Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Saturday, 26 December 2015

perlis.indera.kayangan.

walau negeri kecik tapi aku suka!
Assalammualaikum semua. Harini aku nak cerita sikit tentang negeri berbunian nih. |hahaha| Gurau je. Actually ada sorang sepupu aku ni tinggal kat sana. Tentera, biasala.. Asyik kena posting je. Last last kena hantar posting nuh.. Hujung peta. Dulu dia dan family tinggal kat kluang dan sekarang kat perlis. Okey dah. Bukan aku nak cerita tentang  perlis ni sebab pergi rumah dia. Tak pun -.- Time pergi perlis tu, aku tak tahu pun di mana terletaknya rumah dia. |huu| -..-"


Lama dah peristiwa manis ni berlaku dan ni adalah kali kedua aku jejak kaki di perlis. Aku pergi time tu 12 september 2015. Time tu baru settle hantar report kat uitm. Kononnya nak release tension la, tu yang keluar jalan jalan, Depa pun okey, aku on je. Janji nak bertolak pukul 10 pagi tapi banyak pulak alasannya pun.. So pukul 10.30 pagi baru bertolak. Sebenarnya, aku tak tahu nak pergi mana sebab keluar dari rumah, aku just plan untuk pergi tasik darulaman kat jitra tu je sebab aku tak pernah pergi walaupun dah sebulan lebih duduk kat alor setar. Pastu depa kata, petang petang baru syok p sana.. Kalau time tengah hari.. Panas kot. Tak kan nak round tasik tu panas panas. Pastu aku pun cakap, kita pergi kuala kedah je la.. Dekat je. Kat kuala kedah pun, time panas panas bukan ada apa. Aku pun surrender, tak tahu dah nak p mana (-.-)


So hari tu, jalan je laa.. Jauh jugak, memang tak ada tempat nak tuju.. Nak pergi aman centre, tak bukak lagi, lagipun masih dalam construction. Mati akai jugak bila tak tahu nak pegi mana. Dah dekat dua jam perjalanan, aku tanya laa.. Jauh lagi ke nak sampai kuala kedah? Selamber depa jawab. kuala kedah dah lepas dah pun.. Kalau tak, masuk simpang tu tadi -..-" aiyaaa.. Dalam hati aku. Habis tu, kita nak p mana? Kita p kuala perlis la, jauh sikit. Pulak. Aku nak p yang dekat dekat ja, depa bawak sampai kuala perlis. Tak apa, aku ikut je laa. Matahari dah terpacak atas kepala dah ni =.="


Okey, tak lama lepastu sampai kuala perlis. Kuala perlis dan kuala kedah tak banyak beza pun. Ia laut dan tempat pelancong naik feri untuk ke pulau langkawi. Tapi family aku selalu ke langkawi naik dari kuala perlis sebab lagi dekat dan ambil masa sekejap je berbanding naik kat kuala kedah. Kuala perlis dan kuala kedah memang famous dengan masakan laut. Memang the best. Time praktikal, dua dua tempat ni aku pernah kunjungi untuk iftar. Yang penting, orang belanja la kan. First makan kat kuala perlis, safwan belanja sempena birthday dia dan kali kedua dekat kuala kedah, time ni office belanja. Makanan memang sedap dengan ikan bakar lagi, sotong celup tepung, tomyam, sup, siakap tiga rasa dan macam macam lagi. Harga pun okey. Tak mahal sangat dan tak murah sangat. Harga mampu milik. Makan pulak tepi laut.. Berdesis telinga mendengar alunan ombak menghempas batu di tepian. Rasanya makin rancak jari menyuap nasi ke mulut |hihihi| :D


Sambung balik tentang cerita aku tadi, nanti terlupa pulak cerita tu sampai mana. Aku sampai je tepi laut, tengok je la laut. Time tu air tengah pasang. Banyak bas persiaran kat tepi tepi tu, mungkin hantar pelancong ke terminal feri tu kot. Yela, nak melancong ke langkawi ;) Cuaca panas time tu, bila tengok laut.. Bestnya. Tapi depa tak berhenti pun. Setakat tengok laut dengan kenderaan masih bergerak. Hampa jugak. Aku diam je laa. Aku tanya lagi, nak ke mana lagi? Dah jauh dah ni. Depa jawab, kita jalan je laaa.. Aduh! Jauh dah ni dalam hati aku. Perlis dah kot. Bila sampai perlis ni, panas dan angin dia lain macam sikit. Kiri kanan dah hutan. Aku dah jumpa macam macam signboard dah ni, PADANG BESAR, GUA KELAM ~ Cave of The Darkness, yang paling terkejut THAILAND. |hahahhaha| Jangan p sempadan thailand sudah. Last last, kenderaan di tuju ke gua kelam :) Alhamdulillah. Gua kelam ni jugak aku sampai untuk kali keduanya. Time tu pernah pergi tapi kecik lagi, dalam umur 5 or 6 tahun macam tu laa. Disebabkan depa tu tak pernah pegi lagi, tu yang singgah gua kelam sat. Gua kelam ni macam biasa,. Dalam gua ada sungai. |hihihi|


Nak masuk dikenakan bayaran RM1 untuk dewasa dan 50sen untuk kanak kanak.. Murah je. Gua ni tak ada la panjang macam gua tempurung, dia biasa biasa je.. Tak sempat nak takut takut dan jerit jerit. Tapi dalam tu tak ada lampu, tu yang di namakan gua kelam. Tapi tak tahula kalau lampu tu rosak. |hohoho| Gua kan batu kapur kan? So tak payah nak hairan sangat kalau tiba tiba baju basah bila keluar dari gua. |hahaha| Biasala air dari batu kapur. Time aku pergi tu, pelik sikit.. Lepas perjalanan dalam gua, keluar tu akan jumpa hutan, boleh la sesiapa nak berjongging kat situ sebab ada track.. Lepastu ada pondok berehat. So rehat rehat kat situ lepas penat berjalan. Hutan tu memang tak terurus sikit la berbanding aku pergi kecik kecik dulu. Memang cantik. Air sungai pun bersih. Sekarang macam dah kureng sikit. Tengah syok berborak tiba tiba hujan turun. Bukan hujan main main ni.. Kemain lebat beb. Takut jugak. Kat sejam jugak tunggu hujan reda. Lepastu angkat kaki la, redah je walaupun gerimis. Bukan apa, aku takut bukit tu runtuh je. |hahahaha| Korang tahu apa yang pelik? Aku keluar dari gua untuk ke tempat parking, kat situ hujan tak selebat hujan yang kat dalam tadi. Tar tu tak basah kuyup pun. Mungkin kat dalam kawasan hutan, taburan hujan lebih banyak berbanding di luar. Kuasa Allah. Siapa kita untuk menidakkannya :)


***  [info] Gua kelam diberi nama oleh pelombong cina yang yang melombong bijih timah di situ. Mereka terpaksa menggunakan lampu ketika berada di dalam gua tersebut.

*** [info] Dibuka pada tahun 2008

*** [info] Dibuka pada hari selasa sehingga ahad dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Hari isnin ditutup untuk kerja kerja penyelenggaraan.


Memandang waktu zohor dah masuk untuk kawasan negeri  perlis, kitaorang decide untuk singgah masjid dan solat dulu. Lepas solat baru sambung balik perjalanan. Aku rasa, depa tu ada hati nak bawak p padang besar tapi aku cakap padang besar panas. |hahaha| So tak jadi la pergi. Bukan apa, aku dah lapar kot. Dah pukul 2 petang.. Dahla pagi tu tak breakfast pun. Untuk elak terus kebulur, Berhenti kejap tepi jalan, beli air nyok. So jalan diteruskan sampai ke bandaraya alor setar. Best cuci mata tepi jalan dengan pemandangan bendang yang sangat cantik.. Dengan parit tepi jalan tu, Besar dan air penuh. Boleh dikatakan parit tu sungai kot. |huuu| Sampai alor setar baru berhenti makan. Makan kat tat nasi ayam. Mintak char kuey tiaw special, di baginya char kuey tiaw biasa. Masalah pendengaran betul. Disebabkan lapar, makan je laa (*.*)


Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 5.30 petang, okey balik office je la sebab nak sambung buat rating. Ot la kan. Dah puas enjoy, kena sambung buat kerja la pulak. Tiba tiba mulut aku pulak tersebut tasik darulaman. |hahahaha| okey, sambung perjalanan ke jitra. Yahooo. Jauh jugak, aku ingat dekat je. Lepastu lalu depan istana anak bukit. Cantik betul istana tu. So macam jakun sikit. Then sampai satu simpang tu, ke kanan p KTU [kolej tentera udara] ke kiri ke jitra. Depa ambil ke kiri. Depa suruh aku ingat jalan sebab lepas ni nak pergi tasik tu senang, aku ni? Tak adanya nak hafal bagai ;p


Sesampai kat tasik tu, first aku tengok adalah orang. Ramai gila. Kebanyakan yang lepak situ family bersama anak anak. Lepastu mungkin student poli, student ipg.. Dan budak budak airforce. |huuu| Depa tu yang bagitahu aku, bukan aku pandai pandai. Kalau tengok yang rambut ala ala kurang tu, tudm la tu.. Senang je nak cam |hahaha| Kat tasik tu, aku tengok tak ada apa pun.. Kebetulan hari tu ada program.. Memancing kot. So kawasan jadi kotor dengan sampah sarap. Plastik makanan dan minuman. So kawasan jadi kurang cantik. Ingat nak lepak tepi tasik tu, memandangkan kotor. Lepak kat atas je laa. Sambil tengok kawasan sekeliling, sambil tu duk berborak. Kalau hari cuti, tempat tempat rekreasi macam ni selalu buat aktiviti. Contoh kat tasik darulaman ni buat aktiviti memancing.. Macam dekat taman jubli emas ada buat program untuk orang muda. Sebab sebelum sampai jitra, jumpa taman jubli dulu.. Depa ajak berhenti sekejap memandangkan aku tak pernah pergi, tapi malangnya, sekali lagi aku tolak. Tengok macam ramai orang. Aku jadi malas. Ramai orang tengah main wau.. Mungkin itu salah satu aktiviti yang program tu jalankan. Depa cakap kat situ ada kolam dan dalam tu ada ikan besar besar. Kalau rajin, boleh je ke situ sambil bagi ikan makan dari petang petang tak ada buat apa apa kan :).


Tepat pukul 6.30 petang gerak balik alor setar. Kali ni pecut naik highway laa.. Tak ada nya nak pakai jalan biasa. Time kat kepala balas, masuk balik jalan biasa. Alhamdulillah.. Aku dapat lalu depan KTU. So dapat la tengok kolej yang terletak di tepi bendang tu. Tahu la mana terletaknya blok yang pegawai dan mereka yang biasa biasa tinggal. Besar jugakk. Ala, macam biasa.. Macam kem tentera yang lain. Macam tu laa.. Aku ni pun, macam tak biasa. 25 tahun kot encik abah berkhidmat. Btw bila tang tentera, aku memang suka kerjaya ni.. Lagi lagi sebagai airforce. :D So bila dapat tengok KTU dari luar pun, okey dah. Nak masuk, boleh je tapi kena ada pas masuklaa.. Sticker bagai (-.*)


benda ni ada kat tepi simpang jalan tu. Dia dekat dekat dengan lapangan dorang buat latihan penerbangan.

Habis cerita tentang KTU, masing masing senyap tanpa bicara. Masing masing sibuk melihat mentari semakin menghilangkan diri di samping kenderaan terus memecut laju. Dah nak maghrib dah pun. Sampai office dah pukul 7.30 malam. Sampai office terus solat dan sambung kerja. Baru bersemangat nak buat kerja, padahal badan penat tu. Tapi disebabkan dah dapat reward sebuah kegembiraan, badan yang penat tu jadi tak penat. Rasa macam  nak terus kenang je memori tu. Itu adalah salah satu memori aku kat alor setar ni. Sebenarnya tak ada la banyak mana pun memori sebab aku duduk alor setar tak lama mana pun. Lepas aman centre siap, rajin jugak la aku ke sana. Teman fatin shopping, tak pun.. window shopping je dan  serius, aku masih belum berkesempatan lagi nak tengok wayang di aman centre. InsyaAllah, suatu hari nanti :)


Aku rasa dah cukup panjang aku menaip ni. |huhuhu| Maaf sangat kepada yang membaca tu. Aku malas nak buat blog berantai rantai atau bersambung sambung [bab 1. bab 2] sebab aku ni siapla berabad berdekad nak sambung cerita tu balik andai ada blog yang aku taip to be continue.. So korang faham kan maksud aku tu. Okey la, Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan ibu abah serta orang sekelililing. Fi hifzillah. Assalammualaikum :*


alor setar tower berhadapan dengan aman centre.

Plus minus, aman centre ni lebih kurang macam queensbay mall, penang

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png