Saturday 30 July 2016

Penderitaan Kucing . Sepet .

Sepet : Tompok hitam & putih


Assalammualaikum dan haii semua. Sepet. Siapa Sepet? Sepet adalah kucing paling bongsu sekali dalam keluarga aku dan aku agak dia mempunyai tuah yang tersendiri. Seluruh ahli keluarga amat menyayanginya terutama sekali aku la. Tapi Allah lebih menyayanginya.. Dia kembali pada Pencipta setelah 6 bulan lebih bersama kami sekeluarga :( Pada mulanya, Dia demam biasa biasa je tapi makin hari Sepet semakin teruk, hati aku masih kuat mengatakan dia akan terus hidup tapi semalam, bila semakin lewat petang, nafas Sepet menjadi berat. Aku tengok matanya, macam bergenang je air mata. Mungkin sakit di atas penderitaannya. " Tak apa la Sepet.. Sepet pergilaa.. Kita jumpa kat akhirat sana... " Tak semena mena air mataku pun bergenang :'(


Sepet menghembuskan nafas terakhir di hadapan encik abah dan puan ibu. Aku? Aku tidur dalam bilik. Bila aku bangun,, encik abah bagitahu yang Sepet dah meninggal. Mata aku terus tengok kucing yang aku kasih lembik kaku terbaring. Yaaa.. dia telah pulang. Dulu saat kelahirannya, dia disambut gembira dan dilahirkan serta disaksikan oleh encik abah sendiri dan kini dia pergi juga disaksikan oleh insan itu lagi. Mungkin insan itu sahaja yang kuat untuk melihat pemergiaannya. Allah. Aku redha. Dalam bulan Julai nih, dua ekor kucing aku pergi.. Mana tak sedihnya. Remon pergi awal bulan Julai, time tu aku busy dengan exam. So dengar cerita dari family je la :|


Remon mati tanpa jejak langsung. Dia pergi dan terus pergi. Mungkin Remon mati sebab penderitaan jugak kot. Kaki dia luka dan lama kelamaan kaki dia jadi buruk dan berulat. So dia jadi tempang dan boleh dikategorikan cacat jugaklaa. Lama jugak Remon bersama aku dan keluarga. Kucing yang paling aku sayang walaupun dia suka buat perangai. Ala, biasala kucing jantan,, Kematian Remon juga membuat aku sedar bahawa Allah berhak untuk mengambil semula apa yang pernah Dia beri kepada kita. Allah. Sekali lagi, aku redha :(


Kematian Remon bukan di depan mata aku, so aku tak dapat nak kongsi apa yang berlaku pada Remon tapi malam ni aku nak kongsi sikit tentang kematian Sepet. Sepet sakit tak lama pun dan dia tak menyusahkan pun time sakit cuma hari dia nak mati tu, dari pagi asyik berterabur je kencing. Dia dah tak larat ke toilet. Mungkin nak suruh aku ingat dia sampai bila bila. Warna air kencing dia, kuning macam warna minyak masak. Mungkin suhu badan terlalu panas. Dua minggu lepas, encik abah decide untuk pergi kasi aka mandulkan Sepet, Boy dan Mel di vet alor setar. Tiga ekor ni kucing jantan. Sekali sampai sana, mel sahaja dimandulkan disebabkan  Boy dan Sepet masih tak cukup umur. Pegawai tu cakap, tunggu sebulan lagi datang balik bawak Boy dan Sepet. Kat sana macam biasa, banyak jugak kucing untuk dapatkan rawatan, ada yang kaki patah, demam dan lain lain ^^


Beberapa hari balik dari vet, Boy mula demam. Dia muntah muntah. Cecair kuning asyik keluar time muntah tu. Bau dia. Memang busuk. Air memang kurang dia minum apatah lagi makan. Time tu tak fikir apa apa tentang sakit yang dihidapi Boy, mungkin sebab faktor cuaca. Kadang panas dan kadang hujan. Malam tu, Boy muntah dan terkena pulak kat Sepet. Biasala kucing, bila badan basah,, Mesti dia nak jilat. Sekali dia jilat, dia rasa pelik.. Terus aku ambil Sepet dan lap bulu yang terkena muntah. Tanpa aku sedar, mungkin dari situ kuman menghampiri sepet. Keesokan hari encik abah dan aku bawa Boy ke vet yan, kedah dan boy telah diberi suntikan. Disebabkan excited dan nak bagi kucing sihat, encik abah bawak pulak Sepet dan Mona ke vet kembali. Ini adalah untuk suntikan vaksin. Buat pengetahuan semua, time ni Sepet dah macam tak sihat. Silap kami bukan kami tapi aku, aku tak tahu pun vaksin tidak boleh diberikan kepada kucing yang tak sihat. Boleh rujuk SINI. Patutnya Sepet memerlukan suntikan untuk demam bukan vaksin. Maafkan aku Sepet :(


Lusa tu, lepas suntikan vaksin, encik abah dan puan ibu kembali ke vet yan, kedah untuk dapatkan suntikan demam buat Sepet. Yes. suntikan lagi. Kesian kan? Balik dari suntikan, aku bawa Sepet naik atas katil. Sepanjang hari, dia tidur dan aku hanya bagi minum air didih nasi dan air kelapa. Tu pun bagi melalui pacagari. Hati ni kata, insyaAllah.. Esok sihatla tu sebab Boy pun dah sihat lepas dapatkan suntikan demam. Esoknya, Sepet mula untuk keluar rumah.. So aku fikir dia macam dah sihat. Aku bagi dia keluar. Aku pulak sibuk nak ke bandar, memang tak tengok dia sangatla. Time nak naik kereta tu.. Tengok Sepet dalam longkang. So biar je la. Tapi tak terfikir pun sama ada dia tersungkur dalam longkang ke apa :\


Tengah hari tu balik dari bandar, aku cari Sepet tapi tak ada. Dahla panas kat luar tu. Panggil nama memang dia tak menyahut sebab dia sakit.. Memang tak seaktif macam dia sihat dulu. Dulu panggil terus terpacak depan mata. Rupanya nuhhhh.. Bawah pokok kelapa belakang rumah. Dah tersungkur. Mungkin sebab panas dan dia haus. Adik aku terus amik dan bawak masuk dalam rumah. Nasibla dia nampak. Time Sepet sakit, dia memang minum air, dia suka duduk dalam toilet dan suka tenung air dalam mangkuk tandas. Mungkin dia panas. Sepet tak buang air besar pun cuma dia buang air kecil. Mungkin sebab dia banyak minum air tanpa makan satu apa pun ^^


Hari last dia di dunia nih.. Badan dia dah tak boleh terima sebarang minuman. Dia cuba untuk minum tapi tengok je mampu. Lepastu kan dia suka letak dagu dia kat bekas air. Macam dia sangkut dagu dia. Tu pun mungkin sebab dia panas. Aku pun alihkan la, takut termasuk pulak muka dia dalam air, tak pasal pasal lemas. Dahla dia pun tak larat. Aku cuba suap susu. Dia boleh minum cuma sikit je, lepastu aku perasan macam ada darah keluar dari rongga mulut dia. Darah dari mana ni? Gusi dia ke atau dari dalam badan dia. Aku lap. Okay, lepastu nafas dia jadi berat. Mata pun dah tak bersinar macam selalu. Mata dia tak berkedip pun. Puan ibu cakap, Sepet tak lama dah tu. Aku pun emosi la.. Kata kata kan doa. Puan ibu pun pujuk. Redhala anis. Aku mula sebak :( Susahnyalaa aku nak redha. Minggu ni, bertubi tubi dugaan yang aku tak jangka yang wajib aku tanggung. Aku macam tak bersedia. Aku tak kuat TAPI Allah dah kata kan, setiap dugaan yang Dia beri kepada hambaNya akan mengikut kekuatan hambaNya sendiri :')


Sepet bernafas pun berbunyi. Memang kesian. Macam orang nazak tu. Dia cuba bertahan, mungkin sebab dia nak tengok seorang lagi tuan dia. Kebetulan hari tu zulaikha dapat balik rumah, siap mintak nak balik awal.. Punyala nak tengok Sepet. Akhirnya, dia dapat jugak tengok Sepet. Saat nama Sepet keluar dari mulut zulaikha. Ekor Sepet bergerak bagai dia sebut 'saya' untuk panggilan zulaikha tadi. Kalau masa dia sihat dulu, time sebut nama dia, mesti matanya akan dikedipkan. Manja. Rindunya! Tapi tu semua kenangan yang akan diingati sampai bila bila. Sebelum nafas yang terakhir, Sepet muntah dan yang keluar hanya air. Hembusan terakhir yang panjang dan itu jugala hembusan yang akan menitiskan air mata bagi sesiapa yang melihat. Serius! Time nak tanam tu.. Dalam lubang, untuk terakhir kalinya sempat aku mengurut menutup mata Sepet supaya matanya tertutup rapat. Aku akan merindui kau Sepet :'(


Kesimpulannya, aku beranggapan bahawa Sepet nih terkena hawar kucing atau pun Parvo Virus sebab dia muntah berwarna kuning.. Busuk pulak tu. Suka mengasingkan diri, murung, tak mahu makan dan demam. Buat pengetahuan semua, Hawar kucing ni boleh dijangkiti melalui udara. Haaa.. Sepet boleh dapat menyakit ni pun mungkin p vet haritu, kan bercampur dengan kucing lain yang datang untuk mendapatkan rawatan. Penyakit ini jugak boleh dijangkiti daripada kekotoran, ingat tak aku cakap tadi.. Sepet terjilat muntah Boy yang demam tu? Kan kotor tu. Dan aku rasa jugak sebab badan dia terima dos ubatan yang berlebihan. Dia anak kucing lagi, tak mampu kot untuk terima ubatan sebanyak tu. Sekali lagi sayang. Maafkan aku :|


Kalau korang nak tahu lagi tentang hawar kucing nih, boleh rujuk SINI Lepas je tanam Sepet, terus aku basuh sangkar kucing dan bekas makanan dengan clorox dan dettol supaya segala kuman mati sebab Sepet ni pun ada symptom symtom terkena hawar tau. Takut juga akan berjangkit dengan kucing lain.Tak terkecuali lantai rumah pun habis aku mop supaya kebersihan tu terjamin. Air kelapa muda juga diberikan kepada anak anak kucing yang lain untuk cegah penyakit hawar ni. Di samping itu, aku akan pastikan setiap ekor kucing berselera untuk makan. Yang penting kena pantau suhu badan dorang ni untuk elak kematian secara mengejut. Selain air kelapa, glucose, garam bukit, madu juga boleh diberikan untuk beri tenaga. So janganla pandang remeh dengan penyakit hawar nih sebab nanti takut menyesal tak sudah. Selamat malam. Assalammualaikum :)


# Aki rasa ni la entry paling sedih yang pernah aku buat :(

# Aku redha dengan dugaan ini.

# Sayangi kucing anda.

9 comments:

  1. sabar la..yg hidup pasti akan mati..dia tggu tuan dia kt syurga kelak..in shaa Allah

    ReplyDelete
  2. sedihnyaaa. xboleh la citer2 pasal kucing ni. kesiaaaaannya sepet. sabar banyak2 ya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe zulaikha. Memang sedih :( Thanks awak ^^

      Delete
  3. sedihnyaaa. teringat kucing kitaorg yg mati dulu. tiba-tiba hilang je padahal kaki patah nak jalan pun susah, tapi sebab nak mati agaknya, dia pergi terus.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nak pergi jauhla tu.. Dia tak nak tuan dia sedih atas kematian dia :'(

      Delete
  4. Panjang nya karangan hehe..tapi suka baca ..sampai habis pulak tu Cik Alam baca..

    Sayangi kucing..comel kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Cik Alam sudi baca.. Yup. Kucing makhluk Allah paling comel :)

      Delete
  5. boleh tahu tak vet mana yg awak pegi yg dkt alor setar tu..? sbb kucing sy mati lepas balik dari vet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pergi vet yang kerajaan punya.. Yeke? Kesiannya :(

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)