Friday, 21 June 2013

welcome back :)

Patutnya ada lima orang. Tapi time tu sorang lagi tengah tidur.  Penat puasa katanya. Ha3
Assalammualaikum semua. Macam mana? Okey? Alhamdulillah. Semoga kalian semua okey-okey sahaja. Ishh. Apa lagi ni nak taip? Sebenarnya  Mati idea :) Hari ni.. Petang ni la kan ada progam kolej. Dua-dua aku tak pergi. Eh, apa motif aku bagitahu korang semua ni. Okey-okey, lupakanlah. Tapi salah satu progam petang ni adalah derma darah. Aku suruh suhaniza, classmate aku. Alah, yang tudung warna kuning dalam gambar tu ha pergi derma darah. Cer korang tengok sat. |hahhaha| Lepas tu dia bagitahu aku, dia tak nak pergi derma. Katanya lagi.. Takut gemukk! Lawak kot. Ada ea orang derma darah jadi gemuk? Aku dah dua kali derma darah. Alhamdulillah. Okey je. |hahaha| Bangga la sangat tu (^______^)

Sepanjang dua tiga minggu ni, pelajaran. Alhamdulillah. Perjalanan pembelajaran pun dah naik gear dua. Boleh dikatakan semakin hari semakin sibuk. Itu belum masuk ada koko, kalu hari koko siaplah balik pukul tujuh. Rasa macam tak cukup nafas je. Tak laratlah main kejar-kejar! Tentang kehidupan aku? Biasalah manusia, Diuji itu perkara biasa. Tempuhi sahaja dengan hati terbuka. Kita layak diuji. Yang penting rindu ibu. Ya ibu. Satu perkataan yang selalu meniti di bibir. Rindu jugak abah dan adik-adik. Tunggulah dengan sabar, seminggu sebelum raya, baliklah saya. InsyaAllah (^_____-)

Tengok gambar di atas, bukan bermakna aku lupa kawan lama aku. Tolong sikit ea. Aku tak pernah lupa kawan yang sentiasa bangun dan jatuh bersama. Maksud aku kawan inspen yang sama-sama menuntut ilmu kat sini. Mungkin bila kelas dah tak sama, kolej kediaman pun dah tak sama, batas pertemuan di antara kami menjadi sangat-sangat limit. Nak amik gambar sama-sama pun jadi tak sempat.|Hahaha| Heii! Aku tak tipu lah! Apa-apa pun, selamat maju jaya kawan-kawan lama. Kalian sentiasa ada di dalam hati. Tak pernah lupa <3

Untuk kawan baru. Bukan kawan tapi adik-adik kot. |hahaha| Selamat maju jaya juga buat kalian. " Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. " Apa da maksudnya? |Huhuhu| Apa-apa pun, nak berjaya mudah cuma.. Adalah syaratnya. Satu, paling-paling penting ni iaitu usaha dengan rajin. Lepastu doa. Mintak dan terus mintak, Allah akan beri apa yang kita mintak. Dia tak akn persiakan usaha kita. Percayalah :) Lastly, tawakal je. Amalkan surah yasin, ingatan sehari demi sehari akan menjadi lebih kuat. Serius. Ustaz Naim bagitahu, amalkan surah yasin dua kali sehari. Dengar tak adik-adikku? |hahahaha| Jangan nak degil-degil sangat. Kalian kebahagiaan ku di sini AP115 2A ;)  Syukur kepada Allah.

Salam jumaat untuk semua. Semoga anda semua berada di bawah payungan rahmat Allah. InsyaAllah. Hari jumaat, hari penghulu hari. Perbanykan amalan okey. Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Ingat tau. Jangan biarkan hidup anda semua berada dalam kesia-siaan. |Ada ke ayat macam tu?| Ahhh, suka hati lah! :D Assalammualaikum.

" Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman. "
Al Imran 139

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)