Tuesday 9 April 2013

Cameron lagi (^____^)

Assalammualaikum semua. Semoga anda semua sentiasa berada dalam kesihatan yang baik okey. InsyaAllah. Hari ini dah genap lima hari anak pn ibu dan en abah ni berada di rumah. Bilanya nak start kerja? |hahaha| Not in mood la tentang kerja ni. Kan aku dah cakap aku lebih suka belajar dari bekerja. Fullstop. Lepas habis sijil sambung diploma. Lepas habis diploma sambung degree. Lepas habis degree sambung master. Lepas tu sambung phd. Besarkan cita-cita aku? Semoga Allah permudahkan. Okey. Aku bukan nak cerita tentang perjalanan hidupku tetapi ni ha.. Jom! (^..-)

En abah mana? En abah malu -.-'
Cameron Highland kami datang mengunjungi anda lagi. Yeahhh!! Suka betul En abah bawak kami ke sana. Seronok giler |hehehe| Kenapa ek en abah suka mengunjungi pahang semenjak dua menenjak ni? En abah kena faham, anak sulungmu ini dah tak nak dah ada kena mengena dengan negeri pahang. Cewahh. Padahal bukan ada apa-apa pun. Gimik semata-mata. Lepas amik aku dekat seri iskandar, perak.. En abah terus ke cameron. Sejuk betul.|hahaha| Tipu je! Tak la sesejuk mana pun just cuaca tak berapa nak elok je. Hujan time turun tu. Time naik, alhamdulillah. Okey. Time turun, jantung asyik berdebar. Aku tak nampak jalan lah! Sebab kabus. Kabur. Hadoii, gelabah giler! Macam aku pulak yang drive. Alhamdulillah. Kami selamat turun dan selamat sampai ke sungai petani, kedah (-.^)

Naik cameron bukan lama pun, just naik cuci mata dan beli la apa yang patut. Then turun sebab kalau nak holiday pun, hari sabtu masturah adik aku tu dah kena balik kolej dia. So tak sempatla nak holiday. So lain kali la nak holiday pun plus honeymoon sekali nanti, insyaAllah :') Apa lagi ek aku nak cerita tentang cameron ni? Hurmm tak ada apa-apa lagi kot just aku bangga tinggal kat Malaysia ni. Aku juga bersyukur di atas kurniaan Allah ni. Terima kasih Allah kerana izinkan aku melihat lagi ciptaanMu yang maha hebat itu. Sekian. :))


Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak okey. Kuat. Kuat. Kuat. Jangan lembik sangat! Assalammualaikum untuk semua. Jangan pernah mengalah dan sedih dengan apa yang Allah telah rencanakan. Aku mohon untuk undur diri dulu, pening kepala duk mengadap laptop je. |Heee|

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)