Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Friday, 10 June 2016

Segmen Encik Kidal : "Marhaban Ya Ramadhan"

KLIK SINI


Assalammualaikum semua. Harini dah ramadhan ke lima. Alhamdulillah. Macam mana puasa harini? Kena buat yang terbaik okey. Moga moga ramadhan kali ini lebih sempurna berbanding yang lepas lepas. InsyaAllah. Umur pun dah makin banyak kan? So fikir fikirkan la ye. |heee| Dikesempatan ini, Anis nak kongsi sikit tentang puasa iaitu perkara yang membatalkan puasa dan nikmat berpuasa :)


Source : Hoogle

Antara perkara yang membatalkan puasa :

  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dengan sengaja seperti di dalam mulut dan lain lain
  • Kedatangan haid atau nifas
  • Muntah dengan sengaja [kalau termuntah, dimaafkan]
  • Gila walau sekejap
  • bersalin

Nikmat berpuasa :

Salah satunya adalah ketika berbuka puasa la kan? Siang tu kita puasa dengan menahan diri dari melakukan perkara perkara yang membatalkan puasa dan time maghrib tu kita berbuka.. Ya Allah, memang nikmat kan. Alhamdulillah. Nikmat tu hanya Allah sahaja yang tahu. Satu lagi, bila dapat berpuasa dengan keluarga tercinta. Bersyukur sangat. Tapi kali ni, 30 Jun 2016 baru Anis dapat berpuasa dengan keluarga sebab sekarang ni tengah road to final. Doakan Anis okey, semoga Allah permudahkan segala urusan Anis. InsyaAllah. Lastnya selamat berpuasa semua ^^



Source : Google
Email - annyss_annyssa@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png