeli atau penjual rumah yang berjuta.. Bermakna banyak jugakla commission dia |hahaha| Actually, penilaian pun masyukkk. Register la jadi registered valuer! :D

Soalan seterusnya, apa beza diploma dan ijazah sarjana muda? Yang paling confident nak bagitahu ijazah sarjana muda lagi susah dari diploma.. Tapi kena struggle la. InsyaAllah, boleh!! Diploma ni banyak yang basic tapi bila dah langkah satu step lagi tinggi.. Dia belajar lagi mendalam. Actually bila dah peringkat diploma dan degree.. Subjek di Inspen sijil penilaian dan pengurusan harta tanah digabung... So di sini, kita dah boleh beza. Masa diploma penilaian plant and machinery (mesin dan jentera) tak ada tapi masuk degree atau ijazah sarjana muda... Buat la penilaian tu. Masuk kilang. Lepastu ada belajar penilaian special property macam quarry, marina, golf, hotel, cinema dan macam macam lagi. Hadap dan hadam la. Bukan nak takutkan cuma nak bagitahu betapa peritnya TAPI yang perit tu akan menjadi semanisnya bila kita buat sehabis baikkk dan berjaya :)

Lastly, bila grad nanti peluang pekerjaan macam mana? InsyaAllah, ada rezeki tak ke mana kan. Kita cari je kerja cuma kena rajin usaha. Alhamdulillah, senior aku yang lepas.. Kebanyakan semua dah kerja.. So aku selalu yakinkan encik abah dan puan ibu.. Yang aku akan dapat kerja habis belajar ni.. InsyaAllah, akhir bulan 1 tahun depan. Dan nak bagitahu... Lepasan Inspen pun... Memang kebanyakan akan bekerja di bawah JPPH bagi sijil penilaian harta tanah. Kos yang lain pun peluang pekerjaan juga meluas. Yang tak nak bekerja juga terus tempatkan diri di Uitm atau ke Australia... Alhamdulillah, time Inspen dulu.. Batch aku, Sorang ada pergi Australia dan dah balik pun... Dia pernah jugak ajak pergi sama tapi biasala manusia bernama Anis ni.. Confident tak berapa kuat :D

Alhamdulillah, selesai menjawab dengan panjang lebarnya. Harap dapat membantu tuan puan berkaitan dengan Inspen. Maaf diatas kesilapan dan terkurang dalam penulisan |hihhihi| InsyaAllah, ada masa.. Iolls akan cuba jawab soalan yang lain pulak tau. Tak pun jawab dalam emel dulu la ye. Terima kasih sebab support dan sudi comment ^^

Dari dasar hati yang paling dalam " Terima kasih Allah kerana tunjukan jalan masa hadapanku melalui encik abah dan now, abah... Anak abah dah semakin nampak masa hadapan yang dulunya kelam. Aku tak pernah menyesal mengenali Inspen dan mengenali apa itu SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH! "

Terima kasih encik abah sebab paksa anakmu ni masuk Inspen.
Terima kasih puan ibu sebab pujuk anakmu ni supaya akur dengan keputusan encik abah
Terima kasih cikgu form 6 kerana merelakan pelajarmu melangkah dan tak lupa memberi semangat
Terima kasih kepada semua lecturer Inspen.. Semua lecturer legend kot, semua batch encik Iz, Encik Yusri, Puan Hazirah dan lain........ Wajah mereka sentiasa di hati walau nama dah tak ingat. Eh. Tak tipu |hahaha|

Kenangan manis dari Inspen buat ayah bonda  - [SINI]

Terima kasih Inspen, Sekian ^^

4 comments:

  1. wow baru tahu apa tu inspen! Good luck ya in future :)

    ReplyDelete
  2. Belajar dia sudah sangat ke? Dia lebih kepada menghafal ke?

    ReplyDelete
  3. Nak tanya blaja di inspe, boleh bawa kenderaan sendiri ke?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)