Thursday, 6 June 2013

. Tragedi 31mei2013 .


Malam semalam bukak student portal. Ohh ye, kena register course. Mulanya malas giler nak register. Ingat, nanti-nanti je lah. Sebab tarikh tutup lambat lagi, 24hb kot. Fikir punya fikir, daftar je lah. Dah muka pun tercongok depan laptop. Ada berapa subjek ek semuanya? Lupa dah. Tapi subjek koko, aku tak register lagi. Laman web tu kot yang ada problem. Biarlah dulu. -,- muka tapir ke macam nih?

Aku cek subjek untuk belajar semester depan. Garu kepala sekejap. Susahh! Dengan building technology, valuation techniques, economics, law lagi. meraung den macam nih. Sekarang baru sibuk nak cari nota building tech inspen punya dulu. Tapi, aku tak pastilah aku simpan kat mana -.-"

Menghitung hari nak balik perak. Cepatlah habis belajar, aku tak sabar dah nih. Aku nak duduk rumah je sambil goyang kaki. |huhuhu| mau nya kena tarik telinga dengan tok rani. |hahaha| orang suruh belajar pastu kerja bagus-bagus. Aku suka-suka hati nak duduk rumah goyang kaki. Nampaknya, semester ni puasa kat perak la ye. 34 hari je lagi nak puasa balik. (^__-)

Okeylah, aku tak tahu nak taip apa lagi. Semalam dan dua hari lepas ada idea nak menaip apa tapi malam ni dah lupa terus. |huhuhu| So aku stop dulu lah. Mengantuk. Tak boleh fikir dah. Sebelum aku terlupa, takziah buat sepupu atas pemergian isteri tercinta. Semoga arwah berada dalam kalangan orang yang beriman. InsyaAllah. Serius, arwah seorang yang kuat. Aku tak pernah dengar dia mengeluh sakit sedangkan masa tu dia memang betul-betul sakit.

Aku memang ego. Sampai rumah family arwah, aku lihat emak-emak saudaraku semua menangis. Mata aku tertacap pada wajah sepupuku yang baru kehilangan isteri tersayang. Wajahnya merah. Hidung pun merah. Menangis mungkin. Aku melabuhkan punggung di tepi pintu. Tak nak aku pergi kat orang menangis tu. Jap lagi aku pun nangis. Tiba-tiba gadis kecil menghulur tangan padaku. Minta untuk salam. Dia tersenyum. Ahh sudah! Air mataku tiba-tiba bertakung, tunggu masa je nak jatuh. Kuat! Aku kena kuat. Sayunya tengok dia. Usia baru nak berganjak 9tahun sudah kehilangan seorang ibu. Hilanglah doa seorang ibu :'( lepas salam tu terus dia keluar rumah untuk bermain dengan kawan-kawan. Gembiranya dia bagai tiada apa-apa yang berlaku.

"Tiga kali Fatin menangis, Pertama bila dokter cakap mama dah tak ada. Kedua, bila Fatin tengok mama dimandikan dan ketiga bila mama dimasukkan dalam kubur. Lepas tu Fatin dah tak nangis. Abang Alif yang nangis giler-giler." Petah gadis kecil ini berbicara tetapi   semua ini betul-betul mengundang kesayuan di hati. Semoga kalian tabah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)