Wednesday 9 July 2014

salam ramadhan

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah. Allah masih panjangkan umur kita semua untuk bertemu bulan yang penuh barakah ini untuk sekali lagi.. Iaitu bulan ramadhan. Syukur. Walau dah masuk lapan hari kita umat islam menjalani ibadah puasa, tetapi masih tidak terlambat lagi kan untuk aku ucap selamat berpuasa :) Semoga ibadah puasa tahun ni dan ibadah-ibadah tambahan yang dilakukan diterima Allah sepenuhnya. InsyaAllah. Sebenarnya aku nak update blog dari dua ramadhan lagi tapi line intenet tak ada. Geram je -.-"

Ramadhan kali ni, untuk hari pertama jauh dari keluarga. Sedih tu, sedih jugak tapi apakah daya kan, kena lalui jugak lah. Tapi sebelum-sebelum ni pun aku dah pernah puasa jauh dari keluarga. So keep smile :) Hari pertama dan kedua puasa, aku dah hentam nasi lemak dah. Diet ke mana tak tahu lah. Stress je bila ingat benda makan ni -.-!!

Roomates aku, semua balik rumah. Sama ada yang kelantan tu mahupun yang selangor. Aku yang kedah ni.. Krikk. krikk. Krikkk |hahaha| Aku bukan tak nak balik rumah tapi bila mengenangkan aku baru balik.. So tahap kemalasan tu naik sampai 88%. Tak apalah, just call ibu untuk ucap selamat berpuasa. Ehh, bukan aku call tapi ibu yang call aku. |huhuhu|

Alhamdulillah. Intan dan ainis tak balik jugak minggu tu. So terasa macam zaman inspen pulak. Sahur sama-sama dan berbuka sama-sama. Tiba-tiba terbau-bau zaman inspen. Tapi sayangnya, eha la yang tak ada nya. Kami kan selalu berempat. Bila tinggal bertiga, terasalah kurangnya. Btw kepada sayang-sayang aku yang tiga orang tu. Semoga kuat semangat. Semoga tabah menghadapi dugaan yang kat depan tu. Berbeza-beza Allah beri dugaan buat kita, tugas kita amik dugaan tu dan usahalah untuk melepaskannya. Mintak pertolongan Allah. Doa dan tawakal.

Sorry, post ni drafted.. Line internet tak berapa nak elok la semenjak dua menjak ni. Nak buat assignment pun susah. Yelah, nak buat assignment kena cari maklumat kat intenet. Ntahlah. Geram je, Maaf okey. Okey lah, Jaga diri baik-baik. Ingat Allah. Ingah ibu abah. Selamat berbuka. Assalammualaikum (^_____^)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)