Saturday, 26 April 2014

hidup. ada suka. ada duka.


heii perasaan jangan kau mainkan hati aku.
atau KAU yang mainkan hati aku.
siapa?
kaulah.

aku cuba untuk hadir semula dalam hidup kau.
macam dulu-dulu.
tapi..
mungkin dulu-dulu. ya dulu-dulu.
sekarang dah tak ada peluang lagi untuk aku..
ahhh. serabut!

aku mintak maaf kalau aku buat kau kecik hati.
ya. aku sedia maklum kau memang kecik dan terasa hati dengan aku.
so tak ada istilah 'kalau'
tapi itu dulu-dulu kan? kan?

tak apalah. maafkan aku okey?
aku tahu kau pun ada masalah kau sendiri
aku pulak menyibuk mesej bagai.
maaf okey. aku tak ganggu kau dah pasni.

serius aku kecik hati giler bila kau layan tak layan je mesej aku
okey, positif. positif. aku tahu kau busy kerja
dan thanks sebab reply jugak mesej aku
btw aku dah maafkan kau. selamat tinggal.

aku tahu kau bahagia tanpa aku.
alhamdulillah. aku hanya akan memerhati facebook kau dari jauh.
aku tahu kau bahagia.

Thursday, 17 April 2014

cuticuticuti. . .

Assalammualaikum semua. Wah, aku dah puas ganti tidur. Maklumla hari tu exam, tidur pun tak menentu. |hahaha| Perlukah aku cakap? Okey, lupakan. Adatla tu kan orang exam. Seronoknya. Jadi tuan puteri kat rumah ni. Btw dah seminggu lebih aku kat syurga dunia ni. Alhamdulillah. Dengar berbagai cerita dari mulut keluarga. Wow, banyak perkembangan baru yang aku tak tahu. Kesian betul kat aku ni. T.T

Sejak pegang gelaran tuan puteri ni, nak apa semua ibu abah bagi. |hahaha| Seronoknya dunia. "Masturah, nak ayam uncle bob satu. Masturah nak coolblog satu. Zulaikha nak seringgit." |you, order je nak apa.| Apa-apa pun syukur alhamdulillah. Biasala tu orang baru balik ke pangkuan keluarga untuk bermanja kan. Macam tu lah. |Eh, perlukah aku cerita? Tapi korang pun mesti pernah rasakan apa yang aku rasa? Okey, kita geng!| Apa-apa pun dahulukan keluarga dulu walau apa-apa pun yang berlaku WALAUPUN ada apa-apa yang yang kita nak tapi keluarga belum tunaikan lagi. |mendalam you maksud i| -.0

Okey, tentang final exam.. Aku tak nak sentuh. Doakan yang terbaik buat aku dan kawan-kawan okey? Terima kasih banyak-banyak. Dah usaha, sekarang ni cuma berdoa dan bertawakal kepada Allah sahaja semoga Allah permudahkan segalanya. Amin. Doakan yang terbaik tau awak-awak? Thanks :)

Sepanjang cuti seminggu ni, aku cuba uji bakat yang ada pada aku. Korang nak tahu aku buat apa? Apa lagi, uji bakat mengorat anak jiran sebelah lah. |hahaha| Abaikan. Mengarut! 

nasib baik jadi :) alhamdulillah.

tak berapa nak cermin sangat agar-agar ni. hahaa

mee hong kong katanya. katanya la kan.

cubaan kali pertama dan ini hasilnya. syukur.

khas buat suhaniza. happy birthday sayangg!
Inilah yang aku maksudkan. Saja nak uji bakat. Bosan-bosan duduk rumah, better buat benda yang berfaedah kan? Seronok bila benda yang kita buat dengan bersusah payah dan akhirnya ia menjadi. Apa-apa pun 'saya budak baru belajar.' Ada banyak lagi ketidak kesempurnaannya. Berbanggalah dengan hasil usaha sendiri. Ia akan menambahkan lagi keyakinan yang ada pada diri sendiri. Kritikan orang lain sila ambil dengan hati yang terbuka, bukan hanya tahu membangkang sahaja. Selamat malam. Assalammualaikum <3

Thursday, 3 April 2014

countdown


hanya tinggal lagi dua paper. tak sabar rasanya nak countdown dua paper, satu paper dan HABIS! tak sabarnya. nak balik. nak balik. nak balik :D

paper sebentar tadi? syukur alhamdulillah. boleh ke. tak boleh ke. move on. tapi kadang-kadang tu rasa macam nak berhenti di situ sahaja. tapi kata-kata semangat dari belakang membuatkan aku kembali mengangkat wajah dan bangun. syukur. Allahhu. begitu besarnya kuasa Allah :')

red paper. kadang effect terus kat kapala otak bahawa SUSAH! bila otak kata susah, anggota lain dah tak boleh nak kata apa. otak menguasai segalanya. padahal bukan apa-apa pun dengan  red paper.

tadi. red paper again. " sayang, fakulti awak memang banyak duit nak print and photostat atas kertas berkaler." hati berdetik. hai hati, pandai sungguh kau kan.

lastly, majulah sukan untuk negara :)

Monday, 31 March 2014

meniti ke penghujung

hari ni paper ke lima untuk final exam semester tiga. Alhamdulillah. tinggal tiga paper lagi sebelum sampai ke penghujung. tadi paper building technology II. ape cerita? huhu. ceritanya.. susahnya! rasa macam jawab ekonomi semester dua dulu. ntah. aku harap, ada rezeki aku untuk subjek tu. insyaAllah. Allah tolong. kita dah usaha kan? hahaha. sedapkan hati diri sendiri. apa-apa pun aku dah berserah.

tak mo pikir-pikir dah. ada lagi tiga paper kot. untuk semester ni ada rezeki, syukur alhamdulillah. kalau tak ada, semester depan kena usaha lagi. okey. tiada apa-apa yang diharapkan untuk semester ni. tapi jangan terkejut dengan kejutan dan hadiah daripada Allah :')

mintalah. pohonlah. mengadulah. Allah sentiasa mendengar. Allahu. assalammualaikum :)

Wednesday, 19 March 2014

pengharapanku tiada penghujungnya

Ya Allah

Aku ingin membahagiakan ibu dan abahku
Dan izinkanlah juga
Untuk aku menggembirakan khairil azmi bin hussin.
Amin.

Allahhu.

# sebenarnya aku dah tahu dah nak buat apa. Buntu.
Semoga Allah membuka jalan untuk ku :')

Saturday, 15 March 2014

coretanbuatrakan-rakan


Tiga semester sudah bersama
Ap115 3a
Ya 3a
Pahit manis masam masin
Semua dilalui bersama
Tak apa
Susah sama susah
Senang sama senang
Kita kan keluarga

Oleh itu di sini, seribu keampunan di pinta
Dari aku anis khalilah bt abdul rani.
Buat anda semua :)

Aziz, afiq, sadiq, syamil, khuzairil, asyrol, faiz, zul, fizi, firdaus, Muhammad, herry, hadi, naim
Suhaniza, ain, eisya, ziela, syarqiah, fiqa, farah, fira, Diana, ashaa, wani, ecah, filzah, irah, fitrah, anna, aina

Especially, members group assignment. Sorry sebab  selalu tempik korang untuk siapkan kerja. Termarah korang. Maaf sangat-sangat.
Sorry kepada nama-nama yang tak tertaip. |huhuhu| tapi rasanya dah taip semua nama.

Tak lupa juga untuk roomates, maaf  ye..
Terlawak tak kena. Terkecik hati. Terkutuk ke. Tertak puas hati
Akhir sekali, maaf dipohon juga dari anda semua. Siapa?
Yang tengah baca ni laa.. (^_____^)

Selamat maju jaya untuk final exam march2014.
Doakan kejayaan aku dan mereka-mereka yang akan menghadapi final exam.
Doakan yang terbaik okey

Terima kasih.


exam mode.
ma'attaufiq wannajah
pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat.

Monday, 3 March 2014

Hadiah Allah. Syukur.

syukur. alhamdulillah :)
tahniah juga buat mereka ;)
Alhamdullilah. Majlis anugerah dekan telah selamat dihadiri. Terima kasih Allah. Terima kasih ibu abah. Terima kasih uitm. Terima en tunang dan terima kasih kawan-kawan :)
Terima kasih juga kepada kalian semua.
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)