Saturday 5 August 2017

Semester Break 5/2017



Assalammualaikum dan haiiii semua ^^ Lama betul tak menaip dan update entry kat blog kesayangan ni. Hurm. Masa dihabiskan untuk benda lain T.T Tipulah kalau kata tak rindu kan. RINDU. Cuma bila bukak, tak tahu nak update apa. Last last tutup macam tu je. Aku ada tengok giveaway dan segmen blogger lain anjurkan tapi entahlah, tak rasa nak join. Ape ke malas sangat anis ni?! Okay okay, insyaAllah, iolls akan support uolls okay ^.-

Actually, aku habis exam 22 julai haritu. Lepastu balik rumah.. Aku bantai tidoq ja. Yelah, student's life mana cukup tidur lagi lagi aku ni jenis study last minutes walaupun dah study seminggu.. Kira last minute jugak la tu kan. Tak rajin sangat menelaah setiap malam lepas balik kelas. Selalu buat exercise je, tu pun kalau ada |hahaha|

Semester break ni, tak ada apa yang menarik cuma tengah siapkan questionnaire untuk collect data dan betulkan literature review yang tak berapa nak cantikk dan lengkap lagi. InsyaAllah, cuti ni jugak kena distributes questionnaire tu. Kalau tak, masak aku naik semester enam nanti, insyaAllah.. Harap lepas dan lulus semua la batch aku nih. Amin. Satu semester je lagi, lepastu dah boleh grad. Siapa nak sambung master tu.. Pikiaq pikiaq la ^^

Aku? supervisor fyp aka lecturer aku sendiri ada jugak suruh aku sambung master sebab.. Tak tahulah. Tapi ia berkenaan jugakla dengan tajuk fyp aku ni. Mungkin nak tahu jugak apa kesudahan dan kesimpulan yang akan dapat tu. Beliau kata lagi, tajuk fyp aku boleh je kalau nak sambung untuk master nanti. Apa reaksi aku? Aku hanya tersenyum. Niat nak sambung master tu ada cuma bukan masa sekarang kot. Tengoklah setahun dua tiga lagi. InsyaAllah. Terima kasih Dr sebab percayakan kemampuan diri saya ^_____^

InsyaAllah, nanti kalau ada masa lepas settle fyp aku, bolehlah aku cerita sikit tentang tajuk dan isi kandungan fyp aku tu. Dia macam rumit sikit sebab respondents aku orang kat construction sites. Adoiss! Tu la kan, percaya tak percaya, mampu ke tak mampu.. Kena buat jugakla kan walaupun perempuan. Tak pe, Allah ada :) Doakan ye?

Apa lagi yang aku buat time cuti? |hahaha| Of course la makan dan terus makan. Senang je bab makan kat rumah ni sebab nak apa, ada orang beli. Kalau dekat uni, kena berkira kira nak keluar duit.. Mana lagi penting? Fikir dua tiga kali jugak. Siapa pernah jadi student, dia tahu rasa macam mana |hihihi| lainlah yang jenis senang dapat duit ;)

Dah nak masuk tiga minggu kat rumah ni, aku sentiasa sibuk dengan sufyan, anak buah kesayangan satu satunya dalam family. Dia tidur pun aku still sibuk dengan dia. Kalau dia boleh bercakap, mesti dia  cakap aku menyibukkk |hahaha| Actually tengah belajar belajar mandikan dia. Punyalah lasak. Allahhu. Takut terlepas je sebab dia paling excited main air. Bukan apa, takut dia tercium tile bilik air je |huhuhu|

Tolong encik abah dan puan ibu perkara biasa. Itu je la kot aku nak share. InsyaAllah. Nanti aku support ye giveaway dan segmen uolls semua. Doakan semangat kerajinan aku datang semula. Semoga awak awak semua happy dan ceria. Sampai sini saja warkah kali ini. Ceh ceh ceh. Jaga diri. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Hah. Lupa.. Jaga solat. InsyaAllah... Hidup itu jadi mudah je. Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu ^______^

2 comments:

  1. Selamat bercuti..berseronok menjaga Sufyan dan menolong abah ibu..

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti. Semoga diisi dengan perkara bermanfaat :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)