" Kita tak serasilah.. Ntahla. Saya tak pernah faham awak. Saya tak tahulah kenapa? Kita buat jalan masing-masing je lah. Tak ada jodoh dah kot diantara kita. Lagipun keputusan saya buat ni untuk kebaikan kita. Saya banyak buat awak sakit hati. Saya banyak menyakiti awak. Dahla.. Saya tak nak terus membebani hidup awak. Assalam. " Mesej terus di hantar. Air mata sudah bertakung ditubir matanya. Simpanlah air matamu itu untuk hari esok.
" Kita memang tak serasi.. Tapi bila kita tak bersama. Awak bukan tak pernah faham saya.. Tapi saya yang tak pernah faham tentang awak. Awak fikir tentang apa yang merumitkan sangat tu? Awak dah buat keputusan muktamad ke? Awak ni, baru gaduh sikit macam ni.. Awak dah macam ni. Cuba awak jawab je pertanyaan saya tu. Kan settle masalah. Ini tak tinggal macam tu je. Pastu lari. " Mesej dibalas. Bunyinya seakan-akan memujuk. Dihujung mesej, kelakar pun ada jugak. Lelaki.. Macam ni la, bijak menggunakan kata-kata.
Kesimpulan yang aku dapat dari dua mesej ni.. Tepat sekali, di dalam perhubungan hadirkanlah sikap bertolak ansur. Tak salah kan jika salah sorang beralah. Alah, tak mati pun la. Esok gaduh, sorang lagi pulak yang mengalah. Tak macam tu? |Hehehe| Tak apalah. Banyakan bersabar. Bukan dapat dosa pun kalau kita bersabar. Layankan aje perangai 'dia' Nanti habis marah dia.. Habis la kan? Tapi itulah. Tekanan perasaan habaq kat hang. Tapi cuba fikir.. Pernah tak 'dia' mengeluh bila layan perangai kita? Jika tidak, apa salahnya dengar je amarah 'dia'. Lama-lama sejuk la tu. (^.-)
Tapi bila kena tang batang hidung aku sendiri, aku pun pantang orang marah-marah aku, fikir sejenak. "Nanti aku jadi isteri dia nanti, tak kan aku nak melawan dia? syurga aku dah bawah telapak kaki dia bukan bawah telapak kaki puan ibu lagi. Mau nya aku tak bau syurga nanti. " Oleh itu, ia melatih diri untuk lebih menghormati 'dia'. Maksud aku bukan kita tergedik-gedik nak berlaki tapi try think positive. Mana tahu 'dia' jodoh kita. Cuba hormati orang lain. Turunkan ego anda sedikit. Tak salah kan? (^____^)
Aku suka benda yang simple. Maksudnya sesuatu yang lebih menyeluruh tetapi berbeza pula dengan bakal imamku. Dia suka benda yang memerlukan ketelitian. Kalau dia tanya aku, 1 + 1 = ? aku jawab 2, Mesti dia tanya balik kenapa jawapan dua? Dia memerlukan ketelitian, mana dapat jawapan dua? Kadang jawapan aku memang tak ada sebab, so macam mana aku nak jawab persoalan dia? So aku cerita benda yang tak ada kena mengena. |hahaha| Yes! Marahlah cik abang. Kadang simple je pun aku kena marah. Bukan berat pun kesalahan. Tapi sebenarnya itulah warna warni cerita hidup kami. Aku bersyukur kerana ada orang nak marahkan aku lagi ibarat aku budak kecik yang baru nak mengenali sebuah kehidupan. (o..-)
Tak apalah, aku buat salah then aku mintak maaf dari aku tak mintak maaf langsung.. Kan? Tu kira baiklah aku nak mintak maaf. Tak kesahlah, mintak maaf pastu buat lagi.|hahaha| Nanti mesti jadi kenangan yang terindah dan tak mungkin awak lupakan bakal zauj. Tak sangka boleh dapat bakal zaujah yang kepala batu ni. Semua yang disuruh tak nak dengar. Tetapi dalam kepala batu pasti ada kelembutannya. Nampak dan tidak nampak je semua tu ^____^
Ntah apa-apalah yang aku duk membebel ni. Ni lah jadinya kalau tidur petang terlalu lama, bila malam susah pulak nak melelapkan mata. Okey lah, i try the best untuk melelapkan mata kejap lagi. Kalau tak faham dengan apa yang aku tulis ni.. Teruskan dengan tidak fahaman anda. Kalau korang cuba nak faham, mesti korang pening. Bagi sesiapa yang faham, baguslah. |huhuhu| Ini adalah coretan kehidupan kami yang sudah mengenali diantara satu sama lain hampir 26bulan dah. Alhamdulillah. Semoga ada jodoh diantara kami. Amin :)
Okeylah. Jaga diri elok-elok. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Jika ingin hati bersih dan tenteram tolong maafkan orang lain. Satu permintaan yang mudah. Jika anda sudah maafkan orang lain tanpa berdendam, senyuman yang terukir dibibir adalah senyuman yang terindah. Mintak maaf ye semua. Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment